Thursday, August 28, 2008

Akhirnya Anwar Bersumpah

http://http://www.youtube.com/watch?v=1vSUjiEzfUM&eurl=http://rijal82.blogspot.com/2008/08/akhirnya-anwar-bersumpah.html

Permatang Pauh

Kenangan yg tak dapat dilupakan la di Permatang Pauh. pada mulanya, rasa tak best sebab pegi ngn team yang aku baru kenal je, akak2 ni senior..segan lah.jadi dalam kereta, aku banyak senyap la. nasib baik mereka ni banyak mulut,jadinya dlm kereta tak penah sunyi..hnya senyap bila sumer tidor.huhu..hai nasib baik pemandu kami ni ok. sporting..Ijek memang best!!

Nak display gmbar hari first, takder...so this time aku post mana yg ada je ek.
Kita overview dulu hari mengundi 26 Ogos 08.. seawal 7.50 pagi, kami dah sampai di tempat masing2..aku, kak syie dan mok bertugas di Sek. Ren. Permatang Pauh dan geng Nisa' lain kat Sekolah Tanah Liat. jom kita tgok...





ni gmbar time mula2 sampai.
pagi2 lagi penyokong dah ramai







ini antara gimik provokasi pihak PKR.
huhu...usung beb jangan tak usung...







barisan FRU yg mula mngawal sepamjang jalan kerana dlm kul 11 am, keadaan agak gawat.
terima kasih FRU dan Polis...'sayang' korang!






aku sempat posing ngn topeng DSAI..
hidup DSAI!!
menuju Putrajaya...




Sememangnya penat la kerja kat sini, tapi penat kali ni tak sepenat PRU-12 arituh..hehe.
kalau nak dibandingkan, gerakerja aritu lebih 'masyuk', mungkin kerana ada temana2 di sisi.. dan juga dikekang dgn pelbagai masalah dan kesempitan kot..walaupun smpai bermalam di markas dan kekadang balik lepas subuh redah embun pagi yang sejuk teramat, kenangan itu lagi best..berkejaran ngn kuliah dan kekadang ter'tinggal' kuliah pagi itu lagi bermakna..
huhu..kenangn kan.. itu yang membina kita dan mendewasakan kita hari ini,.

Terima kasih Tuhan, kerana memberiku kesempatan utk merasa kasih sayang -Mu dlm kepayahanku. Terima kasih kerana tarbiah yg ku terima ini menjadikan aku insan yang bersyukur dan merasakan diri amat bertuah...Alhamdulillah..
OK, nanti insyaAllah aku post lagi ya..

Friday, August 15, 2008

Wallahi Wabillahi..?

Tepat jam 8.00 malam, saya dan adik mngikuti Buletin Utama TV3. biasalah, kebelakangn ni, kami msekeluarga bersatu di depan tv jam 8 mlm boleh dikatakan setiap hari. itulah kami. kegemaran yang dikongsi bersama.perbincangan yg sering diutarakan. kerisauan yg sering dilantunkan. pendapat dan luahan rasa yang sering dikongsi. itulah kami sekeluarga. sangat aware dgn politik. ibu sangat berharap Anwar berjaya meraih tampuk kepimpinan tertinggi negara seperti yg dirancang. bahkan ada ketikanya isu meruncing, kami sepakat utk solat hajat berjemaah selepas maghrib, sbg contoh kes Anwar Ibrahim baru2 ini yang gempar didakwa meliwat.

Dan hari ini saya hanya bersama seorang adik, kami sepakat utk solat hajat memohon keselamatan dan pertolongn Allah bg org2 yg ingin menegakkan kebenaran dan keadilan. akuan bersumpah Saiful hari ini betul2 menggemparkan. "wabillahi, wallahi wata'ala" Saiful bersumpah dihadapan beberapa org alim ulama di atas masjid. dan dia selepas itu membuat press stment berkenaan dakwaannya itu. katanya juga, dia akan memberi keterangannya di mahkamah nanti.

Apa ni??? jerit hati kami?? masing2 tercengang dengan keberanian Saiful bersumpah itu. saya sebenarnya dah mcm malas nak terkejut dgn isu2 yg berbgkit dlm dunia politik pasca PRU-12 sekarang nih, tapi akuan bersumpah kali ini betul2 mndesak minda utk kagum..ya, 'kagum' dgn 'keberanian dan keikhlasan' si Saiful Bukhari Azlan yg berani 'bermain api' dgn menyebut nama2 Allah itu. jelasnya, dia maklum dan faham bahawasanya sekiranya dia (Saiful) berbohong, maka laknat Allah akan menimpa dirinya dan seluruh keturunannya.. huh, saya kira ini satu keputusan nekad yag dibaut oleh seorang yg waras siap berteman ayahanda tercinta disisi.

Apa agaknya reaksi Anwar selepas ini ek..??hari ni sibuk mndengar ucapan dasar di muktamar.. mgkin esok semasa penamaan calon beliau akan merspon akan isu ini.

Terduduk, tersentil..itulah kami.
Tidak mengapa duhai insan..
Setiap perkara, pasti ada pihak yang betul dan mana yang salah. biar saja Allah tunjuk suatu hari nanti siapa betul siapa salah. usahlah kita berspekulasi. let it be...malas dah nak terkejut. zaman sekarang demi wang, orang boleh sanggup buat apa sahaja....tidak kira dia tu siapa.neither anwar nor saiful. wallahu'alam.

Tuesday, August 05, 2008

Mendidik Insan

Part 1

Mandi cepat! Awak dah lambat ke sekolah..dah pukul 8 nih..cepatlah..” arahku. “Tak nak, nak Kak Ira mandikan.” tegasnya sambil melentok dihadapan sejadahku. Selepas solat Subuh yang agak terlewat tadi, Ira menmbaca Quran sambil memerhatikan terjemahannya. Lantaran terlalu mengantuk, dia terlena selepas baru mengahabiskan dua muka Quran itu. Itulah kebiasaanya. Kalu tidur lambat, biasanya dia akan terlentok diatas sejadah selepas abaca Quran. Dan ibunya akana mengarahkannya untuk uruskan adik ke sekolah sekitar jam 7.45 pagi. Kadang-kadang, dia terbangun sendiri tanpa dikejutkan adik atau ibunya, lalu beristighfar kerana tidur selepas Subuh. Dia tahu itu amalan yang kurang baik dan Rasulullah amat tidak suka amalan tidur selepas Subuh, namun apakan daya, tatkala nafsu memenangi iman dan semangat, kadang-kadang menatijahkan syahid sebelum ajal.

Namun hari ini bangkitku bukan seperti biasa. Bangkitku bukan dengan istighfar, memandang adik dengan kasih sayang seperti selalu, tapi bangkitku dari tidur pagi ini dengan marah. Tempiasnya kena pada adikku, Muhamad. Entah kenapa, aku rasakan Muhamad tertlalu manja sampai nak kena mandikan. Umur dah 6 tahun, tapi juga masih berbogel. Aku sudah berulang kali menasihati bahawa telanjang sifat syaitan, budak besar dah kena tahu malu. Kekadang juga aku bercakap soal aurat, mula menerangkan batas-batas aurat seorang lelaki, perempuan dan beberapa perkara yang tidak boleh itu dan ini. Aku tak pasti samada dia faham atau tidak,namun aku tetap cuba sampaikannya dengan berhikmah. Banyak perkara kita yang kena mengalah. berlembut demi mengambil hatinya supaya mendengar nasihatku. Aku mahu dia menerima nasihat dalam keadaan dia sedar, tanpa dimarahi. Pendekatanku adalah diplomasi, bukan autokrasi.

Masih berdegil, kali ini dia melompat ke katil dan terbungkam dengan selimut. Aku lagi geram melihatnya. Sabar masih ada, namun kian menipis. Ku masih cuba memujuk supaya bangkit dan mandi sendiri, namun katanya nak Kak Ira mandikan seperti biasa. Darahku tersirap. Aku merasakan dia ni dah naik lemak, sambil menyalahkan diri sendiri yang selalu memandikan adik setiap pagi. Aku rasa bersalah kerana tidak mengajar adiknya berdikari. tanpa berfikir panjang, sebiji cubitan hinggap di punggung. Dia menyeringai sakit, dan memuncungkan bibir sambil berkata dengan marah " Kak Ira cepatlah mandikan Mat. Mat sejuk la mandi sendiri." Muhamad memberi alasan yang tak munasabah. Lalu, aku menarik tangannya kasar dan masuk tandas. Namun, masih degil. tak mahu mandi. aku hilang sabar dan menampar punggungnya. berbekas lima jari kemerahan. rasa menesal terbit dihati, namun dikersakan jua. aku tak mahu sesi mendidik tegas dilembutkan dgn kesian. Aku perlu kesian dgn dirinya yang tak pandai berdikari. Fikirku tekad.