Monday, April 12, 2010

Aku Mahu Tenang

Aku agak kacau sedikit hari kebelakangan. Jiwa terkeliru dengan bisikan yang hadir usai penelitian akan ragam sekitar. Solatku? Wudhukku? Niatku? syahadahku? matlamat amalku? kenapa kurasakan semuanya berbeza, sedangkan yg sebenar, bukanlah semua berbeza. segelintir sahaja.

tika kumeragui, aku mahu kamu hadir menjelaskan. tika ku sempit dada berfikir, kamu perlu datang memberi penyelesaian. walau hanya falsafah yang dihidangkan, malah ayat sama yang ditutur, namun itu bagai air yang disiram kedaun yang kering. subur membasahi tanah yang kontang.

aku hanya mahu tenang...
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melangkah di sidang hamparanmu ini. nikmat-Mu luas, tiada bertepi, infiniti segi. kasih sayang-Mu melimpah. namun Tuhan, kurniakan aku azam Bilal yang cekal mempertahankan 'Allahu-ahad' walau ditindih batu, dijemur terik mentari. akalku kekadang tak tertanggung beban amanah ini. jiwa besarku tak cukup luas menampung tanggungjawab lafaz bai'ah ini. kenapa aku dicipta berbeza??


setiap hari, ku menganalisis diri. apakah setiap hari ku lebih baik? dan apakah layak ku menjadi yang terbaik dan mendapatkan yang TERBAIK hadiah dari-Mu?


aku perlukan bantuan-Mu. hulurkan kasih sayang-Mu lewat insan-insan yang Kau redhai agamanya.

aku tak tahu Tuhan..
aku tak tahu sebaris nama siapa yang tercatat di Luh MahfudzMu.
hanya satu ku tahu, Engkau tidak akan menganiyai hamba-Mu yang ikhlas menghampiri-Mu ini.

semoga Engkau tetap dihatiku, walau apa yang terjadi. mungkin ku terkorban, aku redha demi sebuah keadaan yang lebih  baik....