Friday, April 15, 2011

Pelajaran Kehidupan


Ini saya petik satu tulisan oleh seorang hamba Allah dari blognya. Kak Jun memang wanita tabah. Mari kita ikuti kisahnya agar bisa dijadikan pedoman untuk kita semua juga..

Diari Kehidupan
Alhamdulillah, hari ini Allah telah tunjukkan dua kisah kehidupan buatku sebagai pedoman dalam mengharungi kehidupan berkeluarga. Syukur, di usia 25 tahun, aku sudah mampu memahami mimpi ngeri yang berlaku dalam kehidupan insan lain. 

Movie pertama pagi ini mengisahkan seorang janda yang punya dua anak yang masih kecil, terpaksa melakukan ‘kerja berisiko’ demi menyara keluarganya. Kemunculan seorang lelaki yang mengambil berat dan membantu mendapatkan tugasan tersebut telah mengubah hidupnya. Wanita berani ini sememangnnya lahir dari kelurga yang susah, anak jalanan, pernah bergelandangan dan berjaya membina kelurga. Kematian suaminya telah mengubah lanskap hidup  mereka kearah lebih berdikari. Dia perlu mengambil risiko, dan dia memang telah bersedia untuk mengambil risiko. Sindiket antarabangsa itu memerlukan seorang wanita sebagai penghantar wang. Petty menerima tugasan itu demi meneruskan kehidupan bersama dua anaknya. Polis telah menghidu perbuatan kumpulan ini dan telah memujuk petty untuk bekerjasama. Akhirnya, kumpulan ini berjaya diberkas dan ada yang mati ditembak. Petty dan anaknya melarikan diri ke negara lain dan memulakan hidup baru. Dia bersyukur kerana ibu dan anak-anaknya masih bersamanya. Dia serik.

Movie kedua malam pula juga berkisar tentang kehidupan sepasang suami isteri yang berkahwin muda ketika masih menuntut.  Walau kurang dipersetujui orang tua mereka, namun atas asas mengelak maksiat dan menjaga agama, mereka berjaya meyakinkan ibubapa untuk berkahwin.  Namun setelah berkahwin, satu persatu dugaan dan cabaran yang melanda pasangan ini. Hidup sederhana pada awalnya mampu dipertahankan, namun semakin hari, kemahuan si isteri untuk bermewah dan suami juga mahu cepat senang makin menjadi-jadi. Si isteri yang merupakan anak tunggal keluarga sebenarnya tidak tahu buat kerja rumah. Pakaian suami basuh, makan di kedai, memasak tak pandai. Ya, kerana cinta, isteri mula perlahan-lahan belajar dan berubah, tapi hakikatnya ‘anak emas’ tetap anak emas. Dia tetap suka mendesak suaminya untuk cari wang lebih demi membeli alat kosmetik, pakaian dan pembantu rumah. Padahal, hidup diorang sangat sederhana. Hal ehwal anak tidak dipedulikan sangat, dan sanggup membiar anak dijaga oleh jiran yang kononnya baik hati tetapi rupanya memang suka mendera kanak-kanak. Tekanan hidup membuatkan si suami terpaksa menjadi pengedar dadah dan akhirnya ditangkap polis. Anak malang itu juga mati akibat kecederaan parah kesan penderaan yang dilakukan penjaganya. Si isteri yang tidak habis belajar hidup terkontang kanting bagai layang-layang terputus tali. Hilang hanyut dibawa perasaan kecewa dan sedih yang teramat sangat. Harapan ibubapa untuk melihat anak tunggalnya menggenggam segulung ijazah juga hancur berkecai. Pada ibibapanya, semuanya kerana mereka kahwin awal. Mereka lupa, allah itu tuhan yang maha mengetahui. Tiada dicptakan sesuatu itu dengan sia-sia.

Terima kasih tuhan.
Tiada yang lebih afdhal untuk kuucapkan melainkan perkataan itu. Aku menangis menyesali tindakan ku tengahari tadi yang menghambur suamiku dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Aku desak untuk dia cari wang lebih untuk majlis perkahwinan kami, aku desak dia untuk lebih memahami, aku paksa dia untuk lebih prihatin. Dan banyak lagi kemahuanku tadi, termasuklah mahu mati. Kemarahan, bentakan dan omelanku diterima dengan sabar dan penuh perhatian.
Aku membandingkan suamiku dengan lelaki si suami dalam kaca tv. Lelaki itu amat menyayangi isterinya. Namun, kerana tipisnya dinding iman, jalan cepat diambil. Kenapa dia berbuat begitu? Niatnya baik... Untuk sara anak isteri. Tapi, niat yang baik tidak menghalalkan yang haram. Dadah adalah haram disisi agama. Sesiapa yang terlibat dengannya turut berdosa besar. Dia lupa semua itu. Dia lupa juga matlamat asal perkahwinan mereka dulu adalah kerana ibadat kerana allah, demi menjaga akidah. Namun, lihat apa yang terjadi. Factor isteri yang tidak memahami keadaan suami turut menjadi penyumbang besar kpd pilihan yang diambil.

Aku teringatkan perbuatanku terhadap abang. Adakah tekananku akan menyebabkan dia tergelincir dari jalan yang benar?? Ada kemungkinan.