Monday, April 18, 2011

Mampukah Aku?

tiba-tiba air suam panas itu tak terbendung lagi, lalu ia tumpah jua memuntahkan aliran laju, bukan lagi titik-titik mutiara mewakili tasbih malaikat, bahkan persis tali sungai Kauthar di syurga Firdausi. insyaAllah, ia bakal benar terjadi di alam baqa’ nanti.

terasa buntu. layaklah hanya air tumpahan itu berbicara dengan titisannya. menyesal? SEDIH? atau BANGGA? ya, sepatutnya gembira kerana malaikat mencatat yang kanan melebihi yang kiri.
tiada ketenangan. uhuk uhuk.......pedihnya kurasa. dunia bagai sempit. ku tak dapat bernafas lagi. Tuhan bagai amat berkira kali ini. Tuhan mahu aku sabar lagi, sabar lagi dan sabar lagi agar dapat dibuat ganti dengan oksigen yang ku perlukan. begitu kejamkah Tuhan Allah?? 

beginikah selayaknya aku perlu lalui? ya Allah...jangan Kau menzalimi diriku. sesungguhnya aku tak sanggup menghadapi siksaan dan dugaan sebesar seberat ini. aku tabah, aku sabar, aku redha, aku akur, tapi aku hanya manusia biasa yang sering melakukan maksiat dan kezaliman. lantaran itu, hijab tebal telah menghalangku dari melihat cahayaMu dibalik mendung awan gelap ini, dan ia amat sukar ditembusi. aku perlukan nafas yang amat panjang, teropong binocular yang paling canggih, dan segala infra teknologi yang paling moden untukku menghampiri CahayaMu.

namun aku juga sedar, nafas terpanjang, teropong terhebat, teknologi termoden yang paling tepat adalah takdirMu. sekali Engkau berkata ‘kun fayakun’, maka Cahaya itu akan hadir terlihatkan. ia akan menyinari seluruh kehidupan, zahir batin sekalian kami yang mendung, dengan gemilangnya. wangian telaga Kausar bahkan bagai mengalir diantara hati-hati kami yang dulunya sesak, sebak, sempit, kusut dek kurang subur buah sabar pesan Nabi-nabiMu.

aku hampir-hampir tersungkur menyerah sekali lagi. namun, ikatan keyakinan akan Dikau kembali mengukuhkan diriku. sudah ku simpul mati tali tergantung itu, namun bertalu-talu angin ribut bertamu menyebabkan tali utuh yang tergantung menghiasi rumah itu bagai menarik perhatian unsur lain lagi seperti manusia dan haiwan. ia boleh dirungkaikan walau sukar, dan boleh dibuat pelbagai guna cara. tali bukan sebarang tali. tali ini tali teruji. ia kukuh dan akan terus kukuh walau mungkin sampai bercerai dari simpulnya. ini yang menarik angin ribut, manusia bahkan bukan manusia.