Wednesday, December 16, 2009

Kemaraan Kuasa Dunia Baru Disekat

AS kenakan sekatan pada Iran

WASHINGTON 16 Dis. - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan rang undang-undang untuk mengenakan sekatan ke atas syarikat-syarikat asing yang membantu membekalkan minyak petrol kepada Iran.
Ahli Dewan berharap langkah itu akan menghalang Teheran daripada meneruskan program nuklearnya yang didakwa bertujuan untuk menghasilkan senjata atom.
Rang undang-undang yang diluluskan dengan 412 undi menyokong dan 12 undi menentang itu memberi kuasa kepada Presiden Barack Obama untuk mengenakan sekatan ke atas syarikat tenaga yang membekalkan minyak petrol secara langsung kepada Iran.

Turut menjadi sasaran sekatan ialah firma-firma yang menyediakan perlindungan insurans dan kapal tangki bagi memudahkan penghantaran bekalan bahan bakar itu.
Senat AS dijangka meluluskan rang undang-undang serupa tetapi pengundian belum dijadualkan.
Rang undang-undang itu memperluaskan skop undang-undang AS sedia ada yang mengenakan sekatan ke atas syarikat asing yang melaburkan lebih AS$20 juta (RM68 juta) setahun dalam sektor tenaga Iran.
"Rang undang-undang mempunyai satu matlamat utama iaitu untuk menghalang Iran daripada memperoleh keupayaan membina senjata nuklear," kata anggota Dewan Perwakilan Demokrat yang menaja draf undang-undang itu, Howard Berman.

Speaker Dewan, Nancy Pelosi pula berkata, segala alat yang ada perlu digunakan, daripada diplomasi sehinggalah sekatan, untuk menyekat kemaraan Iran ke arah mencapai keupayaan membina senjata nuklear.
Sungguhpun Iran memiliki antara simpanan minyak terbesar di dunia, negara itu perlu mengimport 40 peratus daripada bekalan petrolnya bagi memenuhi permintaan domestik disebabkan kekurangan kapasiti penapisan.
Beberapa pembekal sebelum ini seperti BP dan syarikat penapis India, Reliance menghentikan bekalan bahan bakar apabila AS meningkatkan tekanan ke atas syarikat yang menjalankan urusan dengan Iran.
Bagaimanapun import berada pada paras stabil kerana beberapa syarikat seperti firma perdagangan Trafigura dan Vitol dari Eropah, International Petroleum Group dari Kuwait dan Petronas dari Malaysia melangkah masuk untuk menampung kekurangan, kata peniaga. - Reuters



Melihat senario politik dunia kini, gerakan Islam perlu bijak meletakkan diri dalam arus aliran yang betul dalam menuju matlamat jangka panjang gerakan. Iran yang sudah mula meletakkan diri sebagai musuh AS dan mencabar kuasa besar dunia itu akan mampu bangkit sebagai lawan utama AS disegenap aspek. Iran dalam masa yang sama sudah  mula membina benteng terpenting kepada sesuah tamadun baru iaitu sumber manusianya. Seandainya akhlak, keintelektualan dan pemerkasaan budaya Islam diterapkan bersistematik kepada rakyatnya, maka sedikit masa lagi Iran lah yang menjuarai, bukan lagi penjajah kulit putih itu.

Maka gerakan Islam Malaysia perlu cakna dengan perubahan iklim politik dunia. Orientasi gerakan kita yang dikira baru ini sebaiknya mengambil contoh teladan bangsa berjaya seperti bangsa Parsi ini. Bukan bermaksud kita mencedok dan meniru apa yang diperbuat Iran, tapi sebaiknya kita mengkaji latar bangsa, cara berfikir dan mencontohi keghairahan mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan keinginan yang tinggi untuk menjadi umat terbaik. Ini terbukti melaui keberanian Iran melawan AS melaui pengayaan projek nuklear uraniumnya. Bukan juga bermaksud kita bangsa timur ini malas bekerja seperti yang didakwa Frank Swettenham dalam Mitos Pribumi Malas karyanya, itu dakwaan lapuk Residen Tanah Melayu waktu itu, cuma gelora jiwa bangsa kita untuk menjadi yang terbaik itu masih kurang. Dunia Islam ditindas kini amat amat memerlukan kita luar biasa daripada orang lain. Luar biasa kemahuannya, luarbiasa pemikirannya, juga luar biasa tindakannya .


Ayuh, berubah! atau kita diubah. Salam Maal Hijrah 1431H

Pemimpin Mesti Luar Biasa

dipetik dari HarakahDaily
Ada orang berkata seorang pemimpin tidak mempunyai wawasan yang hebat jika apa yang beliau mahu laksanakan difahami dengan mudah oleh mereka yang dipimpin.
Tetapi seorang pemimpin mempunyai wawasan yang hebat jika apa yang beliau mahu laksanakan pada mulanya tidak difahami oleh mereka yang dipimpin. Mereka hanya akan memahaminya setelah perlaksanaan atau setelah beliau telah tiada.

Seorang pemimpin yang hebat mestilah berupaya memandang jauh ke hadapan. Melihat apa yang orang lain tidak dapat melihat. Menjangka apa yang orang lain tidak dapat menjangka. Setelah arahan atau idea beliau dilaksanakan barulah orang berkata, ”Betul jugak ye!”.

Mungkin perkara ini benar dan mungkin juga tidak. Tetapi seorang pemimpin mestilah mempunyai idea-idea yang luarbiasa atau idea-idea yang menakjubkan untuk mengangkat martabat mereka yang dipimpin sehingga kadang kala ianya tidak masuk akal. Atau untuk membawa organisasi yang dipimpin ke satu tahap yang lebih tinggi atau mencapai sasaran-sasaran yang nampak mustahil.

Memimpin masyarakat

Perkara ini penting di dalam suasana sekarang di mana PAS adalah sebahagian dari kerajaan di Negeri Selangor. Pemimpin PAS walaupun di peringkat Cawangan bukan lagi memimpin ahli-ahli PAS sahaja tetapi memimpin masyarakat. Tanggung jawab ini besar dan saya memahami ada di antara kita yang tidak mampu melakukannya.

Sekarang masyarakat datang bukan hanya kepada AJK Cawangan tetapi kepada ahli-ahli biasa untuk urusan-urusan kerajaan negeri atau majlis perbandaran. Sama ada untuk borang Mesra Usia Emas atau tentang lesen menjaja dan banyak lagi. Mereka datang kepada kita.

Kalau kita berjiwa kerdil kita melihatnya sebagai satu masalah kepada diri dan keluarga kita. Tetapi jika kita berjiwa besar kita akan melihatnya sebagai satu cabaran dan peluang untuk mengukuh serta mengembangkan Parti.

Ada Ketua Cawangan yang meletakkan bendera PAS di hadapan rumah mereka agar masyarakat senang mencari mereka, supaya mereka dapat membantu rakyat.

Pimpinan yang luar biasa

Kita perlu memimpin masyarakat dan kita tidak akan dapat diterima sebagai pemimpin masyarakat sekiranya kita tidak berjiwa besar.

Ini selari dengan semangat Pakatan Rakyat, parti-parti Pakatan tidak hanya memimpin kelompok mereka. PAS tidak hanya memimpin orang Melayu atau orang Islam. DAP juga tidak hanya memimpin orang Cina. Tetapi kita memimpin seluruh rakyat. Pergaulan merentasi sempadan gender, kaum, agama dan parti membolehkan pemimpin itu merakyat dan baru layak menjadi wakil kerajaan.

Orang PAS jaga surau aje!

Walau bagaimanapun tugas ini bukan mudah. Seorang professor ketika membentangkan satu kertas kerja di Konvensyen PAS Selangor pada 6 Disember lepas mendedahkan satu peristiwa yang mengejutkan.

Di dalam menjalankan kajian untuk satu NGO, beliau dan pasukan beliau telah turun ke taman-taman dan kampung-kampung.

Dalam satu kampung, beliau telah bertanya sekumpulan belia sama ada mengenali orang-orang PAS di situ. Jawapan yang diterima adalah, ”Tak, orang-orang PAS jaga surau aje”.

Kajian yang dibentangkan di konvensyen tersebut juga mendedahkan terdapat kawasan-kawasan di Selangor yang masyarakat di dalam kelompok 21 hingga 30 tahun langsung tidak mengenali PAS.

Ini patut membimbangkan kita kerana kita sekarang adalah kerajaan. Apa yang telah kita lakukan?

Berani membuat keputusan

Apabila Anwar Ibrahim dipecat dalam tahun 1998, Presiden PAS ketika itu, Ustaz Fadhil Noor, telah mengilhamkan penubuhan GERAK. Ketika itu keadaan kucar-kacir. Cadangan Ustaz Fadhil itu akhirnya berjaya menyatukan tenaga-tenaga yang menentang kepimpinan Tun Mahathir.

Satu himpunan raksaka telah dianjurkan di Taman Melewar. Ada yang kata 100,000 yang hadir, ada yang kata 50,000 yang hadir pada malam keramat itu. Walau berapa ramai yang hadir, ianya menjadi permulaan kepada penyatuan suara pembangkang yang akhirnya menjadi Pakatan Rakyat hari ini.

Tetapi ketika itu ada yang mempertikaikan tindakan Ustaz Fadhil. Ada yang berkata, ”Buat apa nak tolong Anwar, dia kan UMNO”.

Atau mereka yang berkata GERAK tidak berdaftar, perhimpunan raksasa itu akan memberi kesan yang buruk kepada PAS.

Tetapi akhirnya kita semua memahami pandangan jauh Ustaz Fadhil.

Tun Mahathir

Tun Mahathir melaksanakan banyak perkara ketika pemerintahan beliau. Mungkin kerana tempoh pemerintahan beliau lebih panjang dari mana-mana Perdana Menteri maka banyak perkara yang telah dilaksanakan lebih menyerlah.

Sama ada ianya menguntungkan negara atau merugikan negara, pemerintahan beliau banyak mencatatkan perkara-perkara baru di dalam sejarah negara kita.

Kita mungkin tidak bersetuju dengan Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin Islam. Atau sebagai seorang pemimpin yang menjaga kepentingan para Marhaen tetapi terdapat perkara-perkara yang dilaksanakan oleh beliau yang akhirnya diakui membawa manfaat kepada rakyat. Yang meletakkan Malaysia di peta dunia.

Walaupun terdapat perkara-perkara yang dilakukan oleh beliau yang merugikan rakyat sehingga hari ini tetapi keberanian beliau membuat sesuatu keputusan adalah sesuatu yang dikagumi ramai

Seorang pemimpin mesti berani dan tegas, tidak kelihatan lemah ketika membuat keputusan. Tidak teragak-agak.

Ibnu Khaldun seorang ilmuwan Islam yang meninggal dunia lebih kurang 4 tahun selepas Parameswara membuka Melaka pernah membincangkan tentang ciri-ciri kempimpinan. Menurut beliau yang terkenal dengan kitab-kitab Muqaddimah dan Al-’Ibar, seorang pemimpin perlu disayangi dan juga digeruni.

Sama ada di peringkat Cawangan, Dewan atau Kawasan, pimpinan adalah pimpinan. Memikul tanggung jawab masing-masing. Pimpinan yang lemah tidak akan membawa organisasi beliau ke mana-mana. Pemimpin mesti menghasil idea–idea yang luar biasa dan berani menghadapi risiko. Bak kata orang putih, ”No pain, no gain”.

Monday, December 14, 2009

Makan Satey 12.12.2009



Gembira bersama mereka sekeluarga.
semoga ukhwah ini berkekalan hingga ke akhir hayat.. amiinnn...

Thursday, December 03, 2009

Akhlak dan Falsafah

Setiap diri Muslim punyai akidah yang diimani. Akidah yakni kepercayaan kepada wujud Tuhan dan dzat sifatNya adalah perkara akar tunjang yang mendasari pokok perkara termasuk pemikiran Islam yang dibawa Muslim. Akar falsafah pemikiran Islam adalah akhlak. Premis ini dikuatkan dengan hujah bahawa 'akhlak yang membawa pemikiran keTuhanan dan falsafah'.

Bagimana tanpa akhlak seorang pemikir mendapat panduan Tuhan lewat ilham-Nya? Wajarkah yang dikatakan pemikir itu melakukan maksiat dan dosa tanpa ada penyesalan sesudahnya? Apakah yang solat lima waktu tak kira waktu itu dikatakan mendapat petunjuk dari belahan langit sekiranya gagal mempersembahkan akhlak yang baik walaupun berjaya mempamerkan falsafah ketuhanan yang tinggi melangit juga? Mana yang harus datang dulu, akhlak atau falsafah?

Persoalan ini menguji si pemikir untuk terus berfikir apakah kuasa luar biasa yang ada dalam diri yang bakal dicungkil sedikit masa lagi. Aku kagum dengan diri. (nauzubillah, jauhi ujub, cuma bersyukur). Masalah dan situasi yang diletakkan kini oleh Tuhanku mencabar mindaku untuk terus menganalisis diri sendiri, manusia dan kehidupan. buat bekal?? bekal kemana?

Bekal menuju Tuhan juga. Aku akan mati..Kita akan mati saudaraku. Maka bekerjalah untuk membekali perjalanan jauh itu. Takut kehausan dan kelaparan ditengah jalan, kemudian mengemis menghina diri yang memang sedia hina. Lalu, Tuhan tak pandang. Matlamat akhir mendapat cinta Pencipta gagal lagi...!

Wednesday, December 02, 2009

Penipu Tertipu

Lidah ini tidak diajar menipu. Tidak dilatih berbelit. Tarbiahku guna helah untuk situasi yang genting untuk menyelamatkan kemaslahatan yang lebih besar. Namun tika itu, lidahku kelu, jari-jemari galak menaip kata-kata dusta. semuanya berlaku penuh perasaan bercampur-baur. Aku sangat keliru. berpesan pada yang lain namun diri sendiri tak mampu mengota apa yang dikata.



Sekali berlaku, hati gundah serba tak kena. Asbab punca mnyerabutkan, ditambah gulana emosi lidah si pembelit pula, maka orang disekitar yang menjadi mangsa kecamuk perasaan. Tanda orang 'separa matang'.



Kekadang terduduk,bersujud, merintih dan berfikir..kenapa aku sering diuji dengan perkara sebegini dalam perjuangan. Aku dihidang sokongan dan motivasi juang dari keluarga yang muluk-muluk. Tiada yang menyakitkan. Aku bahagia dan amat beruntung punyai mereka sebagai keluarga. Namun pengajaran Tuhan yang satu ini amat sulit dihadapi. Serasa menyempit dada, meyelirat akal, mengelu lidah dan memaku kata. Aku takut, bimbang, suka, dan marah. Semua hadir di satu masa.



Akhirnya, mengaku akan kesalahan sendiri bisa membawa ketenangan.. selepas meluahkan, aku semakin yakin untuk terus melangkah dan berlari mengejar impian. Biar seribu cubaan mendatang, biarlah aku menjadi seekor merpati yang hinggap berteduh dipohon kayu, tidak mempeduli dan dipeduli. Mungkin si pemburu hutan akan mmerhati dengan segala macam kelengkapan senapang, namun akan ku terbang tinggi setinggi mungkin melarikan diri dari sangkar dunia yang penuh kekeliruan dan fitnah. Jika ditembak juga tidak mengapa. Akan ku mati menuju ke syurga, kerana di sana akan sedia menunggu janji manis-Mu Kekasihku.


Penipu pada hakikatnya tertipu dengan diri sendiri. Mainan perasaan bila diletakkan ditempat tertinggi bakal mengalahkan rasional akal yang waras anugerah Tuhan. Menyesal dan aku syukur lagi...

Monday, November 30, 2009

Kertas Kerja yang Tak Bekerja


WACANA INTELEKTUAL
Tajuk:
PENGUKURAN KEJAYAAN GERAKAN WANITA DAN HALATUJU MASA DEPAN GERAKAN WANITA

Pengukuran Kejayaan Gerakan Wanita dan
Halatuju Masa Depan Gerakan Wanita[1]
YB Siti Zailah Mohd Yusoff [2]

Muqaddimah
            Islam dan gerakan tidak pernah terpisah. Tuntutan iman yang diyakini setiap muslim menjadikan Islam adalah gerakan. Menggerakkan Islam difahami sebagai satu amanah yang perlu dipikul, mukmin yang taat sanggup bergolak bergadai demi melaksanakannya dengan sempurna. Memahami prinsip ini, gerakan wanita islam bangkit menjadi sayap penting perjuangan. Asas penting yang ditunjukkan Rasulullah dapat dilihat melalui tarbiah tersusun Baginda dalam membentuk peribadi wanita muslim zamannya. Baginda mengasah jiwa besar Siti Khadijah untuk berkorban harta, mencungkil bakat kepimpinan berani Siti Aishah, mengembang potensi intelektual anak gadisnya Siti Fatimah.  Buat para isterinya yang lain, baginda meninggalkan didikan sabar, semangat berkorban dan cintakan syahid. Semuanya dilakukan sebagai manifestasi pentingnya wanita dalam pembinaan sebuah tamadun.
            Seusai runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah di Turki, gerakan baru dakwah Islam mula menukil sejarah kegemilangannya diera Ikhwanul Muslimin yang dipimpin As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Jika di sekitar Asia Tenggara, Pan-Islamisme dilihat cerminan Ikhwan. Gerakan ini mula mendominasi massa lantas mempengaruhi semangat pembebasan daripada kongkongan kapitalis penjajah di negara-negara berpenduduk Islam. Inspirasi pengeboman Imam Hassan Al- Banna, syahidnya Syed Qutb ditali gantung dan pemenjaraan Zainab selama enam tahun telah memangkin kebangkitan pembebasan dan tuntutan hak-hak manusia sejagat. Gerakan wanita yang mula menjadi sayap Ikhwan bermula 1946 telah berhasil menguatkan Ikhwan yang ditekan dan diancam pembubaran. Akhirnya, Jamaah Muslimat yang ditubuhkan sejak 1935 diketuai Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili itu telah memperlihatkan potensi sebenar muslimat kepada dunia gerakan. Sebermula detik itulah, tentangan yang diterima Zainab dan Jemaah yang sehingga akhirnya memenjarakannya sering menjadi motivasi penguat juang dikala lemah para Ikhwan.

Pengukuran Kejayaan Sebuah Gerakan
Apa yang bakal terjadi di masa hadapan mempunyai akarnya di zaman ini. Hari ini mempunyai pelbagai kemungkinan yang hanya akan menjadi kenyataan di hari muka. Namun manusia tidak memiliki daya capai untuk menelah apa yang tumbuh dan menjadi sejarah di masa depan. Yang sering dilakukan adalah menoleh kebelakang untuk memahami kenyataan hari ini. Kenyataan tenggelamnya budaya kecerdikan akal dan keunggulan jatidiri muslim. Ia semakin hilang, ditelan pembaratan yang tiada bertepi.
Pembaratan atau westernisation adalah satu fenomena yang singgah hampir diseluruh negara di dunia. Pembaratan dan kesombongan kuasa Eropah telah menjadi topik utama perbualan marhaein, dan yang paling terkesan, fenomena ini telah menjadi doktrin masalah kepada masyarakat Asia. Asia–Eropah umumnya telah melalui satu sejarah hitam yang panjang. Barat (bangsa Eropah) yang melihat dirinya sebagai ikon penampilan akal dan cahaya tamadun, memiliki kecergasan dan kuasa; sementara peradaban Timur (Asia) pula mewakili tahyul, kegelapan, kelembapan dan kebiadaban. Maka, bentuk hubungan yang terbit daripada sikap tersebut adalah imperialism. Westernisation dan imperialism menjadi satu lesen besar bagi menakluk satu persatu bangsa-bangsa kulit berwarna.
Penghinaan Barat terhadap bangsa Melayu boleh dilihat melalui kata-kata Frank Swettenham sewaktu menjadi Residen Inggeris di Tanah Melayu. Beliau berkata bahawa sifat khas yang ada pada orang Melayu adalah keengganan untuk bekerja.[3] Sifat malas ini sejak awal lagi disindir juga penulis sajak terkenal Eropah, Rudyard Kipling yang mengatakan “there is too much in Asia and it is too old” dengan maksud Asia telah tua bangka, pelik dan asing.  Ini pandangan sinikal golongan ‘pembawa cahaya’ kepada masyarakat kita. Namun kini, gerakan imperialisma cara baru bukan lagi menggunakan doktrin mereka pembawa cahaya tetapi dibuat melalui ‘la mission democratisacre’. Sistem demokrasi yang diperkenalkan yang kita agung dan banggakan rupa-rupanya satu bentuk penjajahan baru imperialis.
Demokrasi, hak samarata dan persamaan gender adalah momokan semata pihak pemerintah yang sekular. Demokrasi yang dilaungkan tidak akan berjaya memurnikan kek serta jurang ekonomi penduduk. Demokrasi yang ada di Malaysia dan Negara-negara Komanwel hakikatnya masih ditakluk Barat. Demokrasi yang kita mahukan adalah demokrasi yang ikhlas memberi kebebasan bersuara, bersimpang dari kejumudan mentaliti sempit, bebas perlabelan teroris dan bebas jauh dari  keruntuhan akhlak jelek pemimpin rasuah.
Kerosakan sistem akhirnya memberi kesan kepada ahli gerakan khususnya wanita. Wanita yang ingin membina tamadun dengan acuan sendiri perlu menghadapi cabaran dalaman dan luaran yang mengekang. Melihat permasalahan ini dengan kritis, cabaran membawa pembebasan minda kepada masyarakat adalah serius. Keberhasilan atau kejayaan gerakan baik wanita mahupun lelaki dilihat perlu melalui dan mematuhi beberapa fasa.
1.     Kesuburan Budaya Keilmuan
Akar pembangunan dan kemajuan adalah ilmu. Dan ilmu perlu dibudayakan supaya ia meresap, berakar umbi menjadi sebahagian sistem nilai msyarakat sejagat. Namun, tanpa kita sedari, pembaratan ini sebenarnya masih menerjah dan menghantui perkembangan budaya intelektual kita secara halus. Menggunakan teknologi canggih, pengaruh media dan hiburan yang menjadi alat menggula-gulakan masyarakat yang dahagakan kebebasan tanpa asas, ia agak merencatkan perkembangan budaya cinta ilmu dikalangan masyarakat.
Ilmu pintu tamadun dan peradaban. Di zaman Rasulullah, asas kejayaan dakwah dan penyebaran islam adalah pembudayaan ilmu. Ini dapat dilihat melalui masjid-masjid ynag penuh dengan aktiviti ilmiah. Perbincangan agama dan dialog disuburkan dengan baik. Tokoh intelektual terkenal zaman Baginda sehingga digelar Nabi S.A.W sebagai ‘Pintu Ilmu’ adalah Saidina Ali k.w.j. Beliau pernah berkata kepada sahabatnya:
“Ya Kamil, ilmu lebih bernilai daripada harta kerana ilmu menjaga kamu ketika kamu menjaga harta. Ilmu memerintah kamu sementara harta diperintah. Harta berkurangan apabila dibelanjakan tetapi ilmu bertambah apabila digunakan.”[4]
Penyuburan budaya ini secara praktikalnya dapat dilakasanakan sepertimana sistem usrah yang digunapakai dalam manhaj tarbiah ahli gerakan sekarang. Cuma, pelaksanannya perlu diperkasa supaya dilihat merakyat dan bukan hanya dikalangan ahli gerakan sahaja. Isi perbincangan juga perlu dapat menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan semasa; membangun perkembangan minda dan akliah, motivasi, kerohanian dan nilai-nilai lain yang bersifat waqi’i dan semasa. Halaqah usrah perlu bertenaga dan hidup. Kupasan buku, perbincangan isu semasa, bahkan perancangan yang melangkau masa depan boleh dilakukan jika sesuai, demi melahirkan budaya berfikir secara kritikal, menyangkal dakwaan Kipling bahawa orang Melayu malas berfikir. Usrah perlu menjadi wasilah dakwah Islam kepada masyarakat yang paling praktikal. Namun, jangan kita rigidkan bentuk dakwah ini dengan usrah berhalaqah sahaja. Pendekatan lain yang lebih mesra dan merakyat perlu difikirkan supaya nilai Islam yang ingin disampaikan berhasil melahirkan masyarakat yang berakhlak. Mungkin suatu hari nanti kita berusrah melalui internet sahaja, seluruh dunia tidak mengira masa.

2.     Kefahaman Akan Kepelbagaian Sosio-budaya Masyarakat
Di sinilah cabarannya. Kayu ukur kebangkitan gerakan wanita dalam masyarakat mestilah berteraskan kemampuan menyelesaikan masalah lokal, barulah kewujudannya dirasai, kehadirannya dihormati. Namun, sebelum itu, gerakan wanita perlu betul-betul memahami akan kepelbagaian sosio budaya, latar politik, sejarah, adat dan cara fikir masyarakat. Cabaran memperbaiki sistem yang ada ini bukan sedikit. Tambahan pula, sistem yang ada sekarang masih tidak meraikan budaya ilmu, kosong pemikiran dan sudah gersang akhlak dan nilai ketimuran. Ini adalah kesan susupan halus emperialis melalui kecanggihan teknologi dan gula-gula globalisasi serta tidak terkecuali faktor sang pemimpin korupsi, nepotisme dan kronisme.
Gerakan yang realistik perlu dilihat mampu menyelesaikan masalah semasa. Mahu menyelesaikan masalah perlulah memahami latar masalah itu dari kacamata yang betul. Sudut pandang ahli gerakan perlulah mendasari permasalahan sebenar, bukan permasalahan cabang. Yang berlaku sekarang, kita seperti pasukan bomba yang bertugas memadamkan api, bersifat reaktif tidak proaktif. Kita masih belum dilihat seperti pasukan doktor yang memberi nasihat, bimbingan dan rawatan kepada pesakit, berprinsip mencegah lebih baik daripada merawat. Fasa penyuburan perkembangan akal dan budi akan menatijahkan kebangkitan gerakan wanita yang tersendiri dan berhasil menjadi ubat bagi masyarakat sakit yang pelbagai.

3.     Wanita Memimpin Masyarakat
Keluhan tanpa penyelesaian akan berlaku sekiranya wanita sendiri tidak diberi kepercayaan memperjuangkan hak mereka. Hanya wanita yang akan memahami wanita sebaiknya. Kehadiran wanita disektor pembuat keputusan serta penggubal undang-undang dilihat manifestasi pengiktirafan wanita dalam masyarakat. Hasil kesedaran intelektual barisan pemimpin seluruhnya, soal emansipasi dan diskrimnasi wanita dunia telah jauh ditinggalkan. Keinginan dan keazaman ahli gerakan wanita yang mempunyai asas faham Islam sebenar serta doktrin kuat menjadi ummat terbaik seperti yang disaran Rasul yang mencapai tahap ekstasi, telah diterjemahkan penulis Perancis sebagai satu puncak kehidupan yang tidak terjangkau fantasinya. Tidak salah memberikan golongan berperibadi lembut yang telah melahirkan pemimpin hebat ditangannya ini peluang menjawat jawatan kedua tertinggi negeri atau Negara.
Wanita hakikatnya lebih beremosi dan penyayang. Limpahan sifat ini yang dilebihkan Allah mengatasi kaum lelaki sepatutnya mendorong gerakan wanita supaya lebih terkedepan dalam menjuarai isu-isu kemanusiaan dan kebajikan. Sister In Islam  (SIS) sudah jauh membina jaringan antarabangsa. Imam wanita terkenal SIS, Amina Wadud sudah menulis buku dan merungkai permasalahan umat mengikut sisi pandangnya yang jahil agama. Bukunya yang berjudul Qur’an And Woman: Rereading The Sacred Text From a Woman’s Perspective, adalah sekurang-kurangnya usaha gigihnya menonjolkan hak-hak wanita menurut akal tafsirannya sendiri. Gerakan wanita Islam kita? Walaupun sudah banyak lisan dan tulisan yang vokal menentang liberalisasi agama, namun suara ini masih minima dan belum cukup kuat untuk menentang sang jahil bertopengkan Islam liberal.
4.      Penglibatan Semua Pihak
            Para penggerak  perlu menyedari hakikat bahawa Allah tidak memerlukan usaha dan pengorbanan kita, akan tetapi kita manusia yang membutuhkan rahmat dan syafaat Allah dan Rasul-Nya.  Maka, adil diletakkan beban amanah gerakan ini atas batu jemala setiap diri kita ahli gerakan. Tenaga semua pihak perlu digembleng. Agensi kerajaan, kementerian, surau-surau, masjid-masjid, NGO-NGO dan tenaga-tenaga profesional haruslah ikut serta dalam arus menggerakkan agenda masyarakat ini. Masing-masing berperanan dalam bidang masing-masing, namun dalam keadaan terselaras dan berstruktur kemas bagi membantu gerakan. Dengan penglibatan semua pihak, barulah gerakan ini mampu membudayakan intelektual dan merayakan budi; memahami dan menghadami latar masyarakat; malah mampu merakyat di komuniti setempat dalam erti menyantuni kebajikan masyarakat.




Halatuju Masa Depan Gerakan Wanita
            Melihat permasalahan yang ada melahirkan pelbagai idea penyelesaian. Namn, bagaimana idea ini disusun supaya ia membentuk satu metodologi penyelesaian masalah yang berkesan dan memberi impak yang bermakna kepada wanita sejagat? Fasa penyelesaian perlu melalui melalui beberapa pendekatan iaitu:
1.     Mengukuhkan Kesatuan
Gerakan Islam diasaskan menggunakan prinsip kesatuan fikiran. Secara idealnya, ia akan menghasilkan kesatuan amal. Patuh ketua tanpa bertaklid membabi buta. Gagasan Ikhwan yang disambut Jemaah Muslimat pimpinan Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili sewaktu ketika dahulu dilihat masih relevan untuk diteruskan oleh gerakan wanita sekarang. Hakikatnya, seruan bersatu padu dan berkasih sayang ini ditegaskan sendiri Allah dalam firman-Nya dalam Surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud;
“Maka akan didatangkan oleh Allah satu kaum yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah di mana mereka bersikap merendah diri terhadap orang-orang mukmin tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir.”

Menghidupkan gerakan umpama menghidupkan masjid-masjid Allah. Hanya orang-orang yang ikhlas dijalan perjuangan ini sahaja yang mampu memakmurkannya. Ikhlas dan pengorbanan sangat penting dalam mengukuhkan jemaah. Berkorban tanpa ikhlas kerana Allah hanya akan merugikan pelakunya. Perkara ini banyak kali dipesan oleh Rasulullah, salah satunya melalui sabda Baginda yang berkaitan niat. Jika hijrah yang dilakukan seseorang itu dilakukan kerana perkara selain Allah, Rasul dan perjuangan Islam, maka kemenangan dan redha Allah yang diperoleh. Berbeza pula jika ia diniatkan memperoleh harta, wanita dan nama, pelakunya akan memperoleh seperti yang dihajati. Namun, apa yang dikejar ahli gerakan? Semestinya redha Allah dan syurga akhirat.

Mengukuhkan jemaah tanpa ukhwah adalah mustahil. Ukhwah adalah natijah iman. Ini berdasarkan hadis nabi yang berbunyi: “Tidak beriman seseorang kamu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagimana ia mengasihi dirinya sendiri.” Ukhwah ini yang akan mencetuskan kemanisan untuk berkorban dan ukhwah ini juga yang akan membakar semangat untuk terus bersama jemaah dalam suka atau duka, diwaktu kalah atau menang, diwaktu sempit atau lapang.

Tiada ukhwah tanpa berlapang dada. Keperluan kita untuk sentiasa bersama-sama, berprogram, beriadah, berusrah dan segala bentuk aktiviti lainnya memungkinkan wujudnya perselisihan faham dan pertelingkahan. Lupakan sejenak soal diri. Fikirkan soal agama. Tuntutan bersatu tanpa bersengketa lebih besar dan bermakna. Seperti yang disebutkan seorang sahabat besar Nabi S.A.W yang berbunyi:
“Apabila seseorang melakukan kesalahan terhadapmu, maka maafkan dengan menyertai kebenaran, dan keadilan bagi orang yang berakal lebih dasyat daripada pukulan.”


2.     Merakyat di Komuniti Setempat
Sebagai problem solver masyarakat, ahli gerakan wanita perlu membuktikan kemampuan untuk membantu mereka yang memerlukan. Dalam segenap segi, ahli gerakan wanita perlu berkemahiran, berketerampilan dan diyakini boleh menyelesaikan masalah yang hadir dan memenuhi keperluan masyarakat. Penguasaan kemahiran berteknologi  seperti laman web, blog, freindster, facebook, dan teknologi mudah alih samada melalui telefon atau sebagainya boleh membantu ahli gerakan menawan hati masyarakat. Capaian mudah kepada maklumat (information accessibility) melalui penggunaan teknologi adalah alat penting bagi mengangkis serangan luaran dan juga sebagai medium penerangan yang baik bahan dakwah kepada masyarakat.
            Selain penggunaan ICT, ahli gerakan wanita perlu cakna kepada hak-hak wanita dan masyarakat khususnya serta undang-undang disemua peringkat amnya. Pengetahuan tentang undang-undang akan menyuntik keberanian dan kelantangan bersuara dalam menyatakan hak-hak menyangkut soal wanita.

3.     Matang Berpolitik
Kematangan politik kaum wanita negara masih ditahap yang rendah jika dibandingkan dengan Negara-negara jiran yang lain. Berdasarkan data jumlah penyertaan wanita di parlimen bagi Negara-negara Asean pada Jan 2008, Malaysia masih ditahap peratusan yang mengecewakan apabila Indonesia dan Thailand mendahului kita. Peratusan wanita yang menjadi ahli parlimen bukanlah satu-satunya kayu ukur wanita matang berpolitik, namun, ia menggambarkan penerimaan golongan ini ditengah masyarakat dan  bermaksud wanita mereka dihargai dan diangkat sewajarnya.
Kematangan berpolitik wanita dapat digarap melalui sistem pendidikan. Terdapat tiga fasa yang perlu dilalui dan dipatuhi iaitu:
1) Memberikan pemahaman yang benar tentang politik dalam pandangan Islam. Ini untuk menghilangkan persepsi bahawa politik adalah wilayah yang ‘tidak mesra’ bagi ahli gerakan wanita.

2) Meningkatkan kesedaran politik wanita. Ini dapat dilaksanakan melalui keterlibatan secara aktif wanita dengan peristiwa-peristiwa politik, melakukan penelaahan, cakna isu dan berpandangan menggunakan sudut pandangan Islam. Tiada bezanya samada wanita itu sudah berkahwin atau belum, apakah dia hanya suri rumah tangga, berkarier, ahli politik, mahasiswi, cendekiawan ataupun ustazah.

Akhirnya kita dapat lihat, ahli gerakan wanita mengulas sesuatu peristiwa yang berlaku dari kacamata Islam dan memberi pendapat sendiri dalam kerangka pemikiran Islam. Tidak diam dan terlena dengan kondisi yang dihadapinya, kesedaran Islam yang dimiliki akan mendorong untuk terus berjuang, di manapun dia berada.

3) Membentuk wanita yang memiliki ketajaman analisis dan menyelesaikan real problem bukan current problem. Cara terbaik bagi ahli politik yang berautoriti menentukan dasar-dasar Negara adalah melalui penghalusan rentetan peristiwa, analisis masalah sebenar dan menghapuskan perkara yang utama penyebab masalah. Orientasi kerangka berfikir perlu betul. Sebagai contoh, masalah pembantu rumah asing di negara kita. Negara pernah digemparkan dengan kes Nirmala Bonat, Mantik Hani, majikan diberi racun dan sebagainya. Penggubal dasar yang baik  perlulah meneliti kes ini secara struktur, bukan hanya dengan menyaman pihak terlibat (samada majikan ataupun pekerja). Saman-menyaman adalah penyelesaian sementara. Turun menyiasat permasalahan sebenar, dan meneliti polisi dan dasar mana yang perlu diperhalusi serta pemantauan setiap pihak yang terlibat perlu diperkasakan. Inilah halatuju masa depan ahli gerakan wanita yang proaktif.

4) Matang berpolitik juga dilihat melalui kesediaan ahli gerakan untuk melakukan sebarang perubahan yang wajar. Sifat dinamik ini amat penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku terutama diperingkat dalaman gerakan. Kini, momentum perubahan ada dimana-mana. Hanya gerakan yang positif dan dinamik sahaja dilihat yang akan menjadi pilihan rakyat.
 

Kesimpulan

Ahli gerakan wanita tidak akan mampu berdiri berseorangan tanpa jemaah atau secara legal praktisnya, parti. Yang jelas, parti tersebut haruslah parti yang memiliki method perjuangan seperti yang digariskan oleh Rasulullah saw dan semata-mata berjuang untuk mengembalikan keadilan dan kebenaran kedalam kehidupan Islam.

Apapun, ilmu tak tersubur tanpa penyubur sebagaimana pokok tak tumbuh tanpa akar. Akarnya adalah kita. Ahli gerakan perlu mempunyai falsafah yang betul dalam setiap tindakan. Walau pengukuran kejayaan dan halatuju gerakan sudah jelas, tanpa amal, usaha kita bakal tersadai ditengah arus bersimpang.

Yang paling utama adalah kesatuan hati. Hadis Nabi S.A.W menyebut, jika baik seketul hati, maka baiklah seluruh anggotanya. Selesaikan perkara-perkara kecil sebelum perkara kecil ini menyangkut kita di mata kail hasad dan salah sangka. Letakkan agenda Islam lebih besar di hadapan, nescaya diri akan terubat dengan kemaafan dan kebaikan.

Hakikatnya, kesedaran Islam masih terlalu jauh untuk datang bertandang mengetuk hati mad’u kita seluruhnya. Kejahilan masih menebal, orientasi pemikiran masih menyimpang, bercampur aduk Islam-sekular dan hedonism masih menghantui golongan remaja. Natijah kebobrokan ini adalah gejala social merata ditengah masyarakat. Bersidang, bersoal jawab lisan mahupun tulisan kita setiap hari akan statistik  yang makin meningkat, tetapi masalah tetap juga tidak selesai. Kerana si jahil masih lagi majoriti.



[1] Kertas Kerja ini dibentangkan di Wacana Intelektual Wanita di Dewan Perpustakaan Ratu, Tkt.3, Perbadanan Perpustakaan Awam negeri Selangor pada 22 Nov 2009
[2] Puan Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang
[3] Dikutip oleh Alatas, Syed Hussein.lihat Mitos Pribumi Malas (1988), Jakarta: Penerbit LP3ES
[4] Disebut dalam Ihya Ulumiddin (terj.) Al-Ghazali, Abu Hamid,Jil.1 Jakarta: Percetakan Menara Kudus, 1980

Tuesday, November 24, 2009

Perkara Besar Dalam Hidupku

Sebagai permulaan, aku disaran mengenali diri dan musuh. Menelaah menjelujur sepak terajang, hiruk pikuk dan warna warni kehidupan, menemukanku beberapa perkara besar dalam hidup yang menjadikan siapa aku hari ini.


Mencinta dan Bercinta
Rupa-rupanya, kisah silam yang kulalui dizaman sekolah dan sepanjang sesi belajar di institusi yang seterusnya memberi seribu erti dan rasa penambah perencah hidup. Serasa beruntungnya diri bila dipilih Allah utuk diberi hidayah dan petunjuk dipertengahan perjalanan. Kini ku bersyukur, aku bebas tapi terbatas. Aku berputar namun berpaksi. Serasa bersyukur yang tak terhingga kerana Tuhan pernah memberi aku rasa menyayangi dan disayangi sejak awal. Ia fitrah. Aku dikawal ibubapa dalam mengendali perubahan emosi ini. Sejak dulu,ibu menjadi tempat kubercerita. Aku amat selesa bercerita padanya. Padaku, disaat sahabat sebaya menjauh dan mengasing diri dari ibubapa, namun tidak padaku. Ibu tempat terbaik dan paling memahami. Beliau tidak menghalang tapi menasihati dan membimbing. Hingga kini, tindak tanduk dan pergerakanku direstui ibu. Dlam segenap hal, samada peribadi atau urusan dakwah, dimaklumi seluruhnya.

Sedih, marah, kecewa,dan gembira kukutip ia sebagai pedoman agar tidak terlanjur diakhir kehidupan. Pengalaman itu membentengi diriku sewaktu diasak situasi yang sama sepanjang hidup, tidak kira dimana dan dengan siapa. Takdir Tuhan tak mengenal sesiapa. Aku belajar dan terus belajar untuk matang dan tidak silap membuat keputusan. Kekeliruan yang mungkin timbul alhamdulillah berjaya diatasi secara bijak dek pengalaman yang banyak memukul dan mengajar. Terima Kasih Tuhan...aku amat bersyukur menjadi diriku.

Ada Titik Putar
Diawal langkah,aku banyak membiarkan nasib yang mencorak kehidupanku. dimana belajar, kos yang diambil, extend semester, soal baitul muslim, bekerja, gaji berapa, dan apa sahaja banyak yang "let it be"... Aku jarang serius dan terlalu rigid. Waktu tu, berpendirian "Biar Tuhan yang menentukan". serasa diri bagai lalang. Namun, adatitik putar yang merubah sedikit demi sedikit paradigma pemikiranku. Mula serius dengan masa depan dan mula fokus untuk menjadikan hidup lebih bermakna. Alhamdulillah, pilihan Allah kalii ni diyakini betul dan dilaksanakan sebaiknya. Hadirnya pembantu dan pembimbing serasa panduan dari langit bagi insan terpilih. Syukur lagi...

Mendampingi Tokoh
Orang yang hebat mempunyai sahabat yang hebat.
Menganalisa secara rambang akan rakan-rakan sekitar dan orang-orang yang kudampingi, menyedarkan aku bahawa sejak awal lagi memang aku banyak bersama orang-orang yang hebat dan terbaik. Sejak lahir, aku dianugerahi Abah yang tegas namun berfikiran terbuka. Memasuki Matrikulasi, aku punyai kawan-kawan Ajk Surau yang banyak membimbing kearah kebikan dan kebenaran. Dikampus, dianugerahi kefahaman tentang dakwah dan tarbiah. Ini membuat hidup lebih bermakna kerana sejak dari itu, aku mula mnemui tokoh-tokoh besar dalam bidang masing-masing.

Sekitar Ilmuan dan Budaya Ilmu
Pak usrah (naqib) yang banyak membentuk cara fikir telah mengubah cara kerja ku, berbeza dengan rakan seangkatan yang lain. Ditakdirkan Allah,aku antara satu-satunya anak usrah yang tidak sepatutnya dikalangan 'mereka'. Bersama 'mereka',aku mengerti akan kewujudan 'perbezaan dalam persamaan'. Matlamat kita sama, tapi cara kita berbeza. Diwaktu itu,'mereka' ini pembangkang dalam pembangkang! aku orang baru, diam mengiakan sahaja. aku pertahankan 'mereka' dalam hati saja kerana ku tahu, 'mereka' betul dan benar... tokoh itu yang kukagumi..ketinggian ilmunya yang menarik hati untuk yakin dengan pendekatan yang dibawa. sedikit tidak bersetuju terhapus dengan ketajaman akal fikiran serta bukti bahawa pendekatannya mampu melahirkan ahli yang lebih baik. sehingga kini, 'mereka' masih aktif dan terus melahirkan orang2 hebat.

Ilmuan juga banyak mendedahkan diriku pada tasawwur sebenar akan kesepaduan dan keseimbnagn ilmu. Ilmu yang membawa kepada Tuhan, ilmu yang membuktikan keadilan Tuhan, ilmu juga yang menatijahkan kecanggihan dan keharmonian kehidupan alam.. Aku mula berani mengenali diri dan Pencipta diri malalui akal, satu batasan disiplin yang tak pernah dilanggari sebelum ini. MasyaAllah..

Sekitar Politikus dan Ahli Gerakan
Politikus yang dikenali juga banyak membentuk jiwa dan semangat juangku. hari demi hari, citi-cita dan harapan makin bertunas. Ia hakikatnya dibaja dengan maklumat dan kefahamna akan keperluan untuk bersedia mengganti yang hilang suatu hari nanti. Kewibawaan dan tahap intelektual mereka yang tinggi amat mengesankan diri. Berdampingan mereka menyelesaikan urusan yang berkaitan sediikit sebanyak memotivasikanku agar mahu berbuat yang terbaik dalam hidup. Perkongsian pengalaman dari mereka amat bermakna agar kita generasi muda tidaklah menyambut gagasan gerakan itu dengan sifar, tapi biarlah kita ini yang 'meneruskan perjuangan' seperti yang pernah diungkapkan Syed Qutb "kita adalah mata rantai perjuangan. tidak memula dan janganlah yang mengakhirinya".

Pernah dalam beberapa urusan belakangan ini, aku didedahkan dengan figur-figur hebat negara. Aku pernah jumpa tahanan ISA, pernah berbincang dengan pemikir-pemikir dasar negara, berdiskusi dengan aktivis wanita dan masyarakat, serta banyak lagi penggerak-penggerak penting dalam urusan-urusan besar yang kebanyakan mereka pakar dalambidang masing-masing. Kegilaan pada cerita tokh sejak bangku sekolah rupanya membawa aku kepada pertemuan dan perbincanagn yang lebih bermakna..masyaAllah, besarnya Tuhan.  Pilihan Tuhan ini, akan dihargai sebaiknya. Peluang yang ada akan dimanfaatkan demi masa depan Malaysia yang lebih baik. InsyaAllah..., bak kata guruku, 'i'm on the right track". is it?? Alhamdulillah, "percaya aku boleh" sedikit demi sedikit menjadi "yakin aku boleh". terima kasih guru.. hadir kalian adalah satu fenomena besar dalam hidupku.

Kalian Tokoh Terdekat
Masih lagi bercakap perihal tokoh.
Tokoh yang kudampingi kini adalah pemikir dan aktivis Islam yang baik,yang paling baik yang pernah kutemui. Semoga Allah merahmati saya dan kalian, agar kita berjaya 'Merealisasikan Impian Bersama' (pinjam tema Nisa'). juga berdoa agar kita semua masih dalam batasan syariat dan redha-Nya. Mohon perlindungan dari syaitan yang direjam. Amiiinnnn....

Sunday, November 15, 2009

Keadilan Tuhan

Sudah lama rasanya tidak menulis diari umum ini.Hari ini serasa Allah melapangkan hati dan masa untuk berkongsi barang sedikit pengalaman dengan dunia. pengalaman banyak mengajar manusia menjadi hebat. kerana orang yang mengutip pengalaman disepanjang hidupnya ialah orang yang belajar. tidak semua peristiwa adalah pengalaman. hanya peristiwa yang memberi pengajaran padaku, membawa faham 'pengalaman'. maka, orang yang menganalisis, menginsafi segala peistiwa adalah orang yang belajar dan dialah berpengalaman.

Aku bukan ahli falsafah, bukan juga ulama. namun,kuingin berkongsi pengalaman sebuah pengembaraan mencari Tuhan. pengembaaan tidak bertepi. tiada had namun bersempadan. penuh kebebasan namun berpaksi.




 Adilkah Tuhan?





Hakikatnya kita pasti bertanya.Siapa menjawab? maka yang menjawab adalah AKAL..
Tidakkira akal kita atau akal sesiapa. samada ustaz, ulama, ahli falsafah, ahli muzik, ahli sufi, imam.. Kesimpulan: yang menjawabnya adalah akal..


Bagimana pula akal mampu menjawab setepatnya?Mengelak ada yang 'tak tepat', maka ada disiplin pemikiran yang menghalang manusia berfikir sendirian sejauh dan sedalamnya.


Dan akhirnya, bertaklid saja..
Aku percaya keadilan Tuhan. setiap pertanyaan pasti ada jawapan.
Ia hanya soal masa. sampai masa, terjawablah ia.
InsyaAllah..aku akan terus menunggu saat itu.

Wednesday, November 04, 2009

AKTIVITI SEKS PELAJAR MENAKUTKAN..!!



 KUCHING: Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mendedahkan bahawa seorang daripada tiga orang pelajar perempuan sekolah menengah mengakui pernah terlibat dengan aktiviti seks. Kajian ini dilakukan lebih kurang sepuluh tahun yang lalu sewaktu bertugas sebagai professor Psikologi Sosial di Universiti Malaya. Pendedahan itu dibuat Dato’ Dr. Chiam Heng Keng ketika menghadiri Seminar Biro Wanita Sarawak di sini.

Dalam taklimatnya mengenai “Menghadapi Realiti Hari Ini,” Dr. Chiam berkata “ia member perasaan teneram kepada adis-gadis ini kerana kawan-kawannya yang lain turut melakukannya dan ia tidak kagi salah kerana orang lain turut melakukannya.”

Dr Chiam menambah, sekiranya kegiatan seks tidak lagi asing dikalangan pelajar, beliau bimbang sekiranya dimasa akan datang, pelajar sekolah rendah akan turut melakukannya.

Kajian mendapati bahawa sesetengah pelajar melakukan seks hanya untuk suka-suka, kemudiannya melacurkan diri untuk mendapatkan wang bagi membe telefon dan pakaian berjenama. Didapati, golongan ini tidak melakukan kegiatan haram ini ditempat awam atau hotel, tetapi di rumah sendiri.

 ini kajian sepuluh tahun lepas. bayangkan jika kajian terbaru? saya tak rasa ianya berkurang dalam keadaan suasan masyarakat yang amat terdedah dengan dunia IT yang terbuka ini. video lucah,iklan seks masuk kerumah bagai air.

Inilah realiti remaja kita pada hari ini. Kita amat bimbang, keruntuhan akhlak inin akan turut meruntuhkan institusi keluarga, masyarakat dan seterusnya meranapkan usaha mengembalikan kegemilangan tamadun Islam yang pernah dimercu tertinggi satu masa dahulu. –harakah 6-8Nov9

Friday, October 16, 2009

Duhai Pemimpinku


Mungkin ramai yang tidak menyangka apabila diberitahu bahawa ada dikalangan pemimpin tertinggi kita ada hari ini yang sangat mengambil berat akan hal kebajikan rakyatnya. tiada rehat dalam ruin hidupnya melainkan bersama2 rakyat dikawasannya. kesusahan yang ditanggung rakyat kalau boleh ingin diringankan bersama, namun keterbatasan diri sedikit menghalang bantuan sampai dengan lengkap sempurna.

Namun, bagi yang susah, kehadiran mnjenguk dan bertanya khabar sudah cukup besar. mereka yg kebnyakannya kais pagi makan petang dan ada juga dari golongn armalah(ibu tunggal),kifaalah (warga emas) dan para duafa' (fakir miskin) akan tersa sedikit lega jika ada bantuan kewangan yg dihulurkan. selain melawat,YB kita ini sering memberikan ceramah atau tazkirah ringkas kpd mereka penduduk kampung.kata2 motivasi dan semangat untuk hidup amat penting ditiupkan buat golongn ini kerana cabaran kemiskinan yg dihadapi mereka akan mengheret banyak lagi masalah lain bersama.itu yg paing ditakuti dan sebolehnya dielakkan.sebagaimana kita lihat dan dengar dlm masyarakat kini, kemisknan inilah yg menjadi faktor kepada masalah keciciran pendidikan, masalha gejala sosial,dan keruntuhan institusi keluarga. maka, sesi ziarah ini dimanfaatkan sebaiknya oleh YB. kebetulan,j iwanya jiwa "menasihati". jadi tak berat dan sudah biasa.

Pemimpin is a Fasilitator

Saya punyai sedikit latar motivator.sejak di kampus lagi, dunia motivasi dan program remaja sudah menjadi seahagian dari hidup. kami dipupuk dgn kerja-kerja sukarelawan begini biasanya bagi pelajar tahun-dua di mana pd tahun satu,mereka melalui usrah di kalangn masing2. maka dlm membina diri, kerja2 kesukarelawanan inilah yg menjadi wasilah terbaik mempraktikkan apa yg difahami. dgn bimbinna naqib, kami pula yg handle usrah utk junior. satu pengalaman manis yg tak dapat dilupakan.

Melihat kepimpinan dari sudut pentarbiahan,maka saya menyimpulkan bhwa pemimin yg baik adalah seorg fasilitator yg bagus. apakah peranan seorang fasilitator?
# membimbing client dlm menyelesaikan masalah
# mendorong client utk bertaubat dengan ikhlas tanpa sebarg paksaan
seorang fasiilitator tidak memberi ikan, tapi beri mata kail untuk pemancing berusaha mengail ikan dgn sabar. saya suka memberi analogi ini juga kpd sang pemimpin. pemimpin yng baik ialah pemimin yang tidak hanya memberi bantuan dari segi kewangan dan surat sokongan (jalan pintas) seperti yng diminta-mnta rakyat.tapi berilah mereka harapan untuk hidup. bangunkan jiwa dan minda mereka yang tertutup sekian lama dengan memberi pendidikan, kemahiran2 tertentu dan asas agama yang utuh krna inilah yang mreka perlukan dan tak akan habis sptmana wang ringgit yang sentiasa tidak cukup. masalah2 yg diterima [erlulah disalurkan kpd agensi2 yang boleh membantu golongn ini. buangkanlah persepsi negatif terhadap agensi2 kerajaan dan ambilah pendekatan yang positif supaya ia menguntungkan semua pihak. memang tak dinafikan berlaku banyak masalah dlmenuntut bantuan dari Jabtan Kebajikan Masyarakat misalnya,namun bersabarlah.

Pemimpin perlu tahu aulawiyat dan bijak meletakkan sesuatu ditempatnya yang dirasakan paling sesuai. insyaAllah, jika kesedaran ini ada pada semua pemimpin kita, 1Malaysia akan terealisasi.



Tuesday, September 01, 2009

Hari ini best...

Hari ini dalam sejarah. 30 Ogos 2009, berjumpa SAHABAT baru di rumahnya. Bermulalah pengembaraan baru di medan yng penuh mencbar ini. Dunia yang tak asing lagi bagiku, cumanya kali ini lebih serius
dan focus. Kak tie dan suaminya,  bersungguh menerangkan aku sedikit sebanyak latar situasi terkini. Aku mulamengerti dan memahami. Walau segalany agak terkejut kerana tidak menyangka, air yang tenang rupanya tersimpan seribu satu spesies binatang berbahaya. Tunggu sahaja kaki menghulur, pasti tak lepas peluang. Begitulah analoginya.

Bahaya…….
Realiti kebenaran dan keadilan memang pahit. Perjuangan meletakkan Islam ditempat tertinggi dlam keadaan kita berhadapan dengan latar masyarakat yang pelbagai agama dan pemikiran, maka paksi keadilan dan kebebasan antara pautan kukuh untuk semua pihak berpaut. Tautan suara melalui slogan ISLAM UNTUK SEMUA diharap dapat menjadi satu slogan terbaik dan paling tepat dalam menggarap harapan bagi perubahan yang bakal berlaku. Perubahan untuk memakai ISLAMTOTAL.


Ikhwan dan Revolusi ‘79
Kami rancak juga menyentuh tentang gerakan yang bersumberkan satu Muhammad s.a.w, namun menatijahkan cabang gerakan yang saya lihat seolah ada dua.Dua yang saya maksudkan, itulah ikhwanul-muslimin Imam Hassan Al-Banna dan revolusi iran Imam Ayatullah Al-Khomini. Dua event besar dalam dunia islam ini saya lihat punya bnyak persamaan walau keduanya jauh berbeda
Persamaannya pertama: keduanya berjaya melahirkan satu fikrah dikalamgan marhein utk terus bangkit dan melawan kafir (baca: neokolonisme yahudi).
Persamaan kedua: keduanya punyai satu Imam yang memimpin gerakan.
Persamaan ketiga: keduanya lahir dari system social setempat untukmelawan kekejaman setempat (locally). Inilah cirri-ciri gerakan islam.

Sunni vs Syi’iE

Ikhwan lahir di Mesir sekitar tahun 1926 dan revolusi pula berlaku pada tahun 1979 di Iran. Saya suka menyatakan bahawa ikhwan adalah produk muslim fahaman sunni dan revolusi iran adalah produk muslim fahaman syi’e. rasanya tak salah myatakan begini bukan?

Keduanya punya impak masing-masing dalam menggerakkan ideology meeka. Sebagai ahli yng faham fiqh ikhtilaf, kita tidak perlu membanding beza siapa betul siapa salah. Walau ada pendapat menyatakan bahaa, dalam dua kebenaran, pasti ada yang benar dan satu lagi pasti salah. Namun, berbalik kepada kapasiti kita hari ini yang bukan mujtahid pun untuk berijtihad, maka kita meraikan keduanya. Peristiwa yg berlaku pd zaman Rasulullah boleh dijadikan iktibar.

Di satu perjalanan yang panjang, Rasul s.a.w pernah berpesan kpd sahabt yg akan bermusafir itu untuk tidak berhenti melainkan di satu tempat yang disebut namanya. Namun, dalam perjalanan, shbt2 ingin bersolat setelah masuk waktunya. Maka berlakulah pertelingkahan, samada perlu berhenti utk solat atau meneruskan perjalanan spt yg diarah Nabi. Gologn pertama berijtihad utk berhenti dan solat manakala gologn kedua berijtihad utk meneruskan perjalanan. Apabila masalah ini dirujuk Rasululah kemudiannya, baginda berdiam diri tanpa menyalahkan mana-mana pihak. Inilah rasulullah s.a.w. utusan yang setiap tindakannya mendapat ilham dari Allah, diam Rasul membenarkan. Sanggah Rasul menidakkan. Peristiwa ini memberi implikasi yg cukup luas bagi umat nya diakhir zaman kini.

Apa yg perlu dilihat dari peristiwa ini adalah bagaimana baginda nabi meraikan perbezaan pendapat dikalangan sahabat baginda dlm kes2 yg tiada kejelasan hukumnya. Ini berlaku dizamannya. Dan dizaman kita berlaku jua. Maka seharusnya kta mengambil pendirian spt baginda nabi yang meraikan perbezaan pendapat asal saja ia tidak bertentangan dgn hukum2 yg jelas.

Melihat sunni dan syiah, ikhwan dan revolusionner dari perspektif yg lebih besar, saya kira satu masa nanti, kita perlu bergabung dan bersatu melawan yahudi laknatullah. Bumi Palestin mesti sama-sama dipertahankan. Duhai Ikhwanul Muslimin…Bangkitkan kembali roh dakwah ahli ikhwan seluruh dunia, Revolusioner…kalian perlu memainkan peranan dlm myususun semula strategi penaklukan kalian. Jadi mulai sekarang, kedua-dua belah pihak perlu perkasakan skill di bidang masing-masing. Islam itu indah bila kita bersatu!

IslamTotal

Memacu perubahan bukan lagi merintis perubahan.itu yang kita mahu!! Idea ini sungguh hebat namun, mampukan bangsa kita? Melayu –islam ini nak bangkit? Biar betul…mcm tak logic jer…
Logik…boleh… dengan syarat: pemimpin PAS perlu bersedia menjadi KERAJAAN! akan tetapi perlu berpandukan rangka pemikiran Islam yang BETUL dan BENAR..