Wednesday, April 28, 2010

SPR dan SPRM

Proses pembuangan undi yang berlangsung pada 25 April lalu agak terganggu dengan halangan dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tiba-tiba mengarahkan kami beredar dari lingkaran 50 meter dari pusat mengundi.

Penulis bersama pimpinan Pas yang hadir meminta penjelasan daripada pegawai SPR bertugas yang membenarkan petugas Umno masuk dengan memakai lambang parti di dalam kawasan 50 meter tersebut tanpa halangan. Perkara ini jelas, menurut Aiman Athirah Al-Jundi sebagai undang-undang senget sebelah dan bias.

Bersama YB Siti Zailah dan Aiman Athirah, penulis meminta petugas dan penyokong untuk berundur dan mematuhi peraturan SPR.







Dalam perkembangan lain, kemarahan penyokong Pakatan Rakyat di pusat mengundi SK Batang Kali terserlah apabila gambar calon, Datuk Zaid Ibrahim dipijak-pijak oleh penyokong BN.


Ini mencetuskan sedikit pergelutan antara penyokong kedua-dua belah pihak dan mujur sempat dikawaloleh FRU dan Polis yang sedia di jalanan sejak 7.30 pagi.



Sorakan Anwar-Yahudi dibalas Umno-Yahudi oleh PR.
Isu Zaid kaki botol, lumba kuda, Najib Apco-Umno terus menjadi 'zikir' penyokong bagi memenangkan calon masing-masing.



Mengulas tentang kekalahan Datuk Zaid kali ini, beliau akan memfailkan petisyen bantahan kepada SPR dan mendakwa bahawa pilihan raya kali ini telah dicemari pembelian undi dan pemindahan pengundi. Beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPR kerana didakwa GAGAL mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.

Penulis telah menyemak beberapa keratan akhbar menunjukkan janji-janji BN bagi meraih undi masyarakat Hulu Selangor. Jika mengikut peraturan SPR, perkara ini telah dikategorikan sebagai 'rasuah pilihan raya' dan BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN.

Penulis bersama rakan pasukan akan ke pejabat SPRM bagi mengetahui definisi sebenar 'rasuah politik' bagi membolehkan tindakan diamabil terhadap SPR jika benar perkara itu selari dengan apa yang dimaksudkan
 sebagai 'rasuah pilihan raya'.

semoga beroleh manfaat kepada semua.