Saturday, November 06, 2010

Novel Bersiri: Memoir Fatimah Ali-part 2

Suatu malam yang tenang, seusai solat isyak dan berdoa, Fatimah dipanggil ibubapanya. Beliau pantas mengetahui tujuannya. Telefon ditutup mati, simpan ditempat selamat dan turun. Hatinya yang gundah cuba ditenangkan. Fatimah membaca doa bagi kelancaran tutur kata seperti yang diajar Harun kepada Musa A.S.saat berdepan kaumnya yang tidak mahu beriman kepada Allah S.W.T

"SMS antara kalian telah dibaca adik kamu, Nana. Kamu tak malu ke tunjuk kat adik bentuk perhubungan kamu dengan lelaki? Kamu buat contoh tak baik kepada adik-adik." Serangan pertama yang disambut sepi oleh Fatimah. Ligat akalnya berfikir dan mengingat SMS ynag dimaksudkan. Namun, dia cepat menyimpulkan, TIDAK guna bertanya lanjut kerana sudah pasti bagi ibubapanya, segala SMS adalah tak betul, tak patut, tak perlu dan tak boleh. Tidak perlu lagi berhubung dengan manusia dajal seperti Ali.

Mendengar tanpa sepatah bantahan yang terkeluar dari mulut Fatimah. Dia memang ingin menjawab segala pertuduhan yang dilontarkan, namun, bersediakan ibubapanya mendengar dan berfikir? Rasanya tidak. Beliau faham, ibubapanya ingin melepaskan tekanan, dan marahlah, tengkinglah malah pukullah jika itu mampu melegakan. Demi kasihnya pada insan dihadapannya yang maih belum mengerti, masih belum dibuka hati dan dicampak hidayah kefahaman akan tindakannya. Hatinya berbisik.

Apa isu yang tidak disentuh. Hampir semua dicungkil disebut. Mereka menuduh lelaki itu nak tipu, tidak beradab, tiada pekerjaan, dan menggunakan taktik kotor untuk dapatkan anak dara orang.

Hatinya cekal mendengar apa saja yang dihamburkan. Fatimah dilatih untuk melalui perkara-perkara besar begini. Sejak dizaman sekolah, Fatimah seorang yang berani dan garang. persekitaran rakan lelaki yang selesa berkawan dengannya, turut berlaku di zaman matrik dan universiti. Di universiti, beliau teruji dengan aktiviti gerakan pelajar. Beliau juga salah seorang pemimpin gerakan, dan aktif menyertai dan mendepani cabaran dan kekangan dari pihka universiti dan luar universiti. Maka bagi Fatimah, situasi malam tersebut hanyalah sebahagian dari apa yang beliau mulakan sejak 5 tahun dahulu.

"Sekali kamu memilih dia, maka bermakna kamu membuang kami. Pergilah kamu dari sini dan jagan kembali lagi. Kami tiada anak seperti kamu jika dia pilihan kamu. Sampai matipun, aku takkan terima kamu, walau sudah beranak pinak."

Seperti biasa,itulah dialog ibubapa kepada anak yang tak mahu ikut kehendak mereka.  "Kenapa Along sanggup menderhakai ummi semata-mata kerana seorang lelaki?"

Ditelan Kenyang, Diluah Tumbuh. Itulah ibarat Fatimah yang berdepan dengan halangan keluarganya. Apakah yang akan berlaku kepada pasangan ini? sesungguhnya kepunyaan Allah jua yang Maha Memiliki hati-hati manusia, DIA berhak mencampakkan malah menarik hidayah kepada makhlukNya yang dikehendaki.