Saturday, November 06, 2010

Novel Bersiri: Memoir Fatimah Ali-part 2

Suatu malam yang tenang, seusai solat isyak dan berdoa, Fatimah dipanggil ibubapanya. Beliau pantas mengetahui tujuannya. Telefon ditutup mati, simpan ditempat selamat dan turun. Hatinya yang gundah cuba ditenangkan. Fatimah membaca doa bagi kelancaran tutur kata seperti yang diajar Harun kepada Musa A.S.saat berdepan kaumnya yang tidak mahu beriman kepada Allah S.W.T

"SMS antara kalian telah dibaca adik kamu, Nana. Kamu tak malu ke tunjuk kat adik bentuk perhubungan kamu dengan lelaki? Kamu buat contoh tak baik kepada adik-adik." Serangan pertama yang disambut sepi oleh Fatimah. Ligat akalnya berfikir dan mengingat SMS ynag dimaksudkan. Namun, dia cepat menyimpulkan, TIDAK guna bertanya lanjut kerana sudah pasti bagi ibubapanya, segala SMS adalah tak betul, tak patut, tak perlu dan tak boleh. Tidak perlu lagi berhubung dengan manusia dajal seperti Ali.

Mendengar tanpa sepatah bantahan yang terkeluar dari mulut Fatimah. Dia memang ingin menjawab segala pertuduhan yang dilontarkan, namun, bersediakan ibubapanya mendengar dan berfikir? Rasanya tidak. Beliau faham, ibubapanya ingin melepaskan tekanan, dan marahlah, tengkinglah malah pukullah jika itu mampu melegakan. Demi kasihnya pada insan dihadapannya yang maih belum mengerti, masih belum dibuka hati dan dicampak hidayah kefahaman akan tindakannya. Hatinya berbisik.

Apa isu yang tidak disentuh. Hampir semua dicungkil disebut. Mereka menuduh lelaki itu nak tipu, tidak beradab, tiada pekerjaan, dan menggunakan taktik kotor untuk dapatkan anak dara orang.

Hatinya cekal mendengar apa saja yang dihamburkan. Fatimah dilatih untuk melalui perkara-perkara besar begini. Sejak dizaman sekolah, Fatimah seorang yang berani dan garang. persekitaran rakan lelaki yang selesa berkawan dengannya, turut berlaku di zaman matrik dan universiti. Di universiti, beliau teruji dengan aktiviti gerakan pelajar. Beliau juga salah seorang pemimpin gerakan, dan aktif menyertai dan mendepani cabaran dan kekangan dari pihka universiti dan luar universiti. Maka bagi Fatimah, situasi malam tersebut hanyalah sebahagian dari apa yang beliau mulakan sejak 5 tahun dahulu.

"Sekali kamu memilih dia, maka bermakna kamu membuang kami. Pergilah kamu dari sini dan jagan kembali lagi. Kami tiada anak seperti kamu jika dia pilihan kamu. Sampai matipun, aku takkan terima kamu, walau sudah beranak pinak."

Seperti biasa,itulah dialog ibubapa kepada anak yang tak mahu ikut kehendak mereka.  "Kenapa Along sanggup menderhakai ummi semata-mata kerana seorang lelaki?"

Ditelan Kenyang, Diluah Tumbuh. Itulah ibarat Fatimah yang berdepan dengan halangan keluarganya. Apakah yang akan berlaku kepada pasangan ini? sesungguhnya kepunyaan Allah jua yang Maha Memiliki hati-hati manusia, DIA berhak mencampakkan malah menarik hidayah kepada makhlukNya yang dikehendaki.

Tuesday, October 05, 2010

Novel Bersiri: Memoir Fatimah Ali


Aku ingin bercerita tentang sepasang kekasih yang kugelar mereka Ali dan Fatimah. kisah benar ini adalah perkara yang unik yang pada hematku, wajar diambil iktibar dan panduan pembaca yang budiman sekalian.
................................................................................................................................................................
.
Perkenalan  mereka dimulai dengan satu peristiwa kecil.


Malam 18 Ramadhan. Pertama kalinya Abang membahasakannnya Abang. Dipeluk sang pelacur berkulit gebu berwajah cantik, membuatkan Fatimah membara. Rasa mahu ditampar pelacur itu. ”Hanya aku yang layak. argh... syaitan semua nih. kenapa nafsu bergelora ingin mendatanginya ??”
Ali yang jauh itu terbayang dimata. Fatimah tak dapat melelapkan mata walau jam sudah menunjuk angka 3.10 pagi. Tidurnya terganggu hampir setiap 30 minit melihat telefon, teraba-raba dan melihat skrin, tapi hampa.
Dua rakaat didirikan sebagai medium meditasinya. Hanya Yang Maha Tahu sahaja yang memahami apa yang dirasakannya. Dalam sujud yang lama dia berdoa, agar Allah memberinya kebaikan dalam urusan ini.

Sunday, August 22, 2010

ISA, Sejarah dan Kepimpinan Ulama'


Sudah hampir sebulan peristiwa itu berlalu, namun, segala yang berlaku pada hari tersebut masih terbayang dimata seperti wayang gambar. Betapa aku menghargai perasaan, semangat dan keberanian yang sudah lama membeku dalam diri, ia cair tepat pada masanya. Aku kira, peristiwa Vigil Night for ISA tidak berlaku serta merta, semudah itu pada seorang wanita-serikandi muslimat. Srikandi seprti di zaman Rasulullah menyamai Saidina Fatimah bt Muhammad, puteri agung Rasul dan isteri perjuangan Saidina Ali kwj. Dikala rampasan tanah fadak yg meragut sumber ekonomi keluarga Rasulullah, beliau gigih mentarbiah anak-anaknya sehingga lahirlah dua penghulu pemuda syurga-Hassan dan Hussain. Srikandi yang sifatnya DIBENTUK OLEH PERISTIWA yang Allah hadirkan untuknya. Hakikatnya, perkara ini bukan semudah factor Allah semata-mata bagi kita para penganalisis. Ya ianya mutlak, tapi juga yang besar adalah factor diri Fatimah itu sendiri yang memilih untuk melawan dan berjuang. Sejak kecil, beliau diuji dengan kesusahan hidup bersama ibunya sehinggalah Rasulullah wafat dan beliau menyusul wafat.

Arab Mekah telah didiami sedemikian lama oleh berbagai jenis kaum atau kabilah. Mereka berhagemoni dan punya system ekonomi, pilitik dan social yang tersendiri. Corak kehidupan mereka dibentuk berasaskan agama menyembah berhala ; kembali kpd agama sebelum hadirnya Nabi Ibrahim. Hadir Muhammad Al- Amin menjadi pendamai antara pertelagahan dua puak sewaktu meletakkan batu Hjaratul Aswad. Ini telah melonjakkan nama baginda yang sedia harum. Keluhuran budi baginda telah meraih belas kasih ramai orang, termasuklah Abu Talib, salah seorang pemuka Bani Hasyim yang juga bapa saudara yang memeliharanya sejak kecil utk terus mempertahankan baginda walau bergadai nyawa. Kekuatan musuh bukanlah yang menakutkan buat mukmin, tapi kelemahan dalamanlah yang amat menakutkan mukmin. Kegemilanagan Islam mula merudum ditangan sahabat, tabien dan tabi’-tabien sedikit demi sedikit. Cahayanya terus malap dan padam ditangan Mustapha Kamal Attartuk di Turki. Satu kejatuhan yang didalangi Yahudi sepastinya, dan dibayangi Islam Sekular.

20 tahun kepimpinan ulama di Kelantan telah melihatkan kemakmuran ekonomi, kestabilan politik dan keharmonian rakyatnya yang berbilang bangsa. Seperti di tanah Arab diawal kedatangan Islam, Melayu, Cina, Siam, India dan sedikit orang asli hidup aman dan amat senang dengan pemerintahan Islami yang mementingkan kebajikan rakyat Kelantan. Pemimpin mengutamakan keperluan rakyat dapat dilihat jelas dengan cara hidup Menteri Besarnya. ISLAM menjadi doktrin pentadbiran, dan rakyat amat selesa dengannya.

Apakah kaitan sejarah tanah arab dan sejarah 20 tahun kepimpinan ulama’ di negeri serambi mekah ini? Pada hemat penulis, mereka punyai PERSAMAAN untuk satu situasi kini. Iaitulah HEGEMONI. Faktor masa yang memberi selesa, peluang untuk kedua-dua kelompok ini untuk meluaskan kuasa. Kuasa itu adalah apa?? Apakah 'kuasa' itu suatu yang positif atau negatif? Kenalilah 'kuasa' dari kedua-dua sisi supaya pandangan kita adalah adil..

Dengan kuasalah kerajaan baik Islam Kelantan dipertahankan. Dengan kuasa juga kerajaan musyrikin Mekah dipertahankan untuk beberapa kurun.  Sesungguhnya HEGEMONI pemerintah telah menebal sehinggakan boleh jadi yang putih nampak hitam, yang hitam dilihat putih, baik dibawah pentadbiran Islam mahupun bukan Islam. Bukanlah Islam itu yang dipertikaikan relevensinya,di kata tak relevan,TIDAK sama sekali.. namun kita terpaksa akur dengan masa... dah 20 tahun....

Selamat berfikir dan bermuhasabah!

Tuesday, August 10, 2010

Think Bursa....

http://www.rtm.gov.my

Memahami Budaya Melayu Islam

Sebarang perubahan yang ingin dibuat perlulah berdasarkan kajian analisis dan andaian yang tepat, bermaklumat serta yakin akan membawa impak yang besar, yang lebih baik. Itulah nasihat yang sering trpahat dalam mindaku selaku yang mendakwa diri sebangai pengubah massa.

Apa yang menolak aku untuk pergi sejauh sedalam ini. Pengalaman baru nak dikutip, ilmu ciput tak terkuis, harta tiada barang sekecak, kawan bukan ramai, pengaruh tidak kuat. Namun pasti ada 'apa' itu...Pasti ada.

Jurus politik kupilih, jurus yang melibatkan satu warga manusia yang luas. Luas jika dibandingkan dengan kelompok2 jurus yang kecil, contohnya jurus seni, perniagaan, pendidikan dan lain-lain lagi. Jurus seni sendiri telah melibatkan ramai kelompok manusia. Artis terbahagi kpd beberapa jenis. Pelakon, penyanyi, pelukis, penyair dan mungkin kelompok baru yang kreatif menyampaikan mesej yang kian diterima seperti pelawak.

Jurus politik juga terpaksa meraikan golongan berkepentingan dan berorientasikan keuntungan iaitu golongan peniaga. Golongan ini hakikatnya adalah mauduk kpd segala apa perjuanagn bangsa dalam mana-mana negarapun. Ekonomi berkembang ditangan-tangan mereka. Maka, mereka adalah golongan yang 'de facto' dalam politik negara. Pun, inilah yang perlu difikirkan pemain-pemain politik.

Melayu di mana dalam pertimbangan ini? 

Sunday, August 01, 2010

Vigil 1 Ogos


8.00 malam, kutiba ditempat yang dijanjikan. suasana tenang, seakan tiada apa yg berlaku. polis bersama trak dan kereta peronda (yg turut sama ialah van forensic), memenuhi kawasan kejadian. hujan masih belum berhenti. kami diperhatikan.
8.47 malam, menerima sms perubahan tempat. cepat2 kuhabiskan air, masih bersisa, terpaksa meninggalkan dan bergegas ke kereta. ingatan utk berhati2 dgn anak kunci bermain di bibir, mengingat di otak, agar tak tercuai di saat ini.
8.54 malam, sampai di tempat baru-sama sampai dgn polis. diorang dpt maklumat skali dgn aku...cis! pasang peranti kot telefon kitorang. siot!
polis, demonstran, petugas media tiba di astaka.
puisi dibaca. lilin dipasang. press released!
selesai, polis dtg minta crowd bubar.... kami brlembut, akur utk hentikan. lilin dipadam semua, aku turut menghembus api kecil yg ada. ingat lagi. kata zaidi: tolong kawan2, saya takut api. ku tak sangka, ‘mengalah’ kami tak memenangkan selera busuk diorang. Zaidi dan Hamidi ditahan dan dibawa kebalai.

Sewaktu dihubungi sejurus ‘tak sedap hati aku’, Zaidi kata “saya ok, on the way dibawa ke IPK. tolong bgtau kawan2 saya.”. Aku kembali ke sana semula. memberitahu hak terkini. Melihat kereta kak ma dan abg rizal di embush. aku mula buat bising. aku provoke beberapa orang di situ. mereka yg berani, mula bertanya polis. kenapa menyoal siasat wartawan..mereka buat kerja.
Polis / sb yg melihat gelagatku datang menghampiri dan mengambil gambarku. aku berundur dan masuk kereta.aku dihampiri seorang lelaki –peserta tayangan tempohari. aku takut, bimbang dia sb, so tak layan dia. namun, blah dgn cara baik. ku janji utk inform if apa2 berlaku.
masuk kereta dan berhajat pulang. tut..tut...dhani sms. tercetus hasrat ingin membela sahabat seperjuangan-dan tak sampai hati tinggal zaidi dan dua org lagi mcm tu je. mmg sebelum ini, aku angkat kaki je..bersih, protes, ISA KL dan yahudi, ...tapi kali ni, terasa antara kami bukan hanya kenalan biasa. tapi satu persahabatan yg tak mudah utk diputuskan dgn satu tindakan kurang ajar-tinggal. biar dia.
bersama Dhani, Faisal, dan lain2, kami berbincang dan mghubungi rakan2 yg ada. kami decide utk ke IPK di sebelah. kami berjalan kaki, dan berjumpa pak guard, brtanya keizinan utk masuk melawat kelauarga kami yang ditahan kerana kes ISA. TIDAK dibenarkan masuk, setelah mengesahkan memang ada tangkapan dibuat. IPK, bukan IPD kb.
Kami ingin pulang. setelah berbincang, kami serahkan kes ini kpd peguam yg akan menyelesaikan nya esok pagi. tapi setiba di kereta, yang ku hati-hati khuatir, sungguh terjadi. kunci kereta tertinggal ‘lagi’..! semua kengkawan berusaha tolong..huhu, Alhamdulillah, akhirnya boleh.
tapisekali lagi tak sampai hati, bila Hazwan mula memberi harapan. malam ni jugak kita selesaiakan! abg qie sampai, ust.kamal pun sampai. kedian, sdra Rashid juga sampai. kamin di beri penerangan, dan akhirnya, bubar.. esok kami akan terus berhubung utk update. sekian utk hari ini. hari yang penuh memori yg bermakna utk dilukis pada kanvas perjuangn Aina Sayuty.

Sunday, June 06, 2010

Perjuangan Itu Pahit

Guang Eng sedia ke penjara lagi. Itulah kesimpulan yang dapat dirumuskan dalam ceramah pemimpin cina Pakatan Rakyat Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang vokal mmepertahankan prinsip menghormati agama lain yang diutamakan dalam Perlembagaan Negara. Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam Perkara 3 jelas menuntut Islam 'wajib' menjadi asas akan sebarang tindakan dan dasar kerajaan. PERKARA 3 berkaitan agama ISLAM sudah cukup kuat untuk melaksanakan ISLAM SYUMUL yang sebenar di Malaysia ini. Cuma saja, PENTAFSIRAN 'Islam' dalam erti kata dan pengertian yang sebenar lagi menepati hukum syarak perlu diperkasakan dan diperhalusi oleh gerakan Islam Pas jika cita-cita mahu melihat Islam ditempat tertinggi ingin direalisasikan.

Jika dahulu, Pas memilih pendekatan 'mahukan Perlembagaan baru' yang digubal sendiri dan selari dengan lunas-lunas hukum Islam termasuklah hukum Hudud. Namun, pada pendapat saya, Perlembagaan yang ada sekarang sudah cukup kuat untuk merealisasikan Islam Sebenar yang syumul dan sempurna.

Bukan isu relevensi Perlembangan dan pendekatan terbaikyang perlu diambil Pas yang ingin dibincangkan, hanya kiasan secara umum yang menyimpulkan bahawa: Islam dalam Perlembagaan sememangnya kemas rapi dan amat relevan.Hanya saja, keberkesanan pelaksanaanya memerlukan sokongan jenterra kerajaan yang bersih dan telus tanpa korupsi.inilah yang tiada.sememangnya hidup tidak vakum.ada saja batu rintangan yang melingkar menghalang yang ideal menjadi real.

Kisah Ashabul Kahfi yang melarikan diri ke gua, bertafakur sekejap lantaran tidak tertahan dengan masyarakat sekeliling yang ingkar denagn arahan Allah. tidur yang menyelamatkan agama,nyawa dan harga diri. tidur yang penuh harap akan bantuan Tuhan.

Masih wujudkah kini pemuda Kahfi yang bertekad menjunjung prinsip Islam dan sanggup menghadapi risiko lantaran perlawanan dengan sstemyang zalim? Jika Teoh Beng Hock menjadi mangsa kerakusan istem yang tidak berperikemanusiaan dan menafikan nilai akal budi, maka di mana pemuda Al-Kahfi alaf baru Pakatan Rakyat khususnya Pas endiriyang lantang membicara soal mati syahid dan jihad?

Kita sepatutnya rasa malu dengan aktivis-aktivis Kistian dan Yahudi yang turut serta dalam misi keamanan Gaza yang dipilih Allah untuk terkorban, cedera dan dikurung. Ugutan dan ketakutan yang mereka rasai itu sebenarnya sindiran Allah untuk hambanya yang mengaku beriman, namun takut dan tak sanggup diuji. Tidak dinafikan, ada beberapa orang Melayu slam kita yang terlibat vsama, namun, berapa kerat saja bilangan mereka jika dinisbahkan jumlah mukmin super dan mukmin profesional yang sanggup syahid keluaran Pas? Subhanallah! Pilihan Allah itu maha adil. DIA memilih untuk menguji hambaNya yang layak sahaja.

Bangkitlah jiwa-jiwa pemuda, tundukkan nafsu, julanglah kalimah Tuhan. Islam dipinggir secara halus saban tahun saban ketika. Jika kita larut dengan kesenangan, maka Allah akan tarik balik kesenanagn ini. Di waktu itulah, penyesalan tidak berguna. Pilihlah untuk mendapat redha Allah dan syurga akhirat semata, dunia ini hanya tempat bercucuk tanam untuk tuaian di hari kebangkitan.

Saturday, May 29, 2010

Insan Mencari Tuhan

aku tak dapat bernafas, dada menyesak, hati gundah tak dapat tenang. dia menghampiri, mulut bisu terkunci, STOPALL THIS!!! Aku tak tahan lagi. bukan rindu, tapi keserabutannnnnnn......

kenapa perlu kurasa semua ini???

Wednesday, April 28, 2010

SPR dan SPRM

Proses pembuangan undi yang berlangsung pada 25 April lalu agak terganggu dengan halangan dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tiba-tiba mengarahkan kami beredar dari lingkaran 50 meter dari pusat mengundi.

Penulis bersama pimpinan Pas yang hadir meminta penjelasan daripada pegawai SPR bertugas yang membenarkan petugas Umno masuk dengan memakai lambang parti di dalam kawasan 50 meter tersebut tanpa halangan. Perkara ini jelas, menurut Aiman Athirah Al-Jundi sebagai undang-undang senget sebelah dan bias.

Bersama YB Siti Zailah dan Aiman Athirah, penulis meminta petugas dan penyokong untuk berundur dan mematuhi peraturan SPR.







Dalam perkembangan lain, kemarahan penyokong Pakatan Rakyat di pusat mengundi SK Batang Kali terserlah apabila gambar calon, Datuk Zaid Ibrahim dipijak-pijak oleh penyokong BN.


Ini mencetuskan sedikit pergelutan antara penyokong kedua-dua belah pihak dan mujur sempat dikawaloleh FRU dan Polis yang sedia di jalanan sejak 7.30 pagi.



Sorakan Anwar-Yahudi dibalas Umno-Yahudi oleh PR.
Isu Zaid kaki botol, lumba kuda, Najib Apco-Umno terus menjadi 'zikir' penyokong bagi memenangkan calon masing-masing.



Mengulas tentang kekalahan Datuk Zaid kali ini, beliau akan memfailkan petisyen bantahan kepada SPR dan mendakwa bahawa pilihan raya kali ini telah dicemari pembelian undi dan pemindahan pengundi. Beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPR kerana didakwa GAGAL mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.

Penulis telah menyemak beberapa keratan akhbar menunjukkan janji-janji BN bagi meraih undi masyarakat Hulu Selangor. Jika mengikut peraturan SPR, perkara ini telah dikategorikan sebagai 'rasuah pilihan raya' dan BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN.

Penulis bersama rakan pasukan akan ke pejabat SPRM bagi mengetahui definisi sebenar 'rasuah politik' bagi membolehkan tindakan diamabil terhadap SPR jika benar perkara itu selari dengan apa yang dimaksudkan
 sebagai 'rasuah pilihan raya'.

semoga beroleh manfaat kepada semua.

Monday, April 12, 2010

Aku Mahu Tenang

Aku agak kacau sedikit hari kebelakangan. Jiwa terkeliru dengan bisikan yang hadir usai penelitian akan ragam sekitar. Solatku? Wudhukku? Niatku? syahadahku? matlamat amalku? kenapa kurasakan semuanya berbeza, sedangkan yg sebenar, bukanlah semua berbeza. segelintir sahaja.

tika kumeragui, aku mahu kamu hadir menjelaskan. tika ku sempit dada berfikir, kamu perlu datang memberi penyelesaian. walau hanya falsafah yang dihidangkan, malah ayat sama yang ditutur, namun itu bagai air yang disiram kedaun yang kering. subur membasahi tanah yang kontang.

aku hanya mahu tenang...
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melangkah di sidang hamparanmu ini. nikmat-Mu luas, tiada bertepi, infiniti segi. kasih sayang-Mu melimpah. namun Tuhan, kurniakan aku azam Bilal yang cekal mempertahankan 'Allahu-ahad' walau ditindih batu, dijemur terik mentari. akalku kekadang tak tertanggung beban amanah ini. jiwa besarku tak cukup luas menampung tanggungjawab lafaz bai'ah ini. kenapa aku dicipta berbeza??


setiap hari, ku menganalisis diri. apakah setiap hari ku lebih baik? dan apakah layak ku menjadi yang terbaik dan mendapatkan yang TERBAIK hadiah dari-Mu?


aku perlukan bantuan-Mu. hulurkan kasih sayang-Mu lewat insan-insan yang Kau redhai agamanya.

aku tak tahu Tuhan..
aku tak tahu sebaris nama siapa yang tercatat di Luh MahfudzMu.
hanya satu ku tahu, Engkau tidak akan menganiyai hamba-Mu yang ikhlas menghampiri-Mu ini.

semoga Engkau tetap dihatiku, walau apa yang terjadi. mungkin ku terkorban, aku redha demi sebuah keadaan yang lebih  baik....

Wednesday, April 07, 2010

Perjuangan Memperkasa Rakyat Tetap Diteruskan

Sinar Harian 8 April 2010
NIK NAZMI NIK AHMAD



Ulang tahun kedua keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008 ditandai dengan beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen keluar dan dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.



Sayang sekali semua ini berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berdepan dengan perbicaraannya di mahkamah.



Pembelotan dan pemecatan bukanlah perkara baru dalam politik Malaysia. Pas pernah memecat Timbalan Presidennya, Datuk Hassan Adli yang menentang lembaga disiplin parti dalam krisis di Kelantan pada tahun 1977.



Lima tahun kemudian, Datuk Asri Muda, Presiden Pas ketika Datun Hassan dipecat, bersama isterinya Datin Sakinah Joned yang ketika itu ialah Ketua Muslimat Pas serta empat lagi Ahli Parlimen Pas meletak jawatan daripada parti Islam tersebut. Ketika itu Pas hanya tinggal seorang Ahli Parlimen yang bernama Nik Aziz Nik Mat dari Pengkalan Chepa. Pada tahun 1989, Ustaz Nakhaie Ahmad selaku Naib Presiden Pas memilih untuk menyertai UMNO.



UMNO sendiri kehilangan pengasas mereka yang juga Presiden pertama iaitu Datuk Onn Jaafar apabila cadangan beliau untuk membenarkan orang bukan Melayu menyertai parti tersebut ditolak.



Hakikatnya, Pas adalah sayap agama UMNO dan terpisah menjadi satu entiti politik berlainan tidak lama selepas 1951. Ketika Tun Dr Mahathir menjadi Presiden dan Perdana Menteri, Presiden kedua dan ketiga UMNO, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn tidak mahu menyertai UMNO (Baru) dan berada di luar parti sehingga mereka meninggal dunia.



Dalam parti-parti lain Barisan Nasional juga, kita tahu bahawa ada yang membelot daripada MCA dan Gerakan dengan saling bertukar antara parti ini untuk beberapa waktu. MIC juga kehilangan pemimpin dan ahli yang membentuk IPF. Kita juga boleh memanjangkan kisah sejarah pembelotan politik ini di Sabah dan Sarawak.



Lompat parti



Di kalangan parti pembangkang, DAP juga pernah berdepan dengan wakil rakyatnya yang melompat parti. Ini turut melanda Keadilan sejak dari mula. Timbalan Presiden Chandra Muzaffar, Ketua Pemuda Ezam Mohd Noor dam rakan-rakannya semua telah meninggalkan parti. Juga Datuk Nallakarupan dan kini sebahagian mereka yang dipilih pada 8 Mac 2008.



Meskipun Anwar secara peribadi telah meminta maaf untuk mutu calon yang diketengahkan pada Pilihan Raya 2008, tidak wajar kita melihat situasi ini tanpa mengakui bahawa budaya politik dangkal daripada ‘elected dictatorship’ yang menindas rakyat sekian lama.



Politik telah menjadi sumber kekuasaan semata-mata, atau paling tidak, untuk naungan – atau istilah yang kini digunakan ‘kabel’. Bahkan buat sekian lamanya, hubungan ini adalah satu-satunya perkara yang diperlukan untuk mara ke depan dalam sesetengah parti. Tambahan pula, sistem keselamatan sosial kita tidak berfungsi. Seringkali penjawat awam kita hanya bertindak apabila ‘kabel’ politik ini digunakan.



Hasilnya, rakyat yang memerlukan bantuan tidak ada tempat merujuk kecuali kepada wakil rakyat. Harapan rakyat kepada Ahli Yang Berhormat terus meningkat sambil kuasa sebenar Parlimen dan Dewan Negeri merosot. Justeru para wakil rakyat tidak lagi hanya menjadi penggubal dasar, namun turut terpaksa menjadi pelobi perniagaan, pegawai kebajikan, pengutip sampah malah kaunselor perkahwinan!



Dalam banyak sesi saya bersama penduduk yang saya wakili, berdepan dengan semua masalah ini dan menyedari inilah yang biasanya dimahukan rakyat biasa daripada wakil rakyat mereka.



Bukanlah saya dan rakan-rakan seperjuangan ingin merungut. Tujuan kami bertanding dalam pilihan raya sendiri jelas untuk berkhidmat kepada rakyat. Ini hanyalah satu gambaran skop kerja yang dihadapkan kepada kami.



Cabaran Keadilan bukan saja kerana kami sebuah parti baru. Kami bercita-cita untuk membawa persekitaran politik Malaysia yang lebih baik sebagaimana yang tertera dalam dasar utama perjuangan kami “untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, maju dan bersatu”. Ini bermaksud menentang corak dan gaya politik Malaysia yang korup, terpecah dan bersifat autoritarian.



Ini bukannya mudah kerana akan menjejaskan mereka yang hidup senang dengan gaya dan persekitaran politik lama. Mereka akan cuba menghalang usaha membawa gaya dan persekitaran politik baru ini, sekali gus bertukar menjadi babak-babak drama yang kita tonton selama ini.



Keadilan lahir daripada rakyat biasa. Kami hadir berjuang dengan hati dan minda di kampus universiti dan kampung, pada waktu Reformasi, dibasahi keringat, air mata dan jiwa rakyat.



Pada waktu itu, berdepan dengan pancutan air daripada trak FRU dan dimasukkan ke lokap dan penjara adalah satu kebanggaan. Pengorbanan mereka pada zaman awal Reformasi sangat membanggakan: ada penjawat awam yang dipindahkan ke kawasan ceruk, ada usahawan yang kehilangan kontrak sementara ada mahasiswa dikenakan amaran dan dibuang dari universiti.



Apa yang menyatukan semua reformis pada waktu itu bukanlah isu-isu klise dalam politik Malaysia iaitu kaum dan agama tetapi ia satu sikap kemanusiaan untuk bangun membela keadilan dan kebebasan.



Reformasi menafikan pandangan bahawa rakyat Malaysia adalah jenis individu yang hanya pentingkan diri sendiri. Pemimpin dan ahli kita bukanlah mereka yang jatuh daripada langit tetapi rakyat biasa yang hadir menyatakan sikap daripada kemarahan dan kesabaran yang diuji. Kita akan terus menyatakan sikap untuk prinsip yang sama.



Melihat kepada riak wajah rakyat pada waktu itu, segelintir berpendapat bahawa perjuangan ini hanya berjangka pendek kerana kejayaan akan hadir dalam masa singkat. Ada yang kecewa kerana pada tahun 1999 Keadilan hanya memenangi 5 kerusi di kawasan majoriti Melayu dan ramai tokoh-tokoh utama parti tewas. Maka, sebahagian daripada mereka pergi meninggalkan parti. Tetapi itu bukanlah prestasi tercorot parti.



Sayap Pemuda



Masa paling perit yang dihadapi ialah pada tahun 2004 ketika UMNO-BN menguasai 90 peratus daripada kerusi Parlimen dan Keadilan hanya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Ada yang menyimpulkan bahawa Malaysia tidak bersedia untuk sebuah politik progresif pelbagai kaum dan Keadilan akan berakhir sama seperti Semangat 46. Malah ada yang terus menyanyikan nada yang sama pada hari ini.



Reformis dan mereka yang setia dengan parti terus berjuang dalam keadaan itu. Saya pulang dari United Kingdom setahun kemudian dan terus menyertai Keadilan Cabang Kelana Jaya. Cabang tersebut adalah satu daripada yang terbaik, namun begitu pun mesyuarat kami masih hanya berlangsung di kedai mamak atau rumah ahli parti kerana tidak mampu menyewa premis untuk dijadikan pejabat.



Ketika ramai yang menyepikan diri, mereka yang berdedikasi terus memastikan semangat Reformasi hidup. Kami menganjurkan pertandingan boling untuk bertemu anak muda dan mengumpul dana bagi Angkatan Muda.



Projek kelas tambahan percuma dimulakan beberapa bulan sebelum Pilihan Raya apabila beberapa rakan termasuk saya berkumpul, merangka dan menggantung kain pemidang, menyebarkan risalah dan mendidik pelajar. Kami tidak didorong untuk mendapatkan kontrak pada satu hari nanti, tetapi kerana kepercayaan kami bahawa ini adalah parti yang diperlukan oleh Malaysia dan ia mesti dibina daripada akar umbi.



Ketika sayap pemuda sedang membina semula kekuatannya, kami berkelana seluruh negara untuk menyebarkan risalah, memotivasikan ahli-ahli yang tidak aktif dan memberi ceramah kepada masyarakat. Saya masih ingat seorang daripada pimpinan Angkatan Muda, Kesavan yang mengisytiharkan dengan bangga bahawa beliau hanya akan berkahwin jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 di Hutan Melintang, Perak. Kami tertawa – jika prestasi lepas mahu dijadikan ukuran, Kesavan mungkin membujang seumur hidupnya. Ketika saya berhenti di kawasan beliau untuk membantu sebaran risalah, orang ramai tidak tahu bahawa Keadilan masih wujud dan aktif.



Apapun memegang amanah kuasa rentetan kejayaan 8 Mac 2008 adalah mencabar (termasuk YB Kesavan yang menang dan melegakan rakan-rakan serta keluarga dan kini boleh berkahwin).



Dari satu segi, terdapat reformis yang mahu melupakan hal lalu dan merangka haluan baru negara, mencari peluang yang dinafikan kepada mereka akibat jaringan politik ketika UMNO-Barisan Nasional berkuasa. Dengan jangkaan yang begitu, menjadi seorang wakil rakyat di Malaysia adalah mahal dan membebankan.



Ada juga mereka yang menjadikan politik seperti skim cepat kaya untuk mereka dan pengikut mereka. Mereka mahu mengekalkan budaya politik jelek, hanya dengan menggantikan nama baru.



Apabila kerajaan Pakatan Rakyat bertegas dengan komitmen untuk memastikan urus tadbir yang baik, pertanggungjawaban dan ketelusan sebagai garis asas pentadbiran, ada yang mengugut parti dengan kedudukan kerusi wakil rakyat mereka sebagai pertaruhan. Selain itu, ada misalnya cuba memalukan kepimpinan di media massa seperti apa yang berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Mereka ini mendahulukan kepentingan diri mereka dan tidak menghormati usaha keras dan susah payah Anwar membina



Reformis senyap



Pakatan Rakyat sebagai sebuah gabungan parti-parti yang boleh dipercayai boleh menjadi kerajaan satu hari nanti. Itu belum termasuk usaha lawan untuk mematikan hayat politik beliau, khususnya dengan kesnya di mahkamah.



Apabila tuntutan mereka tidak dipenuhi oleh parti, mereka keluar dan mendakwa kecewa dengan pendirian parti terhadap isu Islam dan Melayu sambil menyatakan kekecewaan dengan rakan lain dalam kepimpinan Pakatan Rakyat. Mereka cuba menggambarkan diri mereka seorang negarawan yang sangat berprinsip, walhal hakikatnya motif mereka adalah cetek dan jahat.



Ketika mereka semua mendapat tempat sebagai tajuk utama media, ramai ahli, reformis dan pemimpin yang komited dalam Pakatan Rakyat meneruskan perjuangan mereka dalam senyap. Mereka melakukan semua ini tanpa habuan dan sambutan, bahkan berdepan dengan godaan serta risiko lain yang banyak.



Seorang ADUN memberitahu bahawa beliau menerima banyak panggilan daripada BN dan ejen mereka untuk melompat parti. Beliau kini mempunyai hutang kad kredit sehingga RM40,000 semata-mata untuk memenuhi komitmennya kepada pengundi. Beliau meyakinkan saya:



“Saya boleh terima tawaran mereka dan hidup dengan senang. Tapi bagaimana saya mahu tunjukkan muka kepada para pengundi yang memberikan kepercayaan mereka kepada saya sebagai wakil cita-cita parti?”.



Contoh lain: saya bertemu dengan seorang rakan di masjid dan beliau mengatakan tidak mahu terlalu ke depan selepas 8 Mac 2008. Kerana beliau telah bekerja kuat untuk membantu kemenangan yang ada, saya bertanya sebabnya. Beliau berkata bahawa “Saya tidak mahu dilihat mengambil kesempatan ketika parti telah berkuasa”.



Membina sebuah gerakan yang dapat terus menjiwai cita-cita murni dan mengajak seluruh jamak masyarakat Malaysia untuk bersama berdepan dengan sebuah sistem yang korup dan bersifat autoritarian tentu saja tidak mudah. Tetapi kita tiada pilihan lain.



Ada yang berpendapat bahawa kejayaan 2008 adalah tanda bahawa perjuangan ini akan tamat dan berhasil. Ini adalah satu pandangan yang tersasar. Hatta kita menawan Putrajaya sekalipun, perjuangan ini mesti diteruskan. Perjuangan memperkasakan seluruh rakyat Malaysia, menghidupkan mesej kebebasan dan keadilan di bumi bertuah ini akan tetap diteruskan. Perjuangan ini diteruskan selagi mana ada rakyat Malaysia menderita dan memerlukan bantuan.



Tugas ini mungkin tidak dapat diselesaikan semasa hayat kita, tetapi sebagaimana Presiden Amerika Syarikat John F Kennedy pernah menyebut – tugas ini perlu dimulakan. Dengan memulakan langkah perjuangan ini, dengan izin Allah SWT satu hari nanti kita akan meninggalkan dunia ini dengan mengetahui bahawa kita telah melakukan apa yang perlu bagi memastikan generasi akan datang mewarisi Malaysia yang lebih baik.





* Nik Nazmi Nik Ahmad ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor dan ADUN Seri Setia.

Tuesday, April 06, 2010

Kaitan APCO, Anwar-?

DSAI sekali lagi membuat pendedahan tergempar yang membuatkan Najib dan barisan jenteranya tidak senang duduk. Disebalik nyalakan Najib mengumumkan Model Ekonomi Baru yang siap sedia dikupas dan diulas denagna begiti cantik oleh RTM dan rakan media sekutunya, Najib dan Rosmah hakikatnya sedikit gentar. Pendedahan serta akuan (bukti) dari pihak PDRM sendiri akan kehadiran perisik Israel bernama Izhak David Naskar dan Ido Sccheschter dalam urusan PDRM. Dikatakan, mereka berdua dilihat beroperasi di tingkat dua dan tiga PDRM Bukit Aman.

Apakah maklumat ini benar? Masakan Anwar berani membuat tuduhan sekiranya tiada bukti kukuh yang meyakini?

Kerajaan bertanggung jawab menjelaskan detail perkara ini. Krisis Palestin-Israel cukup menyentak jiwa kemanusiaan sejagat, masakan kita yang mendakwa negara Islam, miliki Pengerusi OIC, dan lantang meyuarakan Boikot Israel-Amerika, tapi dalam masa yang sama menjemput secara terhormat musuh ke dalam selimut.

Agak-agak, kenapa pakar sistem komputer yang pernah memenangi anugerah dari Kementerian Pertahanan Israel dan seorang lagi Ido pula, menurut Anwar masih berkhidmat sebagai tentera kor risik Israel menjadi pilihan Najib?

Menteri Pertahanan kita seolah tidak meyakini akan pakar yang ada, sehingga mengimport pakar luar yang sememangnya terbukti "hebat". Hebat merancang pembunuhan orang Islam. Hebat menyusun strategi menyusup masuk dlm kem tentera Al-Qasam juga di Lebanon. Iran tidak terkecuali mungkin. Nauzubillah, lagikan penanam pokok popi dilarang dalam Islam kerana ia khuatir bertujuan membuat dadah, apatah lagi langsung mengambil khidmat musuh?

Di mana hukum-hakam tika kalian membuat pertimbangan, di mana naluri kemanusiaan waktu menjemput musuh ke dalam? Tangan mereka yang merosakkan masa depan berjuta-juta kanak-kanak Muslim, menumpahkan darah pejuang-pejuang Muajahidin, tapi tangan yang sama diharap akan menyelamatkan Malaysia dari ancaman musuh luar? Yahudi laknatullah adalah nyata. Ini pesan Allah dalam Quran. Kafir zimmi yang digelar DAP adalah mereka yg perlu kita lindungi dan dijaga kebajikannya, tapi Yahudi ini sudah Kafir Harbi.Mereka memang Israel. dan ISRAEL TAKKAN PERNAH REDHA DENGAN ISLAM SEBAGAI AGAMA YANG BENAR. Musuh sudahpun masuk. ia tidak lagi di luar. sejak dulu lagi mereka menghampiri, merisik khabar, tapi kini dah bertandang masuk bilik duk atas katil. MARI SELAMATKAN MALAYSIA..

Monday, April 05, 2010

Mahligai Sakinah

Satu medan juangku. sedang mencipta urusan denagn pihak2 yg terlibat dengan urusan perkahwinan dan institusi keluarga di Kelantan dan insyaAllah, akan ke peringkat yg lebih luas sekiranya jadi. Hasratnya, nak EDUCATE masyarakat apa falsafah perkahwinan sebenar.

kedua, nak BANTU pasangan yg baik untuk mendapat jodoh yg baik. usaha ini bakal berhadapan sedikit risiko kerana ia akan melibatkan masa depan orang/gol.sasar. tetapi, apa kerja yg manusia buat tanpa risiko?adakah kita dikalangan org yg takut risiko?then, sampai bila?

saya sedar,apa yg kami bakal laksnakan ini perlu dilaksanakan tersusun, berperancangan dan memntingkan keredhaan Allah baik dari sudut falsafah mahupun pelaksanaannya. Ia perlu mematuhi syariat, meraikan adat yg tidak bertentangan dan menyusahkan ummat utk berIslam. InsyaAllah, akn ada saranan/pendekatan baru yang kami laksanakan, yg mungkin tidak menggembirakan hati ramai pihak, dilihat pelik oleh masyarakat tapi ia hakikatnya mematuhi syariat Allah. pada kami, keberkatan Tuhan Allah Rabbul-Izzati adalah yang utama...

Nantikan kemunculan MAHLIGAI Sakinah. Platform keluarga mawaddah yang bakal menjadi salah satu jalan penyelesaian masalah sosial yg menyelirat akhir zaman ini.!