Friday, August 15, 2008

Wallahi Wabillahi..?

Tepat jam 8.00 malam, saya dan adik mngikuti Buletin Utama TV3. biasalah, kebelakangn ni, kami msekeluarga bersatu di depan tv jam 8 mlm boleh dikatakan setiap hari. itulah kami. kegemaran yang dikongsi bersama.perbincangan yg sering diutarakan. kerisauan yg sering dilantunkan. pendapat dan luahan rasa yang sering dikongsi. itulah kami sekeluarga. sangat aware dgn politik. ibu sangat berharap Anwar berjaya meraih tampuk kepimpinan tertinggi negara seperti yg dirancang. bahkan ada ketikanya isu meruncing, kami sepakat utk solat hajat berjemaah selepas maghrib, sbg contoh kes Anwar Ibrahim baru2 ini yang gempar didakwa meliwat.

Dan hari ini saya hanya bersama seorang adik, kami sepakat utk solat hajat memohon keselamatan dan pertolongn Allah bg org2 yg ingin menegakkan kebenaran dan keadilan. akuan bersumpah Saiful hari ini betul2 menggemparkan. "wabillahi, wallahi wata'ala" Saiful bersumpah dihadapan beberapa org alim ulama di atas masjid. dan dia selepas itu membuat press stment berkenaan dakwaannya itu. katanya juga, dia akan memberi keterangannya di mahkamah nanti.

Apa ni??? jerit hati kami?? masing2 tercengang dengan keberanian Saiful bersumpah itu. saya sebenarnya dah mcm malas nak terkejut dgn isu2 yg berbgkit dlm dunia politik pasca PRU-12 sekarang nih, tapi akuan bersumpah kali ini betul2 mndesak minda utk kagum..ya, 'kagum' dgn 'keberanian dan keikhlasan' si Saiful Bukhari Azlan yg berani 'bermain api' dgn menyebut nama2 Allah itu. jelasnya, dia maklum dan faham bahawasanya sekiranya dia (Saiful) berbohong, maka laknat Allah akan menimpa dirinya dan seluruh keturunannya.. huh, saya kira ini satu keputusan nekad yag dibaut oleh seorang yg waras siap berteman ayahanda tercinta disisi.

Apa agaknya reaksi Anwar selepas ini ek..??hari ni sibuk mndengar ucapan dasar di muktamar.. mgkin esok semasa penamaan calon beliau akan merspon akan isu ini.

Terduduk, tersentil..itulah kami.
Tidak mengapa duhai insan..
Setiap perkara, pasti ada pihak yang betul dan mana yang salah. biar saja Allah tunjuk suatu hari nanti siapa betul siapa salah. usahlah kita berspekulasi. let it be...malas dah nak terkejut. zaman sekarang demi wang, orang boleh sanggup buat apa sahaja....tidak kira dia tu siapa.neither anwar nor saiful. wallahu'alam.