Thursday, March 31, 2011

REV: Revolusi'11


Revolusi menjadi satu trend belakangan ini. Tahun 2011 telah dibuka dengan pembuktian kuasa rakyat kuasa keramat, menyaksikan beberapa Negara telah mengambil keputusan untuk menggulingkan kerajaan dengan cara yang tidak ‘direstui’ oleh pemerintah. Namun, restu pemerintah bukanlah penentu apa yang akan berlaku dalam Negara.

Salah seorang tokoh yang terkenal dlm dunia Islam malah sejarah dunia adalah Salahuddin Ayyubi, yang berkhidmat sewaktu zaman Khaliffah Bani Abbasiyah. Salahuddin Ayyubi adalah pemuka puak Kurdi yang mana dalam kerajaan Abasiyyah, kuasa pemerintahan adalah ditangan kaum Arab, Parsi, Turki dan Kurdi. Puak-puak ini mewakili suara rakyat tempatan yang ingin bebas dan mahu berkuasa sendiri (tidak berpusat di Baghdad-pusat pemerintahan kjaan Abasiyyah). Maka, sewaktu Salahuddin Ayyubi berjaya menguasai Sepanyol mewakili Nur al-Din al Zanki, kedudukan kerajaan Abasiyyah bukanlah seutuh yang digambarkan dan mereka diambang perpecahan yang tak terbendung. Syiah Ismailiyyah yang menguasai kerajaan kecil Fatimiyyah berjaya digulingkan oleh Salahuddin, namun, menurut kacamata pengkaji sejarah, Ismailiah ini sering menggugat kestabilan kerajaan.

Akhir abad ke-12, kerajaan Abasiyyah amat tenat apabila berlaku kekecohan dikalangan hamba-hamba dengan pemerintah Seljuq di wilayah timur. Yang kedua adalah kerana mereka juga diasak oleh musuh lama sejak Nabi Muhamad s.a.w iaitu Kristian. Namun walau diambang perpecahan, pada tahun 1118M, Ayyubi dapat mempertahankan Baitul Maqdis dari serangan Kristian dan menyingkirkan mereka dari situ. Yang ketiga dan menjadi punca kejatuhan kerajaan adalah serangan puak Tartar dari Monggol yang diketuai oleh Hulagu. Hulagu membunuh dan menyiksa umat Islam sebelum dia menerima Hidayah Allah dan masuk Islam. Ramai rakyatnya kemudian memeluk Islam tanpa paksaan.

Islam mencatatkan sejarah yang panjang dan cukup istimewa untuk dijadikan pengajaran buat hamba yang berfikir akannya. Revolusi Timur Tengah dicetuskan (sparkled by)Tunisia. di mana Tunisia, siapa Tunisia itu?

Sejarah Islam mencatatkan, Tunisia pada tahun 910, menjadi pusat pentadbiran kerajaan Fatimiyyah. sebelum itu, Tunisia ditadbir oleh kerajaan Aghlabiyah. pada tahun 937, pusat pemerontahan Fatimiyyah bertukar ke Mesir setelah negeri itu ditawan. Kegemilangan kerajaan ini juga tersohor dengan terbinanya Kota Kaherah, di mana pusat pengajian tinggi pertama dunia ditubuhkan iaitu Universiti Al-Azhar pada tahun 970.  Sehingga saat ini, ia telah menghasilkan berjuta ulama seluruh dunia dan memacu dunia keintelektualan Islam. Setelah Al-Muizz iaitu khalifah yang menaikkan nama kerajaan itu meninggal dunia, 11 orang khalifah mentadbir selepasnya, kemudian Mesir ditawan oleh tentera Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 1117.

Kerajaan Abbasiyah dan Fatimiyyah mengalami persamaan corak kejatuhan. 1. apabila pemimpin bertukar tangan dari bangsa Arab, kemudian-bangsa Parsi – kemudian orang Turki, begitu juga Fatimiyyah yang diasaskan oleh bangsa Arab,-ketangan Barbar kemudian ke tangan orang Turki.
Apa terjadi di Andalus? kerajaan Umayyah juga menggunakan nama Khalifah. selama memerintah 17 tahun, Abd Rahman III hanya menggunakana nama “Amir”. namun pada tahun 929, beliau terasa terancam dengan kebangkitan Fatimiyyah yang menggunakan nama Khalifah itu. pada pendapat Syiah, Khalifah hanya layak bagi keturunan Muhammad s.a.w dan bagi pendapat Sunni, khalifah boleh disandang sesiapa sahaja asalkan berketurunan Quraisy. maka Abd Rahman III berpendapat beliau layak (mewarisi status nenek moyang).

Dengan terlantiknya Abd Rahman III sebagai Khalifah, maka dunia Islam waktu itu mempunyai tiga orang Khalifah. Satu di Baghdad, satu di Afrika Utara dan di Sepanyol.

Melihat jauh ke dunia Islam sewaktu kegemilangan sehingga kejatuhannya, barulah seseorang pemerhati itu mampu menyedari bahawa apa yang dirasai oleh demonstran yang seolah-olah hysteria dengan suasana ‘kebebasan berperasaan’ sekarang. Tunisia dan Mesir mencatat latar belakang didatangi satu persatu kerajaan yang bertukar tangan.

Rakyat Tunisia dan Mesir pernah merasa di bawah aliran Syiah dan Sunni, samada di zaman kegemilangan ilmu ataupun di zaman kekontangan kebebasan. Rakyat Mesir sudah belajar erti hamba dan penguasa. Rakyat Mesir sudah mampu membeza mana baik dan mana jahat. Kini rakyat Mesir mahu formula sendiri dalam mencatur politik negaranya samada sunni ataupun syiah, islam atau bukan islam, tiada siapa yang lebih berbanding demokrasi. Kenapa demokrasi disebut dan diagung, kenapa tidak Allah dan rasul? Kerana pengalaman mendambakan Allah dan rasul sebelum ini menyebabkan mereka dieksploitasi oleh orang-orang politik-agama. Keghairahan mereka melaungkan untuk memegang al-quran dan sunnah telah dimanipulasi orang-orang yang mementingkan kuasa. Di dunia langit terbuka kini, ketaatan Allah dan rasul perlu diterjemahkan bukan hanya dengan slogan yang terdedah kepada eksploitasi orang politik, tapi rakyat Mesir memilih jalan tengah yang boleh dihormati islam dan bukan islam mesir iaitu kepatuhan kepada undang-undang negara yang semua rakyat Mesir bahkan dunia Islam seluruhnya boleh bersetuju. Itulah demokrasi, di mana islam terjamin di dalamnya. Rakyat Mesir rasa ia CUKUP.

Kebangkitan Mesir ini amat ISTIMEWA. Mungkin Sejarah telah diajar dengan baik di sekolah-sekolah mereka, mungkin geran penyelidikan telah ditambah di university-universiti mereka, dan mungkin juga ulama dan intelektual di Al-Azhar sudah berani menyatakan yang benar kepada pelajarnya, maka sedikit demi sedikit keberanian terkumpul. Perlu diingatkan, revolusi adalah sesuatu yang bergalang dengan darah, ia tidak seperti reformasi yang masih menggulung lidah bertegang urat hanya dimeja rundingan dan parlimen. Revolusi ini mampu berlaku jika dan hanya jika ILMU dan FAHAM sebati dalam jiwa, membuluh dalam darah, selari dengan kemarahan rakyat yang bagaikan darah pekat. Ia perlukan ‘tamrin khas’ yang dibina bukan dalam seminggu dua seperti tamrin qiadi Pas mahupun akademi latihan Pkr,tetapi tamrin kehidupan dalam penindasan dan tekananlah yang membina jiwa mereka sepertimana mereka hari ini. Dan buktinya, si Khaled Said yang syahid (insyaAllah) dipukul polis telah menggungguli gerakan anak muda Mesir. Wael Ghonim dan Asmaa Mahfouz turut menggadai masa depan demi sebuah keadilan untuk semua.

Adakah kebangkitan Mesir satu kebangkitan Islam? Ikhwanul Muslimin sekalipun mendakwa mereka bukanlah peneraju utama revolusi ini, maka penulis mengganggap, gerakan ini bukan satu Gerakan Islam sepertimana berlaku di Iran tahun 1979. Ianya adalah Revolusi Rakyat dimana seluruh rakyat tidak kira agama dan mazhab, tidak kira parti dan ideology, seolah-olah merestui rampasan kuasa cara alternative ini. Dan mungkinkah penentang aliran pemikiran Machievelli akan menganggap tindakan rakyat yang melakukan revolusi ini adalah matlamat menghalalkan cara??
Alhamdulillah, dalam situasi ‘perang saudara’ ini, ulama’ Mesir sekali lagi, yang dulunya terbuang ke London, saya kira memimpin dunia Islam kini,  Dr. Yusuf Qardhawi, dengan pantas dan tuntasnya menyelamatkan keadaan dan kecelaruan fikiran ummat dengan mengeluarkan fatwa bahawa Muammar Ghadafi BOLEH dibunuh. Fatwa yang diberi yang merujuk kepada kebangkitan di Libya yang mengorbankan setakat ini lebih 1000 nyawa (laporan Human Right Watch) ini menunjukkan Islam tidak menghalalkan cara tidak Islamik diguna untuk niat yang Islamik. Darah orang ramai lebih penting berbanding nyawa Ghadafi dan keluarganya yang kejam. Kes Libya yang sekarang ini dalam pantauan dunia termasuk Yahudi yang berselindung dibalik PBB dan Rumah Putih sedang mengintai peluang dan ruang mencetuskan konflik pemikiran antara umat Islam.Qardawi menyatakannya demi menunjukkan Islam tidak bersekongkol dengan kezaliman.

Pilihanraya umum makin dekat. Apakah strategi orang politik PR-BN dalam mendepani politik dan memastikan kuasa terus utuh untuk terus mempolitikkan politik? Amat kasihan, berapa banyak nyawa sudah menjadi korban akibat kerakusan manusia yang tak pernah puas.

Ambillah iktibar dari kebangkitan rakyat Mesir dengan memperkukuhkan kepercayaan dan tekad dihati bahawa segala usaha dan perancangan yang kita buat bukanlah suatu yang diatas kertas. Allah akan uji sejauh mana kesabaran kita menuju kejayaan yang dijanjikan. Janji Allah itu pasti benar, bahawa orang2 yang berjuang dijalannya akan dibantu dan mendapat perlindungannya.