Tuesday, March 24, 2009

Politik dan Mahasiswa

Sekali lagi compartmentalisation menjadi isu yang dipilih. "kenapa saya tak rasa feel belajar perakaunan? bagaimana saya perlu buat supaya apa yang saya pelajari ini berguna intuk islam dan perjuangan? ia terlalu jauh menyimpang dgn Islam yg sebenar sehinggakan kami terpaksa akur dan menyetujui dgn sisten kapitalis yg ada. kami tak tahu bagaimana nak keluar dari belenggu ini..." -luah seorang sahabat dlm satu majlis ilmu.

Tokoh itu hanya tersenyum mendengar luahan hati seorang mahasiswa itu yang juga insyaAllah bakal pemimpin suatu hari nnti. Beliau menjawab, dan saya juga turut memberi jawapan dlm hati.

Pada saya, inilah yg diusahakan "bangsa penyelamat". bangsa ini telah awal-awal lagi tahu apa yang kan musuhnya hadapi, dan itulah yang mereka mahukan. pemisahan, pemfokusan...itulah sahaja caranya menyampaiakn idea sekular. maka compartmentalisation ini menjadi satu idea yang digunapakai semua doktorat utk merangkul title phD. Mlangnya manusia. malangnya muslim...

Maka mahasiswa juga sama. pemisahan ini dipraktiskan atas tujuan ampuh-supaya mereka fokus belajar dan menjadi insan yang berkemamapuan suatu hari nanti dalam dunia kerjaya. begitukah??

tapi kenapa jurus politik yang cuba dihampiri mahasiswa? keenapa tidak sukan, hiburan dan bidang2 lain yang turut dikatakan mampu mengasah bakat dan mengisi masa lapang? nak berdakwah pun boleh apa mellalui jurus2 ini? hm....

jawapannya senang. hasilnya nyata. dalilnya jelas. mana mungkin pemimpin hari ini akan memimpin samapi bila-bila. mereka pasti mati. pasti... jadi, siapa yang mengganti? pengganti itu pula mampu ke nak galas tangggungjawab sebaik kamu pemimpin hari ini? nah, sini persoalannya, bagaimana kamu mahu 'menyalin' skill dan ilmu politik kamu kepada generasi muda ini? let them determine themselves. mereka ada idealogi sendiri. mereka tahu masalah dan situasi mereka. cuma sahaja, berilah peluang utk mereka.jika kamu sayang negara. mereka? kami la...janagn sekat kami. Apabila mahasiswa disekat daripada berpolitik dalam usia semuda ini, maka bagaimana kerajaan ingin melahirkan ahli politik dan pemimpin yang berwibawa dan berdaya saing? Sepatutnya peluang ini diberikan pada masa sekarang cuma yang paling penting ialah; mahasiswa dan akademik tidak boleh dipolitikkan sebagaimana yang berlaku sekarang.

Sejak zaman-berzaman, kegemilangan sesebuah tamadun adalah bergantung kepada kekuatan pemuda yang hidup pada zaman mereka. pemuda digambarkan sebagai satu golongan yang bersemangat untuk merealisasikan apa yang terbuku dalam hati mereka dan merekalah golongan yang beridealisme tinggi. Adalah silap apabila wujud suara yang menghadang idealisme kerana kadang-kala idealisme harus dikembangkan untuk mewujudkan satu impian dan plan bertindak yang realistik dan sistemik.
Perjuangan Rasulullah SAW yang tampak idealis didokong oleh golongan pemuda di saat golongan tua menolak baginda SAW. Pemuda berada di celah-celah kegilaan dan apabila mereka inginkan sesuatu, mereka akan lakukan dengan semangat ‘kegilaan’ yang ada pada diri mereka. Saya suka istilahkan kegilaan itu sebagai semangat ‘ekstasi’.



Siswa Talk: Memacu Kebangkitan Mahasiswa

Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kerana prgam pioner Isis utk lapangan mahasiswa kali ini berjaya dengan lancarnya. kehadiran 85 orang peserta telah memberi suntikan semangat bagi kami untuk memikirkan satu pgram siswa talk siri-2 untuk antum mahasiswa yg kami kasihi sekalian. jika sebelum ini, ISIS hanya menganjurkan program berbentuk motivasi kepada golongan kanak-kanak dan awal remaja, maka kali ini insyaAllah dengan izin-NYA kami akan meneruskan agenda mentarbiah golongan pelapis pemimpin negara iaitulah mahasiswa.

Andai Imam Hassan Al-Banna kisah perjuangan,
Andai Umar Abdul Aziz kisah pemerintahan,
Andai Bilal bin Rabah kisah kehambaan,
Maka kita mahasiswa adalah kisah kebangkitan


Wednesday, March 04, 2009

Lambaian Generasi Baru Al-Fateh

indahnya ditarbiah...
itu sahaja ungkapan yang mampu dilantunkan setelah selesai akademi al-fateh gamis. teringat di awal segalanya...suatu petang:

"apa khabar aini..wah lama tak jumpa, tak program sama. aini sihat?" alhamdulillah... tadi atas motor, tu yang masuk 1 missed call from ust. Ya, apa citer ust? bla..bla...akhirnya, aku hadiri satu meeting. disebabkan aku ada usrah malam tu, aku terpaksa bertolak lewat. hampir saja aku berputus asa dan tak mahu p meeting. ala...takpe, ana wat keje blakang tabir je. ust cakap je nak ana tolong apa. ana bendahari kan...ok ana try cari duit. "bukan macam tu..em, sayang la kalau tak hadir. lewat pun takpe lah. datang."-halus seorang ketua. dia tahu apa yang dia mahu. dia tahu apa yang aku perlu.dia mahu anak buahnya turut serta dlm sesi merancang. inilah kepimpinan..sabar dan menyabarkan.

agak culture shock bila first time meeting dengan MT Gamis, figure2 yang cukup aku kagumi walau tak semua yg kukenal. apa lagi, program yg akan dianjurkan juga program luar biasa.program agak heavy bagiku.tak pernah, tak biasa dan tak layak pun hakikatnya(kurang ilmu). namun demi sebuah pengalaman, aku terima ia sebagai satu medan tarbiah, medan belajar ttg kehidupan.apa lagi bersama orang2 hebat gerakan mhsiswa-ust Dzul and the gang..bagiku, jemputan exclusive ni satu jemputan dari Allah utk aku sbg daie muda yang masih bertatih dalam arena perjuangan ini belajar dari yang berpengalaman. 4 tahun mmg lama, tapi bagiku, serasa aku baru masuk jemaah. kosong, sifar pengalaman. betapa rendah dan hinanya diri ini. aku menganggap inilah mungkin ruang yg allah hadirkan utkku, supaya minda ini lebih terbuka dan seterusnya membantu kampusku membina diri dan gerakan. insyaallah.

subhanallah...hidup ini indah jiika kita mahu ia indah...ia akan terjadi seperti mana kita mahu ia terjadi...syaratnya; kita pandang ia (walaupun masalah) dgn pandangan tarbiah Allah.
gerak kerja bermula. utk hadir awal ke program itu pula menuntut beberapa pengorbanan. kebetulan , mlm tu ada usrah ajk surau yang aku kena bawa, sabtu esoknya ada bengkel sure solat anjuran NGO kami, ahad pula ada bola jaring bersama au..semua menuntut aku hadir bersaam mereka di kampus. namun, dalam benak fikiran semasa driving, aku sempat contact sana contact sini, ejus ejus, akhirnya usrah tunda, bengkel sure solat ada sahabat boleh cover. tinggal satu program lagi ni yng belumdikenalpasti status aulawiyatnya..huhu..

program diteruskan. peserta yg sampai hanya 6 orang..kus semangat! tak pe, pengarah rilek aje...aku pun kena rilek r...haha...tolong masak!

dan au aku pula rupa2nya semua tak boleh hadir main bola jaring pagi ahad tu..huh, lega...tak payah balik ahad pagi.

macam2 cabaran kan...tapi kalau kita kata kita boleh ejaus, dan tahu meletakkan kepentingan ditenpat yg sepatutnya, insyaAllah urusan lain ALLAH AKAN MUDAHKAN...