Saturday, September 03, 2011

Forum dan Aku

Sudah lama rasanya tidak menc urah rasa berkonsi idea di kanvas ini. Asus atom putihku masuk
'wad' dah sebulan lebih. serasa putus nyawa pada awalnya. tak dapat menulis meluahkan apa yg dirasa dan difikirkan. namun, mula terbiasa dengan 'kehilangan' ini. hidupku selalu kehilangan...

Dalam beberapa masa ini, banayk perkara yang dah berlaku. Aku ingin menceritakan tentang dua program, sebelum BERSIH dan pasca BERSIH 709 yg lepas.

Voice Of Tomorrow

Ini aku usahakan bersam team Gamis, sewaktu partnerku dalam tahanan lokap. sevenarnya, aku ingin mengumpulkan orang ramai utk dikutip derma/sumbangan bagi ikat jamin sebanyak RM4000. tapi dua hari sebelum program, wang jaminan elah berjaya diperoleh, dan aku menukar strategi, tidak lagi menumpukan mencari wang, tapi usaha memperkasakan semangat orang muda untuk ke perhimpunan protes pilihanraya adil dan bersih BERSIH 2.0.

Seramai hampir 100 orang anak muda memenuhi dewan, walaupun dengan hanya jemputan tertutup itu. video Bersih dipasang, (idea asalku ingin menayangkan video dari ypu tube ttg keganasan polis yang menyiksa orang awam dalam tahanan). Syafiq, Hakimi, Faisal, Fathi dan beberapa yang lain datang membantu. untk menjayakan program ini, kami hanya bermesyuarat secara formal sekali iaitu di kedai Abe Din depan JKM dekat pejabat aku. huhu... yang hadir meeting dalam 12 orang. semua lelaki, aku sorang je srikandi. huhu...

Dalam keadaan sangat tertekan, aku gagahkan diri berjumpa orang, bercakap tentang idea2 perubahan, tentang kekangan kebebasan, tentang demokrasi dan hak. walau hak sendiri teruk dinafikan, aku pejam mata dan lupakan sejenak. hak sendiri bukan ini masanya. hak sendiri punya ruang dan cara yang lain utk diperjuangkan. hatiku berbisik memujuk sendiri...

2 Julai, ianya menjadi realiti. Sabtu itu, aku bersama Achik, ke Purnama, Pgkln Chepa. kehadiran awal pagi rakan2 AJK turut memberi gambaran awal bagiku bahawa mereka ini adalah benih-benih baik hasil tarbiah kampus. aku sangat bersyukur, Allah menganugerahkan mereka membantuku. sesaat kufikir utk berpangku tangan, terduduk mengeluh, aku teringatkan semangat mereka. aku teringatkan wajah2 adik2 ini yang menantikan idea baru yang segar dalam gerak kerja massa. aku kembali sedar. kebangkitan ini bukan untuk diriku semata, bukan untuk yang ditahan dalam lokap semata, bukan jua untuk peserta program semata, tapi ia juga untuk memastikan penerusan perjuangan/istiqamah para AJK yang dekat dan rapat denganku. aku tak mahu sia-siakan masa mereka.maku mahi mereka turut merasa seperti yang aku rasa. dan mereka akan buat lebih baik dari apa yang kami dah buat. Allahuakbar..inilah hatiku berbicara.

Rentetan forum itu, hubungan kami para AJK termasuk juga lawyer Faizal semakin baik. team kami seterusnya melangkah berani bagi menyertai BERSIH di KL.. bersama adik2, aku ke sana dgn keretapi tajaan Pas kawasan Machang. gembira! pertama kerana aku semakin bebas. kedua kerana aku sudah berjaya merekrut satu kumpulan anak muda lokal yg spesifiik, dan punya potensi tinggi untuk terlibat secara langsung walau tidak langsung dlm politik baru.

Forum Anak Muda dan Demokrasi

menurunkan kata2 di kanvas yg akan diarak seluruh 14 parlimen
Forum ini dibuat berlatarkan mood pasca Bersih yang cukup menggoncang negara. Husam musa, Wong chin huat dan Faizal dirancang sbg speaker, dan tarikhnya 13 Ogos. namun, kami menunda tarikh ke 20 Ogos, atas permintaan pihak penganjur Urusetia Pnerangan dan YB Exco. dalam rundingan awalnya, aku agak berkeras, namun, cepat aku berlembut, bila menyedari keras itu hanya akan meruntuh, bukan membina. kami masih lemah, jangan mencari musuh tika kamu lemah!

Banyak sangat perkara yang menarik disebalik penganjuran Forum kali ini. berbeza dengan forum VOT dan forum Romantika ISA yang aku buat tahun lepas, kali ini cabarannya berbeza dan padaku, amat menarik. aku sukakan cabaran, dan cabaran itu kami hadapinya dengan senyuman (jua tangisan).

Antara yang besar adalah kebersamaan pihak kerajaan dengan apa2 yang berkaitan dengan AINA. itu adalah trademark dimana dan siapa aku dimata pihak Perhubungan negeri. alhamdulillah, itu menyuntik semangatku untuk melupakan sejenak apa yang dah berlaku dan teguhkan hati utk terus melangkah menabur bakti untuk bangsa dan agama.

Bersama Pak Hisyam Rais, aku turut terpalit semangat kirinya dan berjiwa besar. terasa seperi saja dizaman kampus. walk what you talk!

Hari Raya Anak Muda

Kelmarin 4 Syawal berlangsungnya program Bual Bicara facebookers dan Bloggers bersama Husam Musa dan Saifuddin Nasution. Mood mengkritik dimulakan dengan Aduka Taruna yang diiringi tepukan gemuruh dari audien. Kak Tie org kedua bertanya dan beliau melontarkan tentang isu rumah perlindungan wanita dan padi organik. Dalam jawapnnya, Husam sampai memberi komitmen utk membawa cadangan yang baik itu keatas-dengan kuasanya sbg Exco kjaan negeri. Syauqey membangkitkan isu kelesuan anak muda  yang dapat dilihat jelas sampaikan HUsam sendiri sbg pimpinan perlu menjawab mampukah kita menang PRU13 atau tidak. -jawapan itu ada pada anak muda-bukan Husam. Husam turut memberi komitmennya utk menyokong apa sahaja usaha anak muda dalam tuntutan royalti (spt yg dibincangkan).

Aku berkira-kira untuk bangun membicarakan tentang Forum Anak Muda dan Demokrasi yang lepas. RM8000 lebih wang rakyat yang dihabiskan utk program tersebut, adalah amat tidak bertanggung jawab kiranya aku mndiamkan diri dan tidak membawa kedepan hasil dan resolusi forum/bengkel, untuk pulang ke rakyat! aku pengkhianat rakyat jika aku DIAM!

Malulah pada diri sendiri Aina! kamu berdosa malam ini, kamu telah pinjam wang rakyat dengan hanya hadir sambil seronok mendengar dan memerhati sahaja, tanpa kamu memulangkan pinjaman wang itu dalam bentuk kata-kata dan butiran mutiara hasil perbincangan seharian di Hotel Raudah. jangan biarkan peristiwa ini berulang lagi Aina. ingat itu.

InsyaAllah, aku akan bercerita lagi jika ada masa dan ruang yang sesuai. banyak yang mahu ditulis, tapi sering kali, aku dihambat pelbagai penghalang.  Semoga pembaca tulisan ini bermanfaat. Wasalam.










Monday, April 18, 2011

Mampukah Aku?

tiba-tiba air suam panas itu tak terbendung lagi, lalu ia tumpah jua memuntahkan aliran laju, bukan lagi titik-titik mutiara mewakili tasbih malaikat, bahkan persis tali sungai Kauthar di syurga Firdausi. insyaAllah, ia bakal benar terjadi di alam baqa’ nanti.

terasa buntu. layaklah hanya air tumpahan itu berbicara dengan titisannya. menyesal? SEDIH? atau BANGGA? ya, sepatutnya gembira kerana malaikat mencatat yang kanan melebihi yang kiri.
tiada ketenangan. uhuk uhuk.......pedihnya kurasa. dunia bagai sempit. ku tak dapat bernafas lagi. Tuhan bagai amat berkira kali ini. Tuhan mahu aku sabar lagi, sabar lagi dan sabar lagi agar dapat dibuat ganti dengan oksigen yang ku perlukan. begitu kejamkah Tuhan Allah?? 

beginikah selayaknya aku perlu lalui? ya Allah...jangan Kau menzalimi diriku. sesungguhnya aku tak sanggup menghadapi siksaan dan dugaan sebesar seberat ini. aku tabah, aku sabar, aku redha, aku akur, tapi aku hanya manusia biasa yang sering melakukan maksiat dan kezaliman. lantaran itu, hijab tebal telah menghalangku dari melihat cahayaMu dibalik mendung awan gelap ini, dan ia amat sukar ditembusi. aku perlukan nafas yang amat panjang, teropong binocular yang paling canggih, dan segala infra teknologi yang paling moden untukku menghampiri CahayaMu.

namun aku juga sedar, nafas terpanjang, teropong terhebat, teknologi termoden yang paling tepat adalah takdirMu. sekali Engkau berkata ‘kun fayakun’, maka Cahaya itu akan hadir terlihatkan. ia akan menyinari seluruh kehidupan, zahir batin sekalian kami yang mendung, dengan gemilangnya. wangian telaga Kausar bahkan bagai mengalir diantara hati-hati kami yang dulunya sesak, sebak, sempit, kusut dek kurang subur buah sabar pesan Nabi-nabiMu.

aku hampir-hampir tersungkur menyerah sekali lagi. namun, ikatan keyakinan akan Dikau kembali mengukuhkan diriku. sudah ku simpul mati tali tergantung itu, namun bertalu-talu angin ribut bertamu menyebabkan tali utuh yang tergantung menghiasi rumah itu bagai menarik perhatian unsur lain lagi seperti manusia dan haiwan. ia boleh dirungkaikan walau sukar, dan boleh dibuat pelbagai guna cara. tali bukan sebarang tali. tali ini tali teruji. ia kukuh dan akan terus kukuh walau mungkin sampai bercerai dari simpulnya. ini yang menarik angin ribut, manusia bahkan bukan manusia.

Friday, April 15, 2011

Pelajaran Kehidupan


Ini saya petik satu tulisan oleh seorang hamba Allah dari blognya. Kak Jun memang wanita tabah. Mari kita ikuti kisahnya agar bisa dijadikan pedoman untuk kita semua juga..

Diari Kehidupan
Alhamdulillah, hari ini Allah telah tunjukkan dua kisah kehidupan buatku sebagai pedoman dalam mengharungi kehidupan berkeluarga. Syukur, di usia 25 tahun, aku sudah mampu memahami mimpi ngeri yang berlaku dalam kehidupan insan lain. 

Movie pertama pagi ini mengisahkan seorang janda yang punya dua anak yang masih kecil, terpaksa melakukan ‘kerja berisiko’ demi menyara keluarganya. Kemunculan seorang lelaki yang mengambil berat dan membantu mendapatkan tugasan tersebut telah mengubah hidupnya. Wanita berani ini sememangnnya lahir dari kelurga yang susah, anak jalanan, pernah bergelandangan dan berjaya membina kelurga. Kematian suaminya telah mengubah lanskap hidup  mereka kearah lebih berdikari. Dia perlu mengambil risiko, dan dia memang telah bersedia untuk mengambil risiko. Sindiket antarabangsa itu memerlukan seorang wanita sebagai penghantar wang. Petty menerima tugasan itu demi meneruskan kehidupan bersama dua anaknya. Polis telah menghidu perbuatan kumpulan ini dan telah memujuk petty untuk bekerjasama. Akhirnya, kumpulan ini berjaya diberkas dan ada yang mati ditembak. Petty dan anaknya melarikan diri ke negara lain dan memulakan hidup baru. Dia bersyukur kerana ibu dan anak-anaknya masih bersamanya. Dia serik.

Movie kedua malam pula juga berkisar tentang kehidupan sepasang suami isteri yang berkahwin muda ketika masih menuntut.  Walau kurang dipersetujui orang tua mereka, namun atas asas mengelak maksiat dan menjaga agama, mereka berjaya meyakinkan ibubapa untuk berkahwin.  Namun setelah berkahwin, satu persatu dugaan dan cabaran yang melanda pasangan ini. Hidup sederhana pada awalnya mampu dipertahankan, namun semakin hari, kemahuan si isteri untuk bermewah dan suami juga mahu cepat senang makin menjadi-jadi. Si isteri yang merupakan anak tunggal keluarga sebenarnya tidak tahu buat kerja rumah. Pakaian suami basuh, makan di kedai, memasak tak pandai. Ya, kerana cinta, isteri mula perlahan-lahan belajar dan berubah, tapi hakikatnya ‘anak emas’ tetap anak emas. Dia tetap suka mendesak suaminya untuk cari wang lebih demi membeli alat kosmetik, pakaian dan pembantu rumah. Padahal, hidup diorang sangat sederhana. Hal ehwal anak tidak dipedulikan sangat, dan sanggup membiar anak dijaga oleh jiran yang kononnya baik hati tetapi rupanya memang suka mendera kanak-kanak. Tekanan hidup membuatkan si suami terpaksa menjadi pengedar dadah dan akhirnya ditangkap polis. Anak malang itu juga mati akibat kecederaan parah kesan penderaan yang dilakukan penjaganya. Si isteri yang tidak habis belajar hidup terkontang kanting bagai layang-layang terputus tali. Hilang hanyut dibawa perasaan kecewa dan sedih yang teramat sangat. Harapan ibubapa untuk melihat anak tunggalnya menggenggam segulung ijazah juga hancur berkecai. Pada ibibapanya, semuanya kerana mereka kahwin awal. Mereka lupa, allah itu tuhan yang maha mengetahui. Tiada dicptakan sesuatu itu dengan sia-sia.

Terima kasih tuhan.
Tiada yang lebih afdhal untuk kuucapkan melainkan perkataan itu. Aku menangis menyesali tindakan ku tengahari tadi yang menghambur suamiku dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Aku desak untuk dia cari wang lebih untuk majlis perkahwinan kami, aku desak dia untuk lebih memahami, aku paksa dia untuk lebih prihatin. Dan banyak lagi kemahuanku tadi, termasuklah mahu mati. Kemarahan, bentakan dan omelanku diterima dengan sabar dan penuh perhatian.
Aku membandingkan suamiku dengan lelaki si suami dalam kaca tv. Lelaki itu amat menyayangi isterinya. Namun, kerana tipisnya dinding iman, jalan cepat diambil. Kenapa dia berbuat begitu? Niatnya baik... Untuk sara anak isteri. Tapi, niat yang baik tidak menghalalkan yang haram. Dadah adalah haram disisi agama. Sesiapa yang terlibat dengannya turut berdosa besar. Dia lupa semua itu. Dia lupa juga matlamat asal perkahwinan mereka dulu adalah kerana ibadat kerana allah, demi menjaga akidah. Namun, lihat apa yang terjadi. Factor isteri yang tidak memahami keadaan suami turut menjadi penyumbang besar kpd pilihan yang diambil.

Aku teringatkan perbuatanku terhadap abang. Adakah tekananku akan menyebabkan dia tergelincir dari jalan yang benar?? Ada kemungkinan.

Saturday, April 02, 2011

Ibrahim Yakin Hajar Mampu

Mempersoalkan tindakan 'kejam' Ibrahim terhadap anaknya bukan bermaksud menolak kerasulan Ibrahim dan mencabar kuasa Tuhan. Bahkan, Ibrahim sebelum ini dizaman mudanya, beliau telah menunjukkan suri teladan akan kebebasan akal untuk berfikir. dan bertanya adalah salah satu proses berfikir. Ibrahim pernah meminta Allah tunjukkan bukti kekuasaan Tuhan Allah dengan menghidupkan burung2 yang telah lumat dicincang dan dijauhkan di empat bukit. nah..!Allah tidak memarahi Ibrahim, bahkan mengikuti fitrah anak muda itu untuk mencari dan membukti.

Kejam Ibrahim adalah bersumberkan wahyu Allah kepadanya....maka, tidak relevanlah sirah Ibrahim untuk kita pada hari ini yang sudah tiada nabi dan putus wahyu. begitukah?

Tidak begitu. Ibrahim menerima wahyu bukan kerana secara tidak sengaja menjadi tokoh dan pemimpin. sebenarnya Ibrahim telah 'memerangkap' dirinya sendiri dalam perjuangan mencari Tuhan sejak baginda kecil. bermula dengan kerja mengukir batu berhala dirumah Azar ayahnya, Ibrahim memberontak dengan berani mencabar masyarakatnya akan kemampuan Tuhan batu itu melindungi diri tatkala dicederakan dan dimusnahkan. kemarahan masyarakatnya sehingga mencampakkan Ibrahim kedalam api yang paling besar yg pernah dilihat oleh rakyat waktu itu tidak langsung menggugat keimanannya. keyakinan yang mantap itulah yang menyejukkan api yang marak. nyata sudah, Ibrahim makin yakin bahawa baginda Utusan Tuhan.

Ujian kali kedua ini bukan berhadapan dengan api. Tapi ia jauh lebih sulit-sesutu yang menjadi kesayangannya, satu kehidupan yang baru ditemui, satu perasaan yang baru dirasai, tiba-tiba Tuhan memisahkan mereka. Kisah ini tidak bermula secepat ini, sebenarnya, Puteri Sarah telah menyampaikan hasrat hatinya yang tidak selesa hidup sebumbung dengan isteri kedua Ibrahim itu. baginya, Hajar hanyalah orang asing yang tidak punya orang tua, tidak punya tanah air, dan identiti. Dia datang dari negeri asing, maka seharusnya dia kembali menjadi orang asing. Hajar hanyalah seorang hamba, yang menjadi mulia berkat kebaikan Sarah. Bagaimana mungkin dia boleh menggantikan tempatnya yang utama disisi Ibrahim? Syaitan terus menghasut. "Suamimu bukan matahari. cahayanya bukan untuk dikongsi semua. Dia adalah jantungmu. Matilah engkau tanpa jantung." bisikan syaitan tanpa henti yang menggangu tidur Sarah.

Sarah benar2 merasakan dirinya gagal menjadi wanita. Walaupun sudah sepakat sebelum ini bahawa anak yang lahir itu menjadi anaknya, tapi dia masih belum puas hati kerana anak itu tetap bukan anaknya. Ibrahim berkali2 memujuk Sarah, namun dia nekad dgn keputusannya. Ibrahim gelisah beberapa malam. "Aku terikat kepada mereka. Batinku telah bersatu denagn batinnya. Kami tak mampu berpisah", bisik hatinya.

Namun Ibrahim juga tak mampu meninggalkan Sarah, isteri pertamanya itu telah mendampinginya dengan setia menempuh pelbagai macam rintangan. Sarah tak pernah menyerahkan kehormatannya kepada sesiapapun kecuali suaminya. Dia benar2 wanita suci dan taat akan Ibrahim. Tidak ada tempat lain lagi untuk mengadu melainkan kpd Allah. Dia pasrahkan dirinya di hadapan Allah serendah-rendahnya. Dia mohon perlindungan, rahmat dan kasih sayang Allah bagi keluarganya.

Setelah beberapa malam memanjatkan doa, Ibrahim menemui ketenangan dan keyakinan. Dia yakin, Allah akan melindungi keluarganya. Sebab, selama inipun, Allah jua yang ,elindungi mereka tika menghadapi pelbagai mara bahaya.

Dengan keyakinan itulah, suatu hari, Ibrahim menghantar Hjar dan Ismail meninggalkan Birsyeba, Palestin menuju negeri yang entah di mana. Asalkan ia jauh dari pandanganku, kata Sarah sewaktu membekalkan mereka beberapa ekor kambing. biasanya, Ibrahim akan membawa berpuluh ekor kambing gembalaan sebelum menempuh perjalanan yang jauh. ia kan disembelih, diperah susu dan sebahagiannya akan ditukar ganti dengan keperluan lain seperti pakaina atau air. Sarah takut, sekiranya dibawa bekalan yang banyak, Ibrahim tidak akan kembali kepadanya.

Sarah lega melihat pemergian mereka. namun, jauh disudut hatinya, beliau merasa kehilangan. Dia kehilangan sanubarinya, kehilangan jatidirinya. Dia merasa berlaku kejam. "semoga Allah melindungi kalian," bisik Sarah. Ada beberapa riwayat tentang episod pengusiran Hajar. Salah satunya dituturkan oleh Ibnu Katsir, bahawa Hajar didatangi malaikat mengatakan beliau akan melahirkan seorang anak dan namakannya sbg Ismail. Maka, Hajar sudah tidak takut lagi diusir, kerana dia yakin pasti malaikat melindungi dirinya dan anaknya. Ada riwayat mengatakan juga, mereka di usir setelah Sarah melahirklan anaknya Ishak dan Ismail sudah berumur 14 tahun.


Kekasihku, Tuhan Pasti Melindungimu

Di padang pasir kering kontang, Ibrahim meninggalkan mereka. Hajar belum berganjak dari tempatnya berdiri. Dia masih terpaku menatap Ibrahim yang pergi meninggalkannya. Langkah tekad seorang lelaki pemberani. Seorang kekasih yang setia dan taat dengan Kekasihnya. Kesetiaan dan ketaatan itulah yang membuangnya jauh ke padang pasir tanpa penghuni ini.

Matanya melilau melihat suasana sekitar. Di depan seakan tidak berpenghujung, hamparan padang pasir yang merah dibakar mentari. Dikiri kanannya nampak gunung berbatu berjejeran bagai raksasa yang sedang tidur. di atasnya, tiada apapun, tiada binatangpun yang dilihatnya. dia hidup sendirian sekali lagi.

Tiada kata yang mampu diungkapkan untuk menghuraikan perasaan yang dialami. Takut, kesal, bimbang, bangga dan gembira turut bercampur. Inikah arahan Tuhanmu Ibrahimku? Manusiakah engkau meninggalkan kami dipadang tandus ini? Rasionalkah akalmu membuat anak isterimu begini? Tiada yang lain, doa si suami dalam ketabahan: "Sabarlah kekasih hatiku, Allah pasti melindungimu."

Friday, April 01, 2011

Pengembaraan Haji: Ibrahim-Hajar-Ismail

Tiga mereka telah membuktikan bahawa pengorbanan yang ikhlas akan membuahkan kemenangan yang kekal. ISLAM yang kita hirup hari ini adalah hasil perjuangan, kesabaran, cinta dan airmata Nabi Ibrahim dan keluarganya. Kenapa keluarga ini dipilih Allah untuk melahirkan Muhammad dan keluarga Muhammad?

Jawapannya ada pada apa yang mereka sekeluarga ini hadapi. Hajar asalnya seorang wanita hamba yang dihadiahkan oleh Raja Mesir setelah menyaksikan keajaiban Puteri Sarah yang tidak dapat disentuh, diangkat darjatnya oleh Ibrahim dengan layanan yang baik walaupun belum sebagai isteri. Bagi Ibrahim, Hajar adalah manusia biasa, seorang yang tidak diminta untuk dilahirkan hitam, buruk rupa, rendah status kerana miskin. Ibrahim melayan Hajar dengan halus sebagai adik. dan akhirnya, setelah saranan isterinya Sarah untuk mengahwini Hajar agar memperolehi zuriat, maka dengan berat hati Ibrahim mengahwini Hajar. mungkin benar, kehidupan keluarga mereka menjadi lebih baik dengan adanya anak daripada Hajar.

Awal perkahwinan, Sarah masih baik dan kuat bersabar menghadapi hasutan syaitan yang melaga-lagakan Hajar dengannya. anak yang lahir, Ismail, cukup menghiburkan rumah itu yang sekian lama tidak berdendang suara si kecil. Sarah yang menyiapkan keperluan bayi, Sarah yang mengurus rumah dan beliau melayani Hajar dengan berbeza sekali, bukan sebagai pembantunya, tapi sebagai seorang isteri suaminya. Cukup menguji imannya, cukup merobek hatinya yang semakin hari semakin cemburu.

Tidak tertahan lagi, akhirnya Sarah sebagai tuan rumah meminta Hajar dan anaknya keluar dari rumahnya dan pergi ke tempat yang jauh. Ibrahim diminta menghantar mereka dan kembali secepat mungkin. Ibrahim terpaksa akur dengan kehendak isterinya.

Berjalanlah mereka dengan bekalan yang sekadarnya dibekalkan oleh Sarah. dan akhirnya mereka tiba di suatu pergunungan. lembah Bakkah itulah tempat Ibrahim meninggalkan anak isterinya.

Kejamkah Ibrahim??
akan ku berikan perincian, pemikiran apakah yang diyakini Ibrahim untuk 'menzalimi' keluarganya. Ia suatu jalur peristiwa besar yang membina jiwa Hajar, Ismail dan tentunya Ibrahim sendiri sbg ketua keluarga.

Thursday, March 31, 2011

REV: Revolusi'11


Revolusi menjadi satu trend belakangan ini. Tahun 2011 telah dibuka dengan pembuktian kuasa rakyat kuasa keramat, menyaksikan beberapa Negara telah mengambil keputusan untuk menggulingkan kerajaan dengan cara yang tidak ‘direstui’ oleh pemerintah. Namun, restu pemerintah bukanlah penentu apa yang akan berlaku dalam Negara.

Salah seorang tokoh yang terkenal dlm dunia Islam malah sejarah dunia adalah Salahuddin Ayyubi, yang berkhidmat sewaktu zaman Khaliffah Bani Abbasiyah. Salahuddin Ayyubi adalah pemuka puak Kurdi yang mana dalam kerajaan Abasiyyah, kuasa pemerintahan adalah ditangan kaum Arab, Parsi, Turki dan Kurdi. Puak-puak ini mewakili suara rakyat tempatan yang ingin bebas dan mahu berkuasa sendiri (tidak berpusat di Baghdad-pusat pemerintahan kjaan Abasiyyah). Maka, sewaktu Salahuddin Ayyubi berjaya menguasai Sepanyol mewakili Nur al-Din al Zanki, kedudukan kerajaan Abasiyyah bukanlah seutuh yang digambarkan dan mereka diambang perpecahan yang tak terbendung. Syiah Ismailiyyah yang menguasai kerajaan kecil Fatimiyyah berjaya digulingkan oleh Salahuddin, namun, menurut kacamata pengkaji sejarah, Ismailiah ini sering menggugat kestabilan kerajaan.

Akhir abad ke-12, kerajaan Abasiyyah amat tenat apabila berlaku kekecohan dikalangan hamba-hamba dengan pemerintah Seljuq di wilayah timur. Yang kedua adalah kerana mereka juga diasak oleh musuh lama sejak Nabi Muhamad s.a.w iaitu Kristian. Namun walau diambang perpecahan, pada tahun 1118M, Ayyubi dapat mempertahankan Baitul Maqdis dari serangan Kristian dan menyingkirkan mereka dari situ. Yang ketiga dan menjadi punca kejatuhan kerajaan adalah serangan puak Tartar dari Monggol yang diketuai oleh Hulagu. Hulagu membunuh dan menyiksa umat Islam sebelum dia menerima Hidayah Allah dan masuk Islam. Ramai rakyatnya kemudian memeluk Islam tanpa paksaan.

Islam mencatatkan sejarah yang panjang dan cukup istimewa untuk dijadikan pengajaran buat hamba yang berfikir akannya. Revolusi Timur Tengah dicetuskan (sparkled by)Tunisia. di mana Tunisia, siapa Tunisia itu?

Sejarah Islam mencatatkan, Tunisia pada tahun 910, menjadi pusat pentadbiran kerajaan Fatimiyyah. sebelum itu, Tunisia ditadbir oleh kerajaan Aghlabiyah. pada tahun 937, pusat pemerontahan Fatimiyyah bertukar ke Mesir setelah negeri itu ditawan. Kegemilangan kerajaan ini juga tersohor dengan terbinanya Kota Kaherah, di mana pusat pengajian tinggi pertama dunia ditubuhkan iaitu Universiti Al-Azhar pada tahun 970.  Sehingga saat ini, ia telah menghasilkan berjuta ulama seluruh dunia dan memacu dunia keintelektualan Islam. Setelah Al-Muizz iaitu khalifah yang menaikkan nama kerajaan itu meninggal dunia, 11 orang khalifah mentadbir selepasnya, kemudian Mesir ditawan oleh tentera Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 1117.

Kerajaan Abbasiyah dan Fatimiyyah mengalami persamaan corak kejatuhan. 1. apabila pemimpin bertukar tangan dari bangsa Arab, kemudian-bangsa Parsi – kemudian orang Turki, begitu juga Fatimiyyah yang diasaskan oleh bangsa Arab,-ketangan Barbar kemudian ke tangan orang Turki.
Apa terjadi di Andalus? kerajaan Umayyah juga menggunakan nama Khalifah. selama memerintah 17 tahun, Abd Rahman III hanya menggunakana nama “Amir”. namun pada tahun 929, beliau terasa terancam dengan kebangkitan Fatimiyyah yang menggunakan nama Khalifah itu. pada pendapat Syiah, Khalifah hanya layak bagi keturunan Muhammad s.a.w dan bagi pendapat Sunni, khalifah boleh disandang sesiapa sahaja asalkan berketurunan Quraisy. maka Abd Rahman III berpendapat beliau layak (mewarisi status nenek moyang).

Dengan terlantiknya Abd Rahman III sebagai Khalifah, maka dunia Islam waktu itu mempunyai tiga orang Khalifah. Satu di Baghdad, satu di Afrika Utara dan di Sepanyol.

Melihat jauh ke dunia Islam sewaktu kegemilangan sehingga kejatuhannya, barulah seseorang pemerhati itu mampu menyedari bahawa apa yang dirasai oleh demonstran yang seolah-olah hysteria dengan suasana ‘kebebasan berperasaan’ sekarang. Tunisia dan Mesir mencatat latar belakang didatangi satu persatu kerajaan yang bertukar tangan.

Rakyat Tunisia dan Mesir pernah merasa di bawah aliran Syiah dan Sunni, samada di zaman kegemilangan ilmu ataupun di zaman kekontangan kebebasan. Rakyat Mesir sudah belajar erti hamba dan penguasa. Rakyat Mesir sudah mampu membeza mana baik dan mana jahat. Kini rakyat Mesir mahu formula sendiri dalam mencatur politik negaranya samada sunni ataupun syiah, islam atau bukan islam, tiada siapa yang lebih berbanding demokrasi. Kenapa demokrasi disebut dan diagung, kenapa tidak Allah dan rasul? Kerana pengalaman mendambakan Allah dan rasul sebelum ini menyebabkan mereka dieksploitasi oleh orang-orang politik-agama. Keghairahan mereka melaungkan untuk memegang al-quran dan sunnah telah dimanipulasi orang-orang yang mementingkan kuasa. Di dunia langit terbuka kini, ketaatan Allah dan rasul perlu diterjemahkan bukan hanya dengan slogan yang terdedah kepada eksploitasi orang politik, tapi rakyat Mesir memilih jalan tengah yang boleh dihormati islam dan bukan islam mesir iaitu kepatuhan kepada undang-undang negara yang semua rakyat Mesir bahkan dunia Islam seluruhnya boleh bersetuju. Itulah demokrasi, di mana islam terjamin di dalamnya. Rakyat Mesir rasa ia CUKUP.

Kebangkitan Mesir ini amat ISTIMEWA. Mungkin Sejarah telah diajar dengan baik di sekolah-sekolah mereka, mungkin geran penyelidikan telah ditambah di university-universiti mereka, dan mungkin juga ulama dan intelektual di Al-Azhar sudah berani menyatakan yang benar kepada pelajarnya, maka sedikit demi sedikit keberanian terkumpul. Perlu diingatkan, revolusi adalah sesuatu yang bergalang dengan darah, ia tidak seperti reformasi yang masih menggulung lidah bertegang urat hanya dimeja rundingan dan parlimen. Revolusi ini mampu berlaku jika dan hanya jika ILMU dan FAHAM sebati dalam jiwa, membuluh dalam darah, selari dengan kemarahan rakyat yang bagaikan darah pekat. Ia perlukan ‘tamrin khas’ yang dibina bukan dalam seminggu dua seperti tamrin qiadi Pas mahupun akademi latihan Pkr,tetapi tamrin kehidupan dalam penindasan dan tekananlah yang membina jiwa mereka sepertimana mereka hari ini. Dan buktinya, si Khaled Said yang syahid (insyaAllah) dipukul polis telah menggungguli gerakan anak muda Mesir. Wael Ghonim dan Asmaa Mahfouz turut menggadai masa depan demi sebuah keadilan untuk semua.

Adakah kebangkitan Mesir satu kebangkitan Islam? Ikhwanul Muslimin sekalipun mendakwa mereka bukanlah peneraju utama revolusi ini, maka penulis mengganggap, gerakan ini bukan satu Gerakan Islam sepertimana berlaku di Iran tahun 1979. Ianya adalah Revolusi Rakyat dimana seluruh rakyat tidak kira agama dan mazhab, tidak kira parti dan ideology, seolah-olah merestui rampasan kuasa cara alternative ini. Dan mungkinkah penentang aliran pemikiran Machievelli akan menganggap tindakan rakyat yang melakukan revolusi ini adalah matlamat menghalalkan cara??
Alhamdulillah, dalam situasi ‘perang saudara’ ini, ulama’ Mesir sekali lagi, yang dulunya terbuang ke London, saya kira memimpin dunia Islam kini,  Dr. Yusuf Qardhawi, dengan pantas dan tuntasnya menyelamatkan keadaan dan kecelaruan fikiran ummat dengan mengeluarkan fatwa bahawa Muammar Ghadafi BOLEH dibunuh. Fatwa yang diberi yang merujuk kepada kebangkitan di Libya yang mengorbankan setakat ini lebih 1000 nyawa (laporan Human Right Watch) ini menunjukkan Islam tidak menghalalkan cara tidak Islamik diguna untuk niat yang Islamik. Darah orang ramai lebih penting berbanding nyawa Ghadafi dan keluarganya yang kejam. Kes Libya yang sekarang ini dalam pantauan dunia termasuk Yahudi yang berselindung dibalik PBB dan Rumah Putih sedang mengintai peluang dan ruang mencetuskan konflik pemikiran antara umat Islam.Qardawi menyatakannya demi menunjukkan Islam tidak bersekongkol dengan kezaliman.

Pilihanraya umum makin dekat. Apakah strategi orang politik PR-BN dalam mendepani politik dan memastikan kuasa terus utuh untuk terus mempolitikkan politik? Amat kasihan, berapa banyak nyawa sudah menjadi korban akibat kerakusan manusia yang tak pernah puas.

Ambillah iktibar dari kebangkitan rakyat Mesir dengan memperkukuhkan kepercayaan dan tekad dihati bahawa segala usaha dan perancangan yang kita buat bukanlah suatu yang diatas kertas. Allah akan uji sejauh mana kesabaran kita menuju kejayaan yang dijanjikan. Janji Allah itu pasti benar, bahawa orang2 yang berjuang dijalannya akan dibantu dan mendapat perlindungannya.