Monday, February 13, 2012

SEMINAR 3 DEKAD KEBANGKITAN PAS KELANTAN
10 FEB 2012, PONDOK PASIR TUMBUH
Bersesakan pagi dijalan Pasir Tumbuh member isyarat akan kehadiran yang menggalakkan dari penyokong parti. Kuliah Jumaat Tok Guru yang dibuat di sini menarik sejumlah besar lautan manusia yang biasanya membanjiri Dataran Ilmu untuk ke pondok ini. Perkhidmatan van –shuttle dari tempat parking utama ke dalam pondok banyak membantu peserta untuk cepat sampai dan dapat parking dengan selamat. tempat parking yang dijaga pasukan unit amal, lalulintas diselia mereka, dan penggerai yang berdisiplin baik dengan tidak menghalang lalulintas menunjukkan sebahagian besar program ini telah Berjaya. YB Setiausaha Perhubungan yg baru ini nampaknya cukup teliti dai segi kelancaran program dan sanggup berbelanja besar bagi menyediakan infra yang selesa kepada pengunjung. ini sentuhan orang kuat Expo Cheng Ho 1 yang kejayaannya telah menharumkan nama Kelantan lewat tahun 2010.
Orang politik hadir bukan untuk menambah ilmu, tapj mereka lebih mengutamakan menambah jaringan. berkeliaran diluar dan perkarangan pondok lebih memberi kelebihan kepada mereka kerana masing-masing mengambil peluang menunjukkan muka masing-masing kpd pimpinan dan pembesar-pembesar Pas Kelantan. elitis, erogan dan kroni, berselerak menjilat sana-sini. meluat.

Penulis merapati seorang kakak yang kelihatan sedikit ralat. mungkin kerana pakaiannya tak selitup muslimat pas, atau tudungnya tak selabuh menutupi dada membuatnya canggung. setelah merapati, beliau rupanya memerlukan bantuan. Ibu tunggal empat anak ini sedang sarat mengandung 8 bulan, menggagahi kaki untuk ke tempat orang-orang baik ini dengan sejuta harapan. harapan untuk didengari dan dibantu. anak sulungnya OKU, dan beliau telah menerima bantuan bulanan daripada JKM sebanyak RM300.00. namun, itu tidak cukup untuk menyara hidup mereka berdua. tiga anaknya dipelihara bekas suami. beliau terpaksa menjual kuih buat menambah pendapatan. sebelum berpisah, amat dikesalkan kerana penulis tidak mengambil nombor telefonnya walaupun beliau mengambil nombor telefon saya. walaupun saya berpesan padanya, jika punya masalah untuk mendapatkan borang bantuan, boleh hubungi saya, namun, setelah difikirkan kembali, amat tidak bertanggungjawab saya tanpa segera menyelesaikan masalah kakak itu. sebenarnya, boleh saja penulis menemukan kakak itu dengan YB Baihaqi yang kebetulan bertegur sapa dengn YB sebentar tadi, namun, dek kerana tidak focus untuk membantu, akhirnya saya membiarkan kakak itu menyelesaikan sendiri masalahnya. masyaAllah... ampuni aku ya Allah. insyaAllah, saya akan ke rumahnya setelah saya mendapat 
maklumat dari kawan-kawan rangkaian parti selepas ini. saya mahu semak latar kakak ni

PAS dan Harapan
sejauh manakah Pas menjadi parti harapan kepada semua orang Islam yang mahukan Islam memimpin?? persoalan ini cuba dijawab dengan kehadiran peserta ke program ini. Harapan adalah milik orang muda. yang mendokong politik harapan adalah orang yang mahu melihat masa depan mereka terjamin, ruang kebebasan mereka terjamin, kehendak dan hak mereka terjamin. tetapi program Pas kali ini, 90% yang hadir adalah orang tua. maka, masihkah Pas tegar menaruh harapan kepada orang muda yang dikatakan Nurul Izzah sebagai undi penentu PRU13 nanti?

Alasan boleh mendapati isi penyampaian dalam facebook, blog dan youtube bukan alasan yang tepat. kenapa bola sepak walaupun masih boleh saja ditonton dalam tv tapi anak muda masih melimpah di stadium? apakah politik Pas memang semakin jauh dari orang muda kebanyakan? jika ini berpunca dari dalaman Pas, 
maka lompang ini perlu segera ditampung agar ia tidak lecak ketika hujan.

PAS dan Anak Muda
KITE yang berlangsung bulan lepas bertemakan Anak Muda Penjana Industri Kreatif dilihat salah satu cara kerajaan Pas Kelantan menawan hati anak muda. ruang berkreativiti dibuka seluasnya , namun siapakah yang mengisi?

Siapa Itu Aktivis











apakah kriteria yang perlu ada pada seorang aktivis:
  •  -        memahami usul/pokok masalah
  • -        membaca
  • -        menganjurkan program
  • -        melaporkan program
  • -        membuka fail aktiviti
  • -        menyediakan pelan jangka panjang 6 bulan
  • -        berkhidmat di lapangan
  • -        merapati pemimpin
  • -        prihatin terhadap masalah walaupun kecil
  • -        menulis
  • -        lazimkan bercakap dalam keadaan teratur
  • -        menjuarai isu dalam jangkauan bidang utama

-      
          kritirea tatacara asas kehidupan aktivis:
  • -   bangun awal pagi
  • -        membaca buku/quran
  • -        jaga solat dan khusyuk solat
  • -        jaga akhlak bersama ahli keluarga
  • -        jaga akhlak dikalangan rakan2 pejabat dan rakan2 seperjuangan
  • -        amalkan pemakanan sihat
  • -        elakkan membazir makanan atau wang kpd perkara tidak penting
  • -        kurangkan berbelanja lebih
  • -        banyakkan selawat dan istighfar
  • -        amalkan al-fatihah
  • -        tepati masa jika berjanji
  • -        laksanakan tugasan dengan sehabis baik
  • -        berfikiran positif denagan segala masalah yg dihadapi
  • -        bersabar dengan segala yang terjadi
  • -        bersyukur dengan apa yang ada