Saturday, April 02, 2011

Ibrahim Yakin Hajar Mampu

Mempersoalkan tindakan 'kejam' Ibrahim terhadap anaknya bukan bermaksud menolak kerasulan Ibrahim dan mencabar kuasa Tuhan. Bahkan, Ibrahim sebelum ini dizaman mudanya, beliau telah menunjukkan suri teladan akan kebebasan akal untuk berfikir. dan bertanya adalah salah satu proses berfikir. Ibrahim pernah meminta Allah tunjukkan bukti kekuasaan Tuhan Allah dengan menghidupkan burung2 yang telah lumat dicincang dan dijauhkan di empat bukit. nah..!Allah tidak memarahi Ibrahim, bahkan mengikuti fitrah anak muda itu untuk mencari dan membukti.

Kejam Ibrahim adalah bersumberkan wahyu Allah kepadanya....maka, tidak relevanlah sirah Ibrahim untuk kita pada hari ini yang sudah tiada nabi dan putus wahyu. begitukah?

Tidak begitu. Ibrahim menerima wahyu bukan kerana secara tidak sengaja menjadi tokoh dan pemimpin. sebenarnya Ibrahim telah 'memerangkap' dirinya sendiri dalam perjuangan mencari Tuhan sejak baginda kecil. bermula dengan kerja mengukir batu berhala dirumah Azar ayahnya, Ibrahim memberontak dengan berani mencabar masyarakatnya akan kemampuan Tuhan batu itu melindungi diri tatkala dicederakan dan dimusnahkan. kemarahan masyarakatnya sehingga mencampakkan Ibrahim kedalam api yang paling besar yg pernah dilihat oleh rakyat waktu itu tidak langsung menggugat keimanannya. keyakinan yang mantap itulah yang menyejukkan api yang marak. nyata sudah, Ibrahim makin yakin bahawa baginda Utusan Tuhan.

Ujian kali kedua ini bukan berhadapan dengan api. Tapi ia jauh lebih sulit-sesutu yang menjadi kesayangannya, satu kehidupan yang baru ditemui, satu perasaan yang baru dirasai, tiba-tiba Tuhan memisahkan mereka. Kisah ini tidak bermula secepat ini, sebenarnya, Puteri Sarah telah menyampaikan hasrat hatinya yang tidak selesa hidup sebumbung dengan isteri kedua Ibrahim itu. baginya, Hajar hanyalah orang asing yang tidak punya orang tua, tidak punya tanah air, dan identiti. Dia datang dari negeri asing, maka seharusnya dia kembali menjadi orang asing. Hajar hanyalah seorang hamba, yang menjadi mulia berkat kebaikan Sarah. Bagaimana mungkin dia boleh menggantikan tempatnya yang utama disisi Ibrahim? Syaitan terus menghasut. "Suamimu bukan matahari. cahayanya bukan untuk dikongsi semua. Dia adalah jantungmu. Matilah engkau tanpa jantung." bisikan syaitan tanpa henti yang menggangu tidur Sarah.

Sarah benar2 merasakan dirinya gagal menjadi wanita. Walaupun sudah sepakat sebelum ini bahawa anak yang lahir itu menjadi anaknya, tapi dia masih belum puas hati kerana anak itu tetap bukan anaknya. Ibrahim berkali2 memujuk Sarah, namun dia nekad dgn keputusannya. Ibrahim gelisah beberapa malam. "Aku terikat kepada mereka. Batinku telah bersatu denagn batinnya. Kami tak mampu berpisah", bisik hatinya.

Namun Ibrahim juga tak mampu meninggalkan Sarah, isteri pertamanya itu telah mendampinginya dengan setia menempuh pelbagai macam rintangan. Sarah tak pernah menyerahkan kehormatannya kepada sesiapapun kecuali suaminya. Dia benar2 wanita suci dan taat akan Ibrahim. Tidak ada tempat lain lagi untuk mengadu melainkan kpd Allah. Dia pasrahkan dirinya di hadapan Allah serendah-rendahnya. Dia mohon perlindungan, rahmat dan kasih sayang Allah bagi keluarganya.

Setelah beberapa malam memanjatkan doa, Ibrahim menemui ketenangan dan keyakinan. Dia yakin, Allah akan melindungi keluarganya. Sebab, selama inipun, Allah jua yang ,elindungi mereka tika menghadapi pelbagai mara bahaya.

Dengan keyakinan itulah, suatu hari, Ibrahim menghantar Hjar dan Ismail meninggalkan Birsyeba, Palestin menuju negeri yang entah di mana. Asalkan ia jauh dari pandanganku, kata Sarah sewaktu membekalkan mereka beberapa ekor kambing. biasanya, Ibrahim akan membawa berpuluh ekor kambing gembalaan sebelum menempuh perjalanan yang jauh. ia kan disembelih, diperah susu dan sebahagiannya akan ditukar ganti dengan keperluan lain seperti pakaina atau air. Sarah takut, sekiranya dibawa bekalan yang banyak, Ibrahim tidak akan kembali kepadanya.

Sarah lega melihat pemergian mereka. namun, jauh disudut hatinya, beliau merasa kehilangan. Dia kehilangan sanubarinya, kehilangan jatidirinya. Dia merasa berlaku kejam. "semoga Allah melindungi kalian," bisik Sarah. Ada beberapa riwayat tentang episod pengusiran Hajar. Salah satunya dituturkan oleh Ibnu Katsir, bahawa Hajar didatangi malaikat mengatakan beliau akan melahirkan seorang anak dan namakannya sbg Ismail. Maka, Hajar sudah tidak takut lagi diusir, kerana dia yakin pasti malaikat melindungi dirinya dan anaknya. Ada riwayat mengatakan juga, mereka di usir setelah Sarah melahirklan anaknya Ishak dan Ismail sudah berumur 14 tahun.


Kekasihku, Tuhan Pasti Melindungimu

Di padang pasir kering kontang, Ibrahim meninggalkan mereka. Hajar belum berganjak dari tempatnya berdiri. Dia masih terpaku menatap Ibrahim yang pergi meninggalkannya. Langkah tekad seorang lelaki pemberani. Seorang kekasih yang setia dan taat dengan Kekasihnya. Kesetiaan dan ketaatan itulah yang membuangnya jauh ke padang pasir tanpa penghuni ini.

Matanya melilau melihat suasana sekitar. Di depan seakan tidak berpenghujung, hamparan padang pasir yang merah dibakar mentari. Dikiri kanannya nampak gunung berbatu berjejeran bagai raksasa yang sedang tidur. di atasnya, tiada apapun, tiada binatangpun yang dilihatnya. dia hidup sendirian sekali lagi.

Tiada kata yang mampu diungkapkan untuk menghuraikan perasaan yang dialami. Takut, kesal, bimbang, bangga dan gembira turut bercampur. Inikah arahan Tuhanmu Ibrahimku? Manusiakah engkau meninggalkan kami dipadang tandus ini? Rasionalkah akalmu membuat anak isterimu begini? Tiada yang lain, doa si suami dalam ketabahan: "Sabarlah kekasih hatiku, Allah pasti melindungimu."