Tuesday, August 05, 2008

Mendidik Insan

Part 1

Mandi cepat! Awak dah lambat ke sekolah..dah pukul 8 nih..cepatlah..” arahku. “Tak nak, nak Kak Ira mandikan.” tegasnya sambil melentok dihadapan sejadahku. Selepas solat Subuh yang agak terlewat tadi, Ira menmbaca Quran sambil memerhatikan terjemahannya. Lantaran terlalu mengantuk, dia terlena selepas baru mengahabiskan dua muka Quran itu. Itulah kebiasaanya. Kalu tidur lambat, biasanya dia akan terlentok diatas sejadah selepas abaca Quran. Dan ibunya akana mengarahkannya untuk uruskan adik ke sekolah sekitar jam 7.45 pagi. Kadang-kadang, dia terbangun sendiri tanpa dikejutkan adik atau ibunya, lalu beristighfar kerana tidur selepas Subuh. Dia tahu itu amalan yang kurang baik dan Rasulullah amat tidak suka amalan tidur selepas Subuh, namun apakan daya, tatkala nafsu memenangi iman dan semangat, kadang-kadang menatijahkan syahid sebelum ajal.

Namun hari ini bangkitku bukan seperti biasa. Bangkitku bukan dengan istighfar, memandang adik dengan kasih sayang seperti selalu, tapi bangkitku dari tidur pagi ini dengan marah. Tempiasnya kena pada adikku, Muhamad. Entah kenapa, aku rasakan Muhamad tertlalu manja sampai nak kena mandikan. Umur dah 6 tahun, tapi juga masih berbogel. Aku sudah berulang kali menasihati bahawa telanjang sifat syaitan, budak besar dah kena tahu malu. Kekadang juga aku bercakap soal aurat, mula menerangkan batas-batas aurat seorang lelaki, perempuan dan beberapa perkara yang tidak boleh itu dan ini. Aku tak pasti samada dia faham atau tidak,namun aku tetap cuba sampaikannya dengan berhikmah. Banyak perkara kita yang kena mengalah. berlembut demi mengambil hatinya supaya mendengar nasihatku. Aku mahu dia menerima nasihat dalam keadaan dia sedar, tanpa dimarahi. Pendekatanku adalah diplomasi, bukan autokrasi.

Masih berdegil, kali ini dia melompat ke katil dan terbungkam dengan selimut. Aku lagi geram melihatnya. Sabar masih ada, namun kian menipis. Ku masih cuba memujuk supaya bangkit dan mandi sendiri, namun katanya nak Kak Ira mandikan seperti biasa. Darahku tersirap. Aku merasakan dia ni dah naik lemak, sambil menyalahkan diri sendiri yang selalu memandikan adik setiap pagi. Aku rasa bersalah kerana tidak mengajar adiknya berdikari. tanpa berfikir panjang, sebiji cubitan hinggap di punggung. Dia menyeringai sakit, dan memuncungkan bibir sambil berkata dengan marah " Kak Ira cepatlah mandikan Mat. Mat sejuk la mandi sendiri." Muhamad memberi alasan yang tak munasabah. Lalu, aku menarik tangannya kasar dan masuk tandas. Namun, masih degil. tak mahu mandi. aku hilang sabar dan menampar punggungnya. berbekas lima jari kemerahan. rasa menesal terbit dihati, namun dikersakan jua. aku tak mahu sesi mendidik tegas dilembutkan dgn kesian. Aku perlu kesian dgn dirinya yang tak pandai berdikari. Fikirku tekad.