Tuesday, April 24, 2012

Bingkisan Dari Penjara

Tak semua dikalangan kita yang dipilih Allah untuk merasai suasana hidup di penjara. hari ini sudah masuk 48 hari Syauqey di penjara kerana menjalani hukuman atas dakwaan menghalang penjawat awam. meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil, bagaimana hati seorang ayah dan suami mampu bersabar dan bertahan setiap hari?

KUASA POSITIF
Fikiran anugerah Allah amat unik. ia boleh menjangkaui batasan jangkauan kita sendiri. kadang-kadang, kita rasa kita tak mampu hadapi situasi itu, namun yang berlaku adalah sebaliknya. malah, kita lebih kuat.

Jika dulu anda seorang pengikut,kini andalah ketua
Jika dulu anda seorang isteri, kini andalah isteri jua suami
Jika dulu anda berbantu, kini andalah yang membantu

Banyak kebaikan yang dapat dikutip jika seketul darah yang bernama 'hati' dalam jiwa setiap insan itu BERSIH.
Hati yang bersih akan mampu menukar sedih jadi gembira