Wednesday, December 17, 2008

Mendidik Insan

Part 2

"Jom tidur,"rengeknya malam itu. Aku hanya akur dan masuk kamar. Kekra, Is nk dengar cerita dalam nih, tunjuknya kd tafsir Quran y kuaca. "jap ya..tuggu kekra habiskan satu surah dulu," lantas kubaca as-Saff 14 ayat.lebih kpd murajaah, takut lupa.

Mereka Perlukan Suara Kita

Kami dalam program di sebuah pantai di Bachok.waktu sudah maghrib. Aku diamanahkan sebg fasi utk program ni. Tp memandangkan kekurangan AJK mslimat, aku juga turut membantu AJK Makanan utk mengemas dapur. Hajat dihati utk turut serta mendengar pengisian terpaksa dibatalkan.

Kehadiran sekumpulan remaja lelaki sejak petang tadi kurang menyenangkan kami. Mereka menyewa sebuah chalet berhampiran sinki kami. Menginjak ke malam,tiba lagi ebuah kereta, dlm lingkungan lima org lagi turut mneyertai mereka. Maka makin ramailah pemuda remaja yang makin galak memeriahkan majlis. Kelihatan unggun api dinyalakan, tempat membakar ayam BBQ turut dipersiap. “Nampakny amereka akan adakan parti malam ni, “kata Solehah. Aku hanya menganguk tanda setuju.

Mentari makin malu utk menyerlangkan cahayanya. Akur dengan perintah Penciptanya utk tunduk bersujud,maka menatijahkan malam. Malam tanpa cahaya, namun terang dengan pantulan si pelenkap selainnya iaitu bulan. Pemandangan waktu maghrib di tepi pantai masyaAllah..maha hebat DIA. Lantas, suasana ini turut menghambat sahabat2 peserta terkocoh2 utk mhabiskan makanan dlm dulang dan bersiap utk solat dan slot2 seterusnya. Masa mencemburui merka. Bagi yang tak bernasib baik, mandi menjadi korban. Takpe lah…tamrin…hehe.kna paham satu perkara ni.baru tak sakit hati.

Mandi tak mandi, itu bukan persoalannya. Aku bersma Soleha membantu Kak Uni di dapur. Membasuh di sinki yang jauh satu cabaran tau. Huh, hujan renyai2 pulak tu. Naib baik tak lebat. “kak, tumpang basuh sudu satu”, pinta seorang remaja lelaki tadi mendatangi kami di sinki. “ok, beres..” selorohku. Lalu dia pergi setelah berterima kasih. Setelah basuh bersih beb peralatan, kami terpaksa angkut balik ke dapur. “bakar ayam ko? Hulur kot ni etek..”tegurku kpd seoran lelaki yang berhampiran. Huhu, tak sangka kerisauan aku sejak kehadiran mereka, melahirkan gurauan adan teguran sempoi yang spontan begitu. Alhamdulillah, rasa guup berhadapan dgn mereka makin berkurang. Dan lagi, mereka berani datang berbual dgn kami dan aku sempat bertanya asal tempat mereka, tujuan mereka ke sini. Yelah, pastinya mereka juga segan dgn kami kerana kami ni muslimat bertudung labuh, ada yang berjubah dan tadi juga kelihatan muslimin yang berkopiah, muka baik2..mestilah mereka punyai persepsi tertentu kpd kami. Dan etelah bertegur sapa,rupanya, mereka masih belajar lagi di Machang dan datan sini utk berkelah shaja bersama kwan2.

“adik dah sembahyang?”itu soalan yang terluncur tanpa kusedari sebenarnya. Yaa, memang itulah yang bermain difikiran kami etibanya mereka tadi, namun ia hanya berlegar dihati, bersarang di minda. “erk..belum kak. baru sampai je sebenarnya, terus sibuk nak bakar ayam ni,” dia agak trkejut tapi tetap control macho.”tak pe dik, baru kul 8.10 ni, masih sempat lagi rasanya..gi lah buat, mana yang dan..”aku berlapang dada dgn apa jua alas an yang diberikan. Padaku, kita perlu optimis dlm berdakwah. Perlu pandang mereka dgn satu harapan, bukan kesalan. Perlu pasak dlm minda bhwa, mereka vuatu ketika nanti bila dapat hidayah, mungkin akan mnjadi lebih baik berbanding kita yan bertudun litup ni. Ku teringat adik llakiku tika ini. Apalah yang dibuatnya. Sembahyangkah dia, kemasjidkah dia?.. Mgkin kali ni, adik org yg Allah hadirkan.mungkin satu ketika nanti, adikkku butuh insan pembawa peringatn kala dia lupa,walau hanya sebuah teguran bertanya khabar dari saudara seagama buat jalan utk dapat adikku mndapat hidayah dan pedoman. Hanya kuasa Allah yang maha member segala sesuatu.

Dan ini terbukti. Maha Iradat Allah swt, selepas itu, mereka bertanya kpd kak uni di mana tempat utk solat. Kami blur kejap, sebab memang tempat itu tiada surau.kami jadikan dewan utk solat. Tapi amat tidak wajar jika mereka ingin bersolat di situ skr krn waktu ini ada slot tazkirah lepas maghrib. Akhirnya, aku mengambil tikar yg sedia ada di dapur, dan memanggil mereka utk bersolat di bangsal berhampiran. Ku hampar dua tikar dan menunjukkan mereka arah kiblat. Seorang demi seorang masuk dan merka akhirnya berjemaah. Si imam, adik yang bertegur sapa denganku. Alangkah,air mata kami jatuh berderai trharu dengan takdir hidayah TUhan yang Maha Esa, Maha Kaya. DIA berkehendak dan berkuasa member petunjuk kpd sesiapa yang dikehendakiNya dan sebuah hadis pernah menukilkan, ‘barangsiapa yang Allah member hidayah kpd sesorang asbab dirinya, maka kebaikannya adalah lebih baik dari cahaya matahari menyuluhi alam’.

Kami bersyukur kehadrat Tuhan krn perkara ini mebajar kami erti dakwah yang sebenar. Padaku, bijaksana dalam dakwah itu adalah terbukti benar pabila hasilnya adalah kesedaran dan perubahan, samada segera atau kemudian.