Friday, April 01, 2011

Pengembaraan Haji: Ibrahim-Hajar-Ismail

Tiga mereka telah membuktikan bahawa pengorbanan yang ikhlas akan membuahkan kemenangan yang kekal. ISLAM yang kita hirup hari ini adalah hasil perjuangan, kesabaran, cinta dan airmata Nabi Ibrahim dan keluarganya. Kenapa keluarga ini dipilih Allah untuk melahirkan Muhammad dan keluarga Muhammad?

Jawapannya ada pada apa yang mereka sekeluarga ini hadapi. Hajar asalnya seorang wanita hamba yang dihadiahkan oleh Raja Mesir setelah menyaksikan keajaiban Puteri Sarah yang tidak dapat disentuh, diangkat darjatnya oleh Ibrahim dengan layanan yang baik walaupun belum sebagai isteri. Bagi Ibrahim, Hajar adalah manusia biasa, seorang yang tidak diminta untuk dilahirkan hitam, buruk rupa, rendah status kerana miskin. Ibrahim melayan Hajar dengan halus sebagai adik. dan akhirnya, setelah saranan isterinya Sarah untuk mengahwini Hajar agar memperolehi zuriat, maka dengan berat hati Ibrahim mengahwini Hajar. mungkin benar, kehidupan keluarga mereka menjadi lebih baik dengan adanya anak daripada Hajar.

Awal perkahwinan, Sarah masih baik dan kuat bersabar menghadapi hasutan syaitan yang melaga-lagakan Hajar dengannya. anak yang lahir, Ismail, cukup menghiburkan rumah itu yang sekian lama tidak berdendang suara si kecil. Sarah yang menyiapkan keperluan bayi, Sarah yang mengurus rumah dan beliau melayani Hajar dengan berbeza sekali, bukan sebagai pembantunya, tapi sebagai seorang isteri suaminya. Cukup menguji imannya, cukup merobek hatinya yang semakin hari semakin cemburu.

Tidak tertahan lagi, akhirnya Sarah sebagai tuan rumah meminta Hajar dan anaknya keluar dari rumahnya dan pergi ke tempat yang jauh. Ibrahim diminta menghantar mereka dan kembali secepat mungkin. Ibrahim terpaksa akur dengan kehendak isterinya.

Berjalanlah mereka dengan bekalan yang sekadarnya dibekalkan oleh Sarah. dan akhirnya mereka tiba di suatu pergunungan. lembah Bakkah itulah tempat Ibrahim meninggalkan anak isterinya.

Kejamkah Ibrahim??
akan ku berikan perincian, pemikiran apakah yang diyakini Ibrahim untuk 'menzalimi' keluarganya. Ia suatu jalur peristiwa besar yang membina jiwa Hajar, Ismail dan tentunya Ibrahim sendiri sbg ketua keluarga.