Saturday, September 06, 2008

Lawak Atas Masjid

Bulan Ramadhan bulan 'all out'

Hari pertama puasa, aku tidak berkesempatan ke masjid utk menunaikan terawih. Namun anehnya,hati ini tidaklah merasakan kerugian yang amat. Entah di mana silapnya. mungkin masih belum 'datang seru' utk ikhlas dalam mengimarahkan bulan puasa ini dengan ibadat2 sunat seperti yang sepatutnya.

Alhamdulillah, hari ke-2 Ramadhan menjadi hari pertama tarawihku. wah...ramainya orang kat masjid...kalau ku tahu seramai ini, mahunya aku datang awal2 lagi..bestnya tengok orang..ye lah, kira orait lah berbanding hari2 biasa yang ku sempatkan seketika utk berjemaah di masjid. biasanya hanya satu saf muslimat dan pihak muslimin, banyak tiang dpd orang..maka solatlah aku bersama adikku..hu, lenguh first time 20 rakaat.

Moreh...mana moreh..?

Lazimnya moreh ni mnjadi tarikan utk ke masjid atau surau2 dibulan puasa.. faktor moreh ni tak boleh dipandang enteng sebab pengalamanku dulu, solat terawih di surau2 area SS, mmg ramai kanak2.. tak kalah org dewasa..kenapa? kerana morehnya menarik.. bila anak2 nak ke surau, mak bapaknya pun insyaAllah juga lah ke surau utk terawih..

Pada aku, moreh ini melambangkan keikhlasan orang2 sekitar mukim itu utk mengimarahkan masjid dan bulan ramadhan yang mulia ini.dan ia juga menunjukkan cakno atau 'hidupnya' organisasi masjid atau surau itu terhadap masyarakat sekitarnya. kalu AJK ni bergerak dan mantap, soal nak arrange sapa sedia moreh, soal duit dan macam2 lagi bukan benda susah..senang je..tapi sayang lah kan, benda simple tapi penting ni kita tak dapat nak buat.. sayang2..hilang satu daya penarik terawih.

Tak ramai kanak-kanak lagi khusyuk

Hari ke-3 solat tarawih, aku bersama ibu dan adik terlambat sampai di masjid sebab kami solat dulu isyak kat rumah bsama ayah. alhamdulillah, jemaah masih ramai. kali ni, kami memilih utk solat di luar pintu bhagian muslimat. ini kerana kat dalam nampaknya dah penuh. aku akur dengan kehendak umi walau pada awalnya aku tak bersetuju kerana takut tak dengar bacaan imam dan tak khusyuk nanti.tapi takpelah, banyak berjalan luas pengalaman.huhu. .

Dihadapan kami, saf kanak-kanak. namun ada dua orang dewasa.lagaknya sedang mengawasi anak atau adik lelakinya yang sedang berlari sana sini, naik turun masjid. kadang2,solat. kadang2 wanita itu turun keluar masjid.dan solat kembali..
ada juga kulihat adik wanita itu (barangkali) turun keluar masjid dan entah kemana2...dan kemudian itu naik semula dan sambung solat..

Apa agaknya yang sedang disibukkan mereka ini?
aku sendiri juga ada adik lelaki yang ku bawa bersama, namun kami tidaklah naik turun masjid dan kadang2 jenguk2 kat belakang memerhatikan adik atau anak masing2 bermain. namun, dalam memahami situasi ini,bagiku-mereka ini lebih baik berbanding sebahagian besar wanita lagi dirumah yang kononnya menjaga anak. padahalnya, sayang nak tinggal pelbagai rancangan TV yang disajikan sempena puasa dan raya.huhu, kantoi..

Apalah salahnya membawa mereka ke masjid dan ajarkan mereka dengan adab2 dimasjid. bagi yang mahu dan mampu, suruhlah anak2 mereka turut sama solat terawih walaupun sekejap. inisiatif ibubapa dalam menggalakkan anak2 utk solat di awal usia ini amat membantu dalam perkembangan sahsiah dan akhlak anak2 kita.biarlah seawal disiplin mereka adalah melalui solat.

Khusyuk? InsyaAllah khusyuk kita hadir bersama keikhlasan dalam bersusah payah kita datang ke masjid mengimarahkan rumah Allah di bulan yang mulia ini.bagi yang merasa terganggu dengan kehadiran kanak2 di masjid ini, berlapang dadalah dengan Allah. cuba letakkan diri anda sebagai seorang ibu atau penjaga yang mempunyai kanak2 kecil tetapi masih ingin solat berjemaah terawih dimasjid..apa yang akan anda lakukan? tepuk dada tanya tok imam..

Rapatkan Saf

Bab rapatkan saf ni, aku sedih sangat la dengan perangai makhluk Allah yang pelbagai nih.mungkin perkara ini tak berlaku dipihak muslimin, tapi ia berlaku dipihak muslimat. sejadah seorang satu..takpe baguslah, time ni la nak tunjuk kat orang 'sejadah aku dari Turkey, sejadah aku tenun khas,sejadah aku tebal, mahal bal..bla..'

Dah la besar, pastu taknak share pulak. aduih..sakit mata melihat suasana nih. very individualistic. rapat bahu ke bahu?huh, muat sorang lagi kat tengah antara dua orang tu..
entahlah, aku binggung memikirkan cara bagaimana nak sedarkan mereka ni. pernah satu ketika, ku berkata kat sorang makcik tu, tak dapat pahala saf la kalu kita duk macamni, dia angguk tanda tahu. siap kata lagi.."a'ah. .tu lah.."sambil menggeleng.

We deeply look into the grassroot, perhaps the main reason: mungkin diorang tak nak rapat bahu ke bahu sebab tak nak rimas dengan bau masing2.. ye lah..paham2 lah kan..
huh, macam2 alasan. ni ikut Rasulullah ke? takkan nak smayang pun ikut kepala sendiri?

Antara m'min dan mat, terpisah melalui satu dinding pintu. ada satu kes.satu ketika tu, dua orang mat bangun dari saf dan meninggalkan saf. jadi kosonglah kat tempat mreka. Kapasiti dua orang itu bagiku amat padan dengan tiga orang lagi. lepas duk tunjuk2 tolak2 satu sama lain, naiklah dua orang dari belakang..yang bersejadah kecil..mnyebabkan ada ruang lagi utk dimasuki.. yang dilema pulak, mereka nak rapat ke kanan atau ke kiri?sedangkan imam di belah kiri mereka.. tapi saf yang putus dibelah kanan lebih ramai berbanding orang di belah kiri.. aik??camana nih? nak gi kanan ke kiri ni?? akhirnya duduklah merela brdua ni rapat kekiri w/pun kanan mereka masih ramai.dan ruang kosong antara mereka nih tinggal ruang hingga ke akhirnya.. sampai witir pun tak de siapa yang sudi naik pehunkan saf

Hidup Jangan Susahkan Orang Lain

Maka membebel panjanglah sorang makcik ni..
sampai sambil tangan menadah tangan mengamin kan doa, dia masih terkumat kamit marahkan orang yang suka balik awal tapi duduk saf depan..marahnya dia..
ye lah, macam dah jadi trend, solat separuh je, bangun keluar saf. yang orang belakang ni pulak jenis sakit kaki nak pindah randah. sudahnya..saf tinggal putus macam tu je.. yang tepi taknak berkutik pun. yang bawah buat tak tahu je..
huh, sakit mata, sakit hati sakit segalanya..
sedih sebenarnya.. .

Pengorbanan Demi Kebersamaan

Kalau difikirkan, apa best nya solat terawih kat masjid? tak leh wat kat rumah je ke? tak payah nak tunjuk2 kat orang kita ni baik, kita tak tinggal terawih, kita solat banyak sampai 20rakaat. boleh ke solat kat rumah jer..? lagi khusyuk..tak serabut ngan bising kanak2..dan yang penting tak der sapa nak suruh kita penuhkan saf depan. sejadah yang cantik dan harum ni kita guna sorang lah..tak kotor nanti..kan sejadah kita mahal, anyaman Turkey..lagipun, kat masjid takde moreh..kat rumah mcm2 pun ada..

Pernah terfikir begini?
Perhaps yes..