Monday, May 04, 2009

Dakwah vs Wang

enta nampak senyap je, silakan bagi pandangan enta kpd mesyuarat. macam ada banyak idea.
.....

ana nak tanya, apa tujuan kita wat program ni sebenarnya..nak jana duit atau nak wat dakwah?

pengarah kelu seribu bahasa. terdiam tanpa kata.

saya juga tercengang. kenapa isu yuran dan jumlah peserta yang menjadi isu utama malama ini? apa justifikasi ahli mesyuarat dalam menetapkan kos yuran dan jumlah target...? mesyuarat terus hangat.


Pentarbiayahan Berterusan
Program adalah salah satu metod pentarbiyahan.
tarbiyah yang sebaiknya adalah bagus dari segi manhaj dan pemantauan.
manhaj atau silibus yang kita bawak dah cantik, tersusun flow kefahamannya, namun sistem pemantauan kita bagaimana? dakwah yang berkesan akan mampu menghasilkan individu yang 'BARU'. kita akan berpuas hati jika end produk kita nanti berkualiti. namun, ia tidak mudah kerana keberjayaan sesuatu perubahan bukan hanya bergantung kepada satu faktor, ia banyak di sokong oleh faktor lain seperti ibubapa, rakan sekeliling, media dan kewangan keluarga.

kalau kualiti yang dipentingkan, maka target jumlah peserta mesti kecil, baru boleh controll. tapi, peserta sikit, untung tak banyak.

Program Untuk Untung Wang Besar
cadangan ini nampak selfish dan menyimpang dari etika ahli gerakan islam. namu jika dihalusi, hakikatnya ahli gerakan tidak hanya buat "kerja kebajikan tanpa menjaga kebajikan jemaah".
1. yuran rendah, peserta ramai
-akan dapat penajaan
-orang2 miskin dan sederhana akan dapat rasa tarbiah
-fasi yang diperlukan ramai

2. yuran tinggi peserta sikit
-lebih fokus dan dapat hasilkan end produk yang berkualiti
-tenaga kerja sikit
-tidak dapat penajaan
-hanya orang kaya dapat rasa

sebenranya apa yang di listkan adalah persepsi tanpa usaha yang baik. tapi jika kita 'all-out' dgn baik, kedua-dua situasi di atas tidak berlaku, bahkan idea positif dari keduanya dapat disatukan

tarbiah hak milik semua.ikhlas dan bijaklah dalam bergerak kerja.maksud saya, ikhlas tanpa pikirkan keuntungan adalah sia-sia. sebab untung wang yang kita dapat juga adalah untuk islam.

kebajikan perlu dijaga dan diambilkira. ahi yang bergerakkerja mengharapkan wang dpat dijana untuk jemaah..bukan berprogram hanya setakat mentarbiah.

Penyelesaiannya:
SEDERHANA MAHAL, PESERTA RAMAI
ini penyelesaian untuk waqi' ini. denagn mengambilkira pelbagai aspek, kami akhirnya decide 100 org target peserta dengan bayaran RM100. penajaan yang diharapkan nanti memberi satu nafas baru untuk kami meneruskan program tarbiah lain pada sesi hadapan...

mari kita fikir secara holistik isu ini:
tarbiah boleh diberi kepada pihak ibubapa untuk menhgargai RM100 (harapan biar setimpal dengan hasil yang anak-anak mereka akan dapat)
tarbiah untuk penganjur kerana menggalas amanah dan harapan ibubapa yang mengharapkan perubahan anak mereka. penganjur juga perlu minimakan kos program.ini stu tarbiah "bijaksana" dimana mereka perlu bijak mencari dan mendapatkan barang yang murah dan menjaga kualiti dan standard program.
untung akn dapat jika penajaan dilakukan bersungguh2
pengalaman handle prgram bagi yang belum biasa.

jangan serik untuk melangkah dan terjatuh. bangun dan melangkah lagi sambil berfikir dan bermuhasabah kenapa kita jatuh dan tersungkur. apakah kita kufur nikmat kerana tidk menggunakan mata semasa berjalan atau salah tunggul kayu yang tumbuh tepi jalan. fikir-fikirkan...