Wednesday, February 18, 2009

Halatuju kita sesi ini.

Astagfirullahalazim ya ukhti…. Banyak lagi kerja kita. Jauh lagi penantian ini kan..kekadang, sesak dada memikirkannya. Air mata kekadang tak tertakung, tumpah jua. Dalam mencari2 asbab punca, terlintas jua, apakah kekalutan semua ini adalah kerana ana yang tak qiam dan tinggal sunnah nabi? Ana takut.. lintasan yang hadir dalam hati yang kotor inilah yg merosakkan jemaah.

Huhu..kite baru rasa aini. Dulu tak rasa macam ni pun. Tu yang banyak tak ikut system. Skarang baru rasa betapa perlunya ikut system yg disusun. Hm…ana rasa rugi jgak la. Tapi takpe la. Alhamdulillah Allah bagi rasa juga akhirnya., Cuma lambat sikit la…

kami sering begini. suka sembang atas motor. sambil terjun2 bonggol, sempat juga befikir,muhasabah dan simpulkan apa yg kami lihat dan kami rasa. seorang pemikir tikan akan berhenti berfikir krn baginya fikir adalah zikir.

Ya..ya..tak apa lah kisah dah lepas.soalnya sekarang, bagaimana kita taknak perkara ni juga berlaku kpd ahli2 yang baru. Ana taknak benda ni diwarisi dan jadi satu trend yg akhirnya MT pun dah malas nak push and follow-up. Tak boleh..kita kena pikir satu cara utk atasi masalah ini..

Satu, check system pentarbiahan. Maksud ana, strukturnya bagaimana. Sebolehnya, wat research and compare dgn struktur pentarbiahan gerakan lain di lapangan masing2..tak semestinya kampus dan kemahasiswaan, tapi kaji juga bagaimana tamadun sesuatu bgsa dibina. Ia mungkin boleh memberi imput. Apapun, yang penting dalam membuat perbandingan, pastikan arus pemikiran dan persepsi yang dibina berlandaskan situasi atau waqi kita di Malaysia dan di UPM khususnya.

Banyak kerja tu aini.. sapa nak buat?

Ha, pada ana, tu kita boleh susun. Sememangnya pentrabiahan kampus perlu disusun dan direncana. Barulah perubahan yg nak dibawa adalah teratur dan mencapai desired condition. Ana belajar dalam kelas DCE2301, Dr. Ismi menyatakan bahawa, utk tujuan memdidik, perlu ada satu program yang tersusun dan berencana. Ini adalah bagi memastikan present condition can covert to desired condition throughout us as programs planer.

Soalnya ialah dimana halatuju jangka pendek yg nak dicapai? Matlamat jangka panjang semestinya nak lihat islam mendominasi dan tertinggi sehingga hukumnya ditegakkan dgn tangan. Manun, melihatkan kekuatan yg ada, kita perlu merancang “program” yg membawa faham pendekatan yang bagaimana utk mencapai misi jangka pendek kita iaitu sesi ke-20 ini.

ayuh shbt2 ahli gerakan mahasiswa. kita punya misi utk dilaksanakan. besarkan jiwamu utk lebih berani memandang dunia dgn lebih jauh. musuh kita sebenarnya jelas. jangan dikaburkan prkara yg dah jelas nyata. dan kuasa menjatuhkan musuh juga adalah sesuatu yg jelas nyata. iaitulah kita mahasiswa secara keseluruhannya. melalui suara bersama, tidak kira melayu, cina, india, dan bumiputra, kita mampu menggoncang musuh kita. sesi ini, kita diinjak bagi tak bermaruah, nah,,kita perlu tunjukkan kita tidak selemah itu utk akur menyembah.

PMI, sasaran kita jelas. kita perlu rebranding dakwah dan proses islamisasi kampus supaya ia boleh diterima massa. biah perlu dicipta sebelum sistem tercipta. siapa yg mencipta? mereka... siapa mereka? Merekalah kita.. kita yg berilmu dan berkepimpinan. perlu ada dua ini. ilmu tanpa kepimpinan ibarat perahu tanpa pendayung. ia akan hanyut dibawa arus, nak naik pun sesat, naik pun ntah kemana.

konfrontasi tetap konfrontasi. tapi biarlah kita di hati, bukan di kaki.

fikir-fikirkan...
wassalam..