Thursday, August 28, 2008

Akhirnya Anwar Bersumpah

http://http://www.youtube.com/watch?v=1vSUjiEzfUM&eurl=http://rijal82.blogspot.com/2008/08/akhirnya-anwar-bersumpah.html

Permatang Pauh

Kenangan yg tak dapat dilupakan la di Permatang Pauh. pada mulanya, rasa tak best sebab pegi ngn team yang aku baru kenal je, akak2 ni senior..segan lah.jadi dalam kereta, aku banyak senyap la. nasib baik mereka ni banyak mulut,jadinya dlm kereta tak penah sunyi..hnya senyap bila sumer tidor.huhu..hai nasib baik pemandu kami ni ok. sporting..Ijek memang best!!

Nak display gmbar hari first, takder...so this time aku post mana yg ada je ek.
Kita overview dulu hari mengundi 26 Ogos 08.. seawal 7.50 pagi, kami dah sampai di tempat masing2..aku, kak syie dan mok bertugas di Sek. Ren. Permatang Pauh dan geng Nisa' lain kat Sekolah Tanah Liat. jom kita tgok...





ni gmbar time mula2 sampai.
pagi2 lagi penyokong dah ramai







ini antara gimik provokasi pihak PKR.
huhu...usung beb jangan tak usung...







barisan FRU yg mula mngawal sepamjang jalan kerana dlm kul 11 am, keadaan agak gawat.
terima kasih FRU dan Polis...'sayang' korang!






aku sempat posing ngn topeng DSAI..
hidup DSAI!!
menuju Putrajaya...




Sememangnya penat la kerja kat sini, tapi penat kali ni tak sepenat PRU-12 arituh..hehe.
kalau nak dibandingkan, gerakerja aritu lebih 'masyuk', mungkin kerana ada temana2 di sisi.. dan juga dikekang dgn pelbagai masalah dan kesempitan kot..walaupun smpai bermalam di markas dan kekadang balik lepas subuh redah embun pagi yang sejuk teramat, kenangan itu lagi best..berkejaran ngn kuliah dan kekadang ter'tinggal' kuliah pagi itu lagi bermakna..
huhu..kenangn kan.. itu yang membina kita dan mendewasakan kita hari ini,.

Terima kasih Tuhan, kerana memberiku kesempatan utk merasa kasih sayang -Mu dlm kepayahanku. Terima kasih kerana tarbiah yg ku terima ini menjadikan aku insan yang bersyukur dan merasakan diri amat bertuah...Alhamdulillah..
OK, nanti insyaAllah aku post lagi ya..

Friday, August 15, 2008

Wallahi Wabillahi..?

Tepat jam 8.00 malam, saya dan adik mngikuti Buletin Utama TV3. biasalah, kebelakangn ni, kami msekeluarga bersatu di depan tv jam 8 mlm boleh dikatakan setiap hari. itulah kami. kegemaran yang dikongsi bersama.perbincangan yg sering diutarakan. kerisauan yg sering dilantunkan. pendapat dan luahan rasa yang sering dikongsi. itulah kami sekeluarga. sangat aware dgn politik. ibu sangat berharap Anwar berjaya meraih tampuk kepimpinan tertinggi negara seperti yg dirancang. bahkan ada ketikanya isu meruncing, kami sepakat utk solat hajat berjemaah selepas maghrib, sbg contoh kes Anwar Ibrahim baru2 ini yang gempar didakwa meliwat.

Dan hari ini saya hanya bersama seorang adik, kami sepakat utk solat hajat memohon keselamatan dan pertolongn Allah bg org2 yg ingin menegakkan kebenaran dan keadilan. akuan bersumpah Saiful hari ini betul2 menggemparkan. "wabillahi, wallahi wata'ala" Saiful bersumpah dihadapan beberapa org alim ulama di atas masjid. dan dia selepas itu membuat press stment berkenaan dakwaannya itu. katanya juga, dia akan memberi keterangannya di mahkamah nanti.

Apa ni??? jerit hati kami?? masing2 tercengang dengan keberanian Saiful bersumpah itu. saya sebenarnya dah mcm malas nak terkejut dgn isu2 yg berbgkit dlm dunia politik pasca PRU-12 sekarang nih, tapi akuan bersumpah kali ini betul2 mndesak minda utk kagum..ya, 'kagum' dgn 'keberanian dan keikhlasan' si Saiful Bukhari Azlan yg berani 'bermain api' dgn menyebut nama2 Allah itu. jelasnya, dia maklum dan faham bahawasanya sekiranya dia (Saiful) berbohong, maka laknat Allah akan menimpa dirinya dan seluruh keturunannya.. huh, saya kira ini satu keputusan nekad yag dibaut oleh seorang yg waras siap berteman ayahanda tercinta disisi.

Apa agaknya reaksi Anwar selepas ini ek..??hari ni sibuk mndengar ucapan dasar di muktamar.. mgkin esok semasa penamaan calon beliau akan merspon akan isu ini.

Terduduk, tersentil..itulah kami.
Tidak mengapa duhai insan..
Setiap perkara, pasti ada pihak yang betul dan mana yang salah. biar saja Allah tunjuk suatu hari nanti siapa betul siapa salah. usahlah kita berspekulasi. let it be...malas dah nak terkejut. zaman sekarang demi wang, orang boleh sanggup buat apa sahaja....tidak kira dia tu siapa.neither anwar nor saiful. wallahu'alam.

Tuesday, August 05, 2008

Mendidik Insan

Part 1

Mandi cepat! Awak dah lambat ke sekolah..dah pukul 8 nih..cepatlah..” arahku. “Tak nak, nak Kak Ira mandikan.” tegasnya sambil melentok dihadapan sejadahku. Selepas solat Subuh yang agak terlewat tadi, Ira menmbaca Quran sambil memerhatikan terjemahannya. Lantaran terlalu mengantuk, dia terlena selepas baru mengahabiskan dua muka Quran itu. Itulah kebiasaanya. Kalu tidur lambat, biasanya dia akan terlentok diatas sejadah selepas abaca Quran. Dan ibunya akana mengarahkannya untuk uruskan adik ke sekolah sekitar jam 7.45 pagi. Kadang-kadang, dia terbangun sendiri tanpa dikejutkan adik atau ibunya, lalu beristighfar kerana tidur selepas Subuh. Dia tahu itu amalan yang kurang baik dan Rasulullah amat tidak suka amalan tidur selepas Subuh, namun apakan daya, tatkala nafsu memenangi iman dan semangat, kadang-kadang menatijahkan syahid sebelum ajal.

Namun hari ini bangkitku bukan seperti biasa. Bangkitku bukan dengan istighfar, memandang adik dengan kasih sayang seperti selalu, tapi bangkitku dari tidur pagi ini dengan marah. Tempiasnya kena pada adikku, Muhamad. Entah kenapa, aku rasakan Muhamad tertlalu manja sampai nak kena mandikan. Umur dah 6 tahun, tapi juga masih berbogel. Aku sudah berulang kali menasihati bahawa telanjang sifat syaitan, budak besar dah kena tahu malu. Kekadang juga aku bercakap soal aurat, mula menerangkan batas-batas aurat seorang lelaki, perempuan dan beberapa perkara yang tidak boleh itu dan ini. Aku tak pasti samada dia faham atau tidak,namun aku tetap cuba sampaikannya dengan berhikmah. Banyak perkara kita yang kena mengalah. berlembut demi mengambil hatinya supaya mendengar nasihatku. Aku mahu dia menerima nasihat dalam keadaan dia sedar, tanpa dimarahi. Pendekatanku adalah diplomasi, bukan autokrasi.

Masih berdegil, kali ini dia melompat ke katil dan terbungkam dengan selimut. Aku lagi geram melihatnya. Sabar masih ada, namun kian menipis. Ku masih cuba memujuk supaya bangkit dan mandi sendiri, namun katanya nak Kak Ira mandikan seperti biasa. Darahku tersirap. Aku merasakan dia ni dah naik lemak, sambil menyalahkan diri sendiri yang selalu memandikan adik setiap pagi. Aku rasa bersalah kerana tidak mengajar adiknya berdikari. tanpa berfikir panjang, sebiji cubitan hinggap di punggung. Dia menyeringai sakit, dan memuncungkan bibir sambil berkata dengan marah " Kak Ira cepatlah mandikan Mat. Mat sejuk la mandi sendiri." Muhamad memberi alasan yang tak munasabah. Lalu, aku menarik tangannya kasar dan masuk tandas. Namun, masih degil. tak mahu mandi. aku hilang sabar dan menampar punggungnya. berbekas lima jari kemerahan. rasa menesal terbit dihati, namun dikersakan jua. aku tak mahu sesi mendidik tegas dilembutkan dgn kesian. Aku perlu kesian dgn dirinya yang tak pandai berdikari. Fikirku tekad.

Tuesday, July 29, 2008

The Zikr:Kekasihku

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menagisku tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Syafaatmu menanti di sana..

Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biarpun perit pedih tersiksa
Kerana ummat kau tempuhi jua..

Wahai Rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik ummat akhir zaman
Akhlak mu tinggi kan kami jejaki
Sifat mu sempurna melengkap peribadi

Wahai Rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu penawar hiba
Di hati kami kaulah segalanya

Sungguh tabahnya hatimu
Menaggung derita yang melanda
Biarpun perit pedih tersiksa
Diakhirat sana kita kan bersua..

Monday, July 21, 2008

Media Tandus Isu

11 Adun DAP berpakaian barat pada perasmian Sidang DUN

PULAU PINANG: Media kini ketandusan isu utk mencungkil retak2 dlm keutuhan krjaan pimpinn Pkatan Rkyat di P.Pinang dgn membawa isu ini ke media. soal pakaian hanyalah masalah furuk dan cabang. yang utama adalah perpaduan dan kesediaan DAP duduk semeja dgn komponen pakatan rakyat lain utk keamanan negara dgn mnjatuhkan BN. tambahan pula, Speaker, Abdul Halim Hussain berkata, tindakan 11 Adun DAP itu tidak menjadi satu kesalahan kerana peraturan Dewan hanya menyebut mereka dikehendaki memakai baju kebangsaan atau pakaian barat pada persidangan dewan. Bagaimanapun, katanya, adalah lebih baik jika mereka dapat memakai pakaian istiadat itu sebagai tanda penghormatan kepada Abdul Rahman dan nampak seragam.

hai...mcm2 sekarang.
cuma aku risau gak, stakat mana Pakatan Rakyat boleh bertahan yea..? Tahluf-siasi yg digunapakai mgikut kaedah Islam kini, apakah ia mendapat kefahaman yang jelas oleh pihak PKR dan DAP(terutamanya)???

aku tak nak risau melebih. kita diajar dan dilatih utk berlapang dada..well, kerisauan akn membuatkan kita lebih menjaga.InsyaAllah..

Sunday, July 20, 2008

Kesukaanku

i like reading.. dulu just suka2, tp bla dah masuk univ. ni, dh tak jadi suka suka-suka, tapi deeply crazy in reading. especially bhn ilmiah. aku suka buku sirah, artikel kesedaran dan sumthing yg blh membina jiwa dan mindaku.. kisah cintan-cintun pun suka juga. lately, sambil2 duk rumah ni, banyak habiskan masa baca novel yg kawan kasi pinjam. thanks to my friend.

Iqra' jibril pesan pada Nabi..bukan stakat pesan, bahkan kita faham ia sebg satu suruhan. wajib. satu tuntutan..dalam konteks hukum, ia jatuh Fardhu Kifayah. hm..moga imanku bertambah seiring bertambahnya pengetahuanku yang menatijaahkn bertambahnya ilmuku..ilmu dan pengetahuan tarafnya tdk sama..byk manusia kini yg berpengetahuan luas, banyak pengalaman, namun miskin ilmu. itulah 'Ilmu', sebarang pengetahuan yang bermanfaat di sisi Tuhan-ta'rif ilmu ikut fahamku.

Berkira-kira mahu brkongsi segala apa yang aku baca dgn org lain..ingin rasanya mengadakan sesi 'Bedah Buku' yg popular dikalangan mhasiswa Indonesia. selain dapat berkongsi apa yang kita dapat, ia sekaligus dapat mengangkat martabat 'pengetahuan' kpd 'ilmu' insyaAllah.. tengoklah sikit masa lagi.. aku kini sibuk menolong perniagaan ibu. masa yg ada suka aku manfaatkan membaca berbanding menaip..=)

selamat membaca bangsaku..dunia sedang menantimu


Complicated

Kegusaran melanda. ku tak pasti ditahap mana ilmuku..yang pasti, jika ditanya, kupasti GAGAL untk mnjawab persoalan yang bermain. aku sering menyusun ayat2 sebelum memulakan bicara..kerana sudah banyak kali peluang terhidang depan mata, namun sejak kebelakangn ini, kurasa sangst tak yakin utk menuturkan kata, meluahkan rasa.

aku menyayanginya sepenuh hatiku. namun, apa buktinya sayang jika tidak dapat sama2 membimbing tangannya disyurga nanti..? ya Allah, lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku. lancarkanlah lidahku. ilhamkan aku dgn bicara-Mu..moga ku bisa memahamkan dia akan kepincangn ini dan dia akhirnya akan bersama-sama aku dlm misi dakwah ini.. sebenarnya, susah nak dikatakan yg dia tdk buat dakwah, tdk mnyampaikan..yes he does. but in the other way..his way..huh!! complicated...

hidup mmg complicated

Thursday, July 17, 2008

Alhamdulillah

alhamdulillah..syukur kpd Allah atas segala nikmat kurnia-Nya. aku akhirnya dapat buka blog ni..=)