Tuesday, March 24, 2009

Politik dan Mahasiswa

Sekali lagi compartmentalisation menjadi isu yang dipilih. "kenapa saya tak rasa feel belajar perakaunan? bagaimana saya perlu buat supaya apa yang saya pelajari ini berguna intuk islam dan perjuangan? ia terlalu jauh menyimpang dgn Islam yg sebenar sehinggakan kami terpaksa akur dan menyetujui dgn sisten kapitalis yg ada. kami tak tahu bagaimana nak keluar dari belenggu ini..." -luah seorang sahabat dlm satu majlis ilmu.

Tokoh itu hanya tersenyum mendengar luahan hati seorang mahasiswa itu yang juga insyaAllah bakal pemimpin suatu hari nnti. Beliau menjawab, dan saya juga turut memberi jawapan dlm hati.

Pada saya, inilah yg diusahakan "bangsa penyelamat". bangsa ini telah awal-awal lagi tahu apa yang kan musuhnya hadapi, dan itulah yang mereka mahukan. pemisahan, pemfokusan...itulah sahaja caranya menyampaiakn idea sekular. maka compartmentalisation ini menjadi satu idea yang digunapakai semua doktorat utk merangkul title phD. Mlangnya manusia. malangnya muslim...

Maka mahasiswa juga sama. pemisahan ini dipraktiskan atas tujuan ampuh-supaya mereka fokus belajar dan menjadi insan yang berkemamapuan suatu hari nanti dalam dunia kerjaya. begitukah??

tapi kenapa jurus politik yang cuba dihampiri mahasiswa? keenapa tidak sukan, hiburan dan bidang2 lain yang turut dikatakan mampu mengasah bakat dan mengisi masa lapang? nak berdakwah pun boleh apa mellalui jurus2 ini? hm....

jawapannya senang. hasilnya nyata. dalilnya jelas. mana mungkin pemimpin hari ini akan memimpin samapi bila-bila. mereka pasti mati. pasti... jadi, siapa yang mengganti? pengganti itu pula mampu ke nak galas tangggungjawab sebaik kamu pemimpin hari ini? nah, sini persoalannya, bagaimana kamu mahu 'menyalin' skill dan ilmu politik kamu kepada generasi muda ini? let them determine themselves. mereka ada idealogi sendiri. mereka tahu masalah dan situasi mereka. cuma sahaja, berilah peluang utk mereka.jika kamu sayang negara. mereka? kami la...janagn sekat kami. Apabila mahasiswa disekat daripada berpolitik dalam usia semuda ini, maka bagaimana kerajaan ingin melahirkan ahli politik dan pemimpin yang berwibawa dan berdaya saing? Sepatutnya peluang ini diberikan pada masa sekarang cuma yang paling penting ialah; mahasiswa dan akademik tidak boleh dipolitikkan sebagaimana yang berlaku sekarang.

Sejak zaman-berzaman, kegemilangan sesebuah tamadun adalah bergantung kepada kekuatan pemuda yang hidup pada zaman mereka. pemuda digambarkan sebagai satu golongan yang bersemangat untuk merealisasikan apa yang terbuku dalam hati mereka dan merekalah golongan yang beridealisme tinggi. Adalah silap apabila wujud suara yang menghadang idealisme kerana kadang-kala idealisme harus dikembangkan untuk mewujudkan satu impian dan plan bertindak yang realistik dan sistemik.
Perjuangan Rasulullah SAW yang tampak idealis didokong oleh golongan pemuda di saat golongan tua menolak baginda SAW. Pemuda berada di celah-celah kegilaan dan apabila mereka inginkan sesuatu, mereka akan lakukan dengan semangat ‘kegilaan’ yang ada pada diri mereka. Saya suka istilahkan kegilaan itu sebagai semangat ‘ekstasi’.



No comments: