Monday, May 18, 2009

Kisah Penari dan Kejayaan

“En. Lau, saya ingin belajar menari.”

Ok, sila duduk,mempelawa sambil menngarahkan pengurusnya menghulurkan kasut. En lau memakaikan kasut tersebut sambil memuji Kam akan kakinya yang cantik. Kak Jeni lalu juga, memuji kakinya cantik. Ini kali pertama Kam datang ke pusat tarian ito,tapi semua orang meraikannya bagai dia adalah ‘seseorang’yang istimewa.

Kam berfikir, adakah dia terlalu mengagumi en.lau sehinggakan segala yang berkaitan dia adalah indah? Kam sememangnya boelh dikategorikan sebagai ‘obses’ dengan en.lau, guru tariannya yang baru. Berada di pusat tarian itu, dia rasa sungguh bersemangat dan positif. namun disebalik keindahan kehidupan dan semangat baru yang dia alamai belakangan ini,Kam sebenarnya menghadapi masalah kewangan. Dia agak tertekan denagn masalah itu dan cuba mencari kerja sampingan. anehnya, kesibukan dan kepenatannya bekerja tidak pernah meluputkan ingatan dia kpd en lau.dia bahkan makin hampir dengan en lau kerana kerja sambilannya kini adalah mencuci pusat tarian dan studio en lau. Jadi, dia berpeluang semakin dekat dengan en lau. Dan lama kelamaan,en lau juga menyedari Kam mencintainya. Dalam banyak situasi,Kam hadir membantu.

Dijadikan satu cerita,ada satu peristiwa di mana Tina mempelawa en lau menjadi teman menarinya di Malam Krismas. Tina tanpa pengetahuan en lau telah menukar kasut buruk yang selalu dipakai denagan yang baru yang lebih mahal dan berkilat. Menyedari kasutnya telah ditukar Tina, en lau mula gelabah dan cuba rushing untuk balik ke rumah semula untuk menukar kasutnya. Dia tidak biasa dengan kasut baru,tambahan pula untuk persembahan berprestij kali ini.namun,apakan daya,dia tidak punyai masa lagi untuk menukarnya dan terpaksa meneruskan tarian itu denagn Tina. Melihatkan sikap en lau itu,tina mula faham,dan dia amat kecewa denagan sikap en lau tersebut. Dia berkecil hati.

Jauh di rumah, Kam baru ternampak kasut lama en lau yang dia bersihkan. Kam teringat kata2 en lau seawal perkenalan mereka ketika en lau meyarungkan kasut kepadanya bahawa kasut adalah yang paling penting bagi seorang penari. Kasut yang baik adalah yang member keselesaan kepada si pemakainya. Maka tanpa berfikir panjang,Kam terus berlari ke dewan persembahan di Bandar demi memberikan kasut itu kepada en lau kesayangannya. Namun, sayang seribu kali sayang,Kam terlambat beberapa minit. Persembahan telah tamat. Tina terguris kerana pemberianya seoalh tidak dihargai. Akan tetapi, en lau amat terharu dengn keprihatinan Kam dan mereka berdua bersiar2 malam itu. Kam lagilah gembira.

**pernahkah anda hadapi situasi ini? Mgkin bagi yang belum pernah bercinta, anda juga boleh merasa situasi obses ini kpd seseorang pemimpin yang ada kagumi.

Antara point of view penulis terhadap plot cerita di atas adalah:
· Kekasih yang sebenar adalah yang menyokong bukan mengubah. Ini dilihat melalui tindakan Kam terhadap En. Lau. Kpasiti individu adalah individualistic. Theory belief that everybody have good intention or what we called ‘bakat’., dan bakat ini perlu dimanipulasi olep pimpinan utk digunakan ketika masa-masa tertentu. Seharusnya, ahli dilatih untuk mengawal dan mengatur sesuatu ‘bakat’ dalam masa yang sama jika ianya negative atau sifat buruk pada pandangan awam, mungkin ia berguna kpd kumpulan utk menghadapi sebarang situasi masalah suatu hari nanti.

· Dalam mengubah nasib atau dlm konsep berijtihad, berhati-hatilah. Kerana tidak semua perkara boleh diubah.perubahan hanya dilakukan pada perkara yang perlu yang telah dpertinbnagkan secara bijak dan holistic. Inilah crucial part for a leader to decide and order. The impact must be seriously considered. Ini juga boleh diambil iktibar dari kisah Tina yang menganggap kasut baru lebih baik. Salah tanggapan ini wujud apabila seseorang tidak positif dengan sesuatu perkara

· Persekitaran turut mempengaruhi sesuatu perubahan yang ingin dilakukan. Suasana positif yang Kam rasai sejak pertamakali dating melalui pujian gurunya, kak Jeni dan rakan2. ini telah menguatkan Kam untuk terus berlatih menari di situ walaupun dia sendiri mengalami kesempitan wang.


Disimpulkan di sini, cerpen diatas membawa dua nilai yang saya kira ia cukup sinonim dengan “penggerak dakwah” seperti kita (baca:yang didakwa). “berkehendak” dan “berhati-hati” adalah penting bagi memastikan sesuatu keputusan yang telah diputuskan sebulat suara akan terlaksana dengan jayanya. ‘TERLAKSANA’ juga perlu didefinisikan sebaiknya. Tidak bermakna jika sesuatu perkara atau program itu cancel atau ditunda atau juga dibuat tapi lain jadinya, kita kata ia “GAGAL”. TIDAK!! Jangan kita yang menggagalkan yang Berjaya, kerana dari perspektf tarbiah, tiada yang tidak Berjaya melainkan yang bejaya sahaja ditemui. Anda telah Berjaya MENCUBA untuk Berjaya. Itulah KEJAYAAN. Wallahu’alam.

No comments: