Monday, May 18, 2009

SIGMA : Bohsia Kampung

isu bohsia kini hangat diperbincangkan dikalanagn kampus2. isu ini dilihat makin membarah dan menular seperti wasbak InfluenzaA dan tidak kurang juga wabak diplocitis yang sehingga kini kematian 2 nyawa.

wasbak perlu vaksin untuk menghalangnya dari terus merebak dan menular. namun, pada hemat saya, virus bohsia lebih -lebih lagi ditakuti kerana ia bukan menyerang secara zahir dan kematiannya juga bukan 'realiti' automatic setelah antibodi tubuh manusia gagal melawan. wabak penyakit bohsia ini lebih kritikal kerana ia menyerang bukan sekumpulan tempat2 tertentu, bahkan ia mnyerang seluruh mangsa yang bernama 'remaja'.

kenapa ia berlaku?

bohsia adalah segolongan remaja yang dijangkiti penyakit sosial. ia dipercayai menular dikalangan mereka yang kurang didikan agama, kasih sayang serta perhatian keluarga. permasalahan ini dipercayai turut disokong penuh oleh sistem pendidikan yang teruk dan hiburan melampau yang disogok setiap hari tidak kira dirumah atau diluar rumah. institusi keluarga yang pincang juga turut menjadi faktor utama yang menyumbang kpd peningkatan masalah ini dikalangan remaja malaysia,

Bohsia Kampung

bukan sahaja di bandar yang penuh dengandisko, pusat karaoke dan bar, tapi perkampungan juga turut diserang penyakit ini,. di kampung, antara punca utama yang dikesan adalah kemiskinan. rumah yang tidak selesa, desakan kewangan keluarga yang memaksa si anak berhenti sekolah dan bekerja diawal usia mnyebabkan si anak remaja ini tidak matang menghadapi dunia luar di alam pekerjaan mereka. anak perempuan yang rata2 bkerja pinggir bandar, ousat membeli belah dan restoran2 akan mudah hanyut di'goda' dunia luar yang seolah menjanjikan kehidupan mewah yang diimpikan. mana tidaknya, mereka ini tidak pernah merasa senang, pakai bertutup, makan cukup, jadi apabila rasa seronok dan enjoy diluar, mereka merasakan itulah dunia yang dicari selama ini. budaya couple yang menjadi pemangkin 'perubahan status sosial' mereka turut menyumbang faktor yang tidak kurang penting, bahkan, melaui couple ini, ada remaja wanita yang murtad!!

nauzubillah...
kita takut denagn realiti hari ini. ayuhlah berbuat sesuatu. ayuh bangunkan jiwa mereka yang kosong ini, jika mereka dengan bangganya memakai baju t-shirt bertulis "-saya jiwa kosong-", maka marilah kita mengisi ruang hati mereka dengan taqkwa dan iman, kemudian, bangunkan pemikiran serta gembleng bakat mereka yang ada. nescaya, usaha ini akan menatijahkan terlahirnya pelapis pimpinan yang mampu melonjakkan nama Malaysia dan Islam dimata duania.

No comments: